Monday, September 28, 2009

Pengajaran daripada kisah dongeng Sang Kura-kura & Sang Arnab

Aku yakin ramai yang dah biasa dengar cerita Sang Kura-Kura berlumba dengan Sang Arnab kan??
Tapi, pernah dengar tak sambungan kepada cerita dongeng tersebut???
This is one of my favourite story.
Very inspiring!

***************
Pada satu masa dahulu, Sang Kura-kura dan Sang Arnab berdebat tentang siapa yang lebih pantas. Mereka bersetuju untuk menyelesaikan perdebatan itu dengan satu perlumbaan. Mereka memilih laluan dan perlumbaan pun bermula.. Sang Arnab terus memecut laju. Setelah yakin yang dia telah jauh meninggalkan Sang Kura-kura, dia bercadang untuk berehat di bawah pokok sebelum meneruskan perlumbaan. Sang Arnab pun duduk berehat di bawah pokok dan tertidur..Akhirnya Sang Kura-kura berjaya memotong Sang Arnab dan menjadi juara untuk perlumbaan itu! Bila Sang Arnab terjaga dari tidurnya, dia mendapati yang dia telah kalah..

Moral daripada cerita ini ialah “slow and steady wins the race”.

Inilah versi cerita yang kita selalu dengar sejak kecil.
Namun kisah itu ada sambungannya …

Sang Arnab sangat kecewa dengan kekalahan itu dan mula muhasabah diri. Dia sedar bahawa dia kalah disebabkan oleh rasa terlalu yakin diri, cuai dan lalai. Jika dia tidak terlalu mengambil mudah akan sesuatu, mustahil Sang Kura-kura dapat mengalahkannya. Kemudian Sang Arnab mencabar Sang Kura-kura dalam satu lagi perlumbaan. Sang Kura-kura pun bersetuju.Kali ini, Sang Arnab berlari bersungguh-sungguh tanpa berhenti.Dia telah berjaya mendahului Sang Kura-kura.

Moral daripada kisah ini?
Bergerak laju, secara istiqamah akan dapat menewaskan “slow and steady”.

Ada dua individu di dalam satu organisasi,
Individu pertama- Lambat, bersistem & boleh diharapkan
Individu kedua- Pantas, juga boleh diharapkan

Individu kedua akan dapat mendaki tangga organisasi lebih cepat daripida individu pertama.

Adalah bagus untuk menjadi “slow and steady”; tetapi lebih baik untuk menjadi pantas dan boleh diharapkan.

Namun kisah ini tidak berakhir di sini…

Sang Kura-kura berfikir sejenak, dan akhirnya sedar bahawa dia tidak akan mampu untuk mengalahkan Sang Arnab jika perlumbaan itu dikekalkan formatnya. Setelah berfikir semasak-masaknya, Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk satu lagi perlumbaan, tetapi kali ini dengan laluan sedikit berbeza.Sang Arnab bersetuju dengan cadangan itu. Mereka pun bermula. Sang Arnab berpegang pada keazamannya untuk terus berlari pantas. Dia terus berlari sekuatnya sehingga dia tiba di sungai yang lebar. Garisan penamat cuma beberapa kilometer sahaja di seberang sungai. Sang Arnab terduduk memikirkan apa yang perlu dilakukannya. Dalam masa yang sama Sang Kura-kura tiba, masuk ke dalam sungai, terus berenang ke seberang, terus berjalan, dan menamatkan perlumbaan.

Moral daripada kisah ini?
Kenalpasti kelebihan diri, dan tukarkan “the playing field” untuk menyesuaikan ia dengan kelebihan yang ada pada anda.

Dalam sebuah organisasi, jika anda seorang yang bijak berkata-kata, carilah peluang untuk membuat pembentangan agar pihak pengurusan sedar kewujudan anda.

Jika kelebihan anda dalam analisis, sediakan laporan, dan hantar ke pihak atasan.

Bekerja megikut kelebihan anda bukan sahaja membuatkan anda disedari, malah membuka peluang untuk kemajuan.

Kisah ini belum berakhir …

Sang Arnab dan Sang Kura-kura kali ini menjadi sahabat baik dan berbincang. Kedua-dua mereka bersetuju bahawa perlumbaan dahulu sebenarnya boleh diperbaiki. Maka mereka bersetuju untuk berlumba semula, tetapi kali ini sebagai satu pasukan. (ONE TEAM) !!!!!!!Mereka pun bermula, kali ini Sang Arnab membawa Sang Kura-kura di atas belakangnya sehingga mereka tiba di tebing sungai.

Moral daripada kisah ini?

1) Adalah bagus untuk menjadi individu yang pintar dan mempunyai kelebihan; namun selagi kita tidak dapat bekerja dalam satu pasukan dan menggunakan kelebihan diri masing-masing, kita tidak akan dapat menjadi pasukan yang terbaik kerana kita akan berdepan dengan situasi di mana orang lain yang lebih baik daripada kita.

2) Kerja berpasukan ialah “situational leadership”, dengan membiarkan individu dengan kepakaran tertentu dalam situasi tersebut menjadi ketua.

Banyak pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini.

Sama ada arnab ataupun kura-kura berputus asa selepas berhadapan dengan kekalahan.

Sang arnab membuat keputusan untuk bekerja dengan lebih keras and curahkan segala usaha selepas gagal.

Sang kura-kura pula menukar rancangan kerana telah berusaha sedaya upaya.

Dalam hidup apabila berhadapan dengan kegagalan,
kadang-kadang adalah lebih baik untuk bekerja dengan lebih keras dan mencurahkan segala usaha.
Kadang-kadang adalah lebih baik kita menukar perancangan and cuba sesuatu yang lain.
Dan kadang-kadang adalah lebih baik untuk melakukan kedua-duanya.

Sang arnab dan Sang kura-kura juga telah mendapat pengajaran yang penting. Apabila kita berhenti berlawan dengan musuh dan sebagai contoh kita berlawan dengan keadaan, keputusannya akan menjadi lebih baik.

Kesimpulannya, kisah Sang Arnab dan Sang Kura-kura mengajar kita banyak perkara:

> Jangan berputus asa apabila berhadapan dengan kegagalan
> Cepat dan istiqamah boleh mengalahkan perlahan dan “steady”
> Work to your competencies
> Berlawan dengan keadaan, bukan dengan musuh
> Kumpulkan segala sumber dan bergerak dalam kumpulan akan mengalah individu yang berseorangan