Tuesday, October 6, 2009

jagan bersedih wani.. Aku sentiasa ada Dia.

ketika aku sedang menulis blog ini,
aku sedang mengangis.
tidak tahu kenapa dan atas sebab apa aku menangis.
mungkin kerana sunyi.
rindu akan keluarga?
tidak perlu lah sampai menangis, kerana
every weekends aku balik rumah jumpa keluarga.

aku memangis kerana,
aku rindu kan life aku yang dulu.
aku rindukan kawan-kawan aku di laman midah dulu.
memang aku akui kehidupan aku di kolej sekarang lebih baik dari yang dulu,
dak aku bahagia disini, aku peroleh ramai kawan baru,
dan aku belajar banyak benda baru,
aku berdikari sendiri,
aku beranikan diri seorang diri,
tinggalkan kawan-kawan ku,
housemateku yang aku sayangi walaupun aku tidak tunjukkan sayang itu,
aku rindukan life yang aku yang dulu,

namum aku paksa diri ini,
untuk mula sesuatu yang baru disini.

Alhamdulillah.
aku rasa tenang disini.
aku tetap gembira

walaupun kadang kala aku tertekan dengan kerja kebajikan kolej.
kerja assigment, lebih-lebih lagi aku tiada siapa untuk aku rujuk,
untuk aku bertanya apabila aku tidak faham.
apabila menjelang exam,
aku lagi risau kerana aku seorang diri disini,
tiada tempat aku nak rujuk,

tiada kawan untuk aku bertanya,
aku risau kalau aku ketinggalan.


walaupun mereka kata, aku rajin buat kerja,
aku bagi komitment yang baik,
itu adalah kerana,
sebab aku mahu hilangkan
rasa sunyi dalam hati ini,
aku tidak mahu teringat kalau aku disini seorang diri,
aku tak mahu menangis dan bersedih
kerana merasa aku seolah keseorangan disini.
dan untuk sebab itu,
aku sibukkan diri ini,
buat kerja rumah, mengemas rumah,
buat kerja kebajikan kolej,
kerana itu matlamat utama aku pindah kolej,
kerana aku pernah mengangkat sumpah,
untuk bertanggungjawab menjaga kebajikan kolej,
aku tidak mahu melanggar sumpah ku,

aku sibukkan diri dengan buat assigment,
walaupun tiada tempat untuk aku rujuk.
tiada kawan untuk aku bertanya,
aku sibukkan diri ini,
hanya kerana aku mahu hilangkan rasa sunyi dalam diri.

tapi sebenarnya, aku tidak tahu,
sampai bila aku mampu bertahan.
aku tak guna hipokrit.
konon nya aku mampu bertahan,
aku mampu hidup keseorangan,
aku mampu berdikari,
kononnya aku kuat dan cekal,
waaupun aku seorang disini.
dan sememangnya itu adalah hipokrit,
keranan realitinya,
aku rindukan kawan-kawan aku.
aku perlukan kawan-kawan aku,
aku tidak kuat seperti yang disangkakan.
aku manusia yang lemah,
aku perlukan mereka untuk tempat aku rujuk,
untuk membimbing aku,
bersama-sama cekalkan diri menempuh realiti,
aku rindu mereka teramat sangat.
aku rindu housemate aku, roomate aku,
rakan-rakan satu batch nursing.
rakan-rakan satu perjuangan aku.

mereka tidak rindu aku ke?
mereka tak teringatkan aku ke?
mereka tak menangis kerana rindukan aku ke?

kenanpa aku harus menangis untuk mereka?
ya Allah, sekarang baru aku rasa betapa aku sayangkan kawan-kawan aku.
walaupun aku sering jauhkan diri dari mereka,
tapi aku sayang kan mereka,
rindukan mereka,
perlukan mereka.

ya Allah, lindungi lah kawan-kawan ku,
jauhi mereka dari kesakitan dan bencana,
sihatkan tubuh badan mereka,
kuatkan semangat mereka.
cekalkan hati mereka,


aku disini kerana aku ada tangungajwab.
kalau tidak kerana tanggungjawab ini,
aku tak mungkin tinggalkan mereka.

maafkan aku sahabatku,
aku bersalah tinggalkan mereka,
kerana aku disini seorang diri,

berpeluang dan merasai manisnya nikmat kehidupan mahasiswa.
tetapi mereka belum tentu akan merasainya.

aku memang ada life yang baik disini,
even much better than before.
aku cuma ingin menulis di ruang ini,
hanya untuk memberhentikan air mata ini,
hanya untuk katakan,
aku rindukan mereka ,

aku perlukan mereka,
rakan-rakan seperjuanganku,

aku dan mereka sahabat-sahabatku,
kami yang kecil ini,
kami yang di pinggirkan ini,
suara kami tidak kuat,
kerana kami kumpulan yang kecil,
tapi kami akan sentiasa berdoa kepadaMu ya Allah,
semoga kau terus berikan kami kekuatan
untuk menempuhi cabaran dan dugaanMu.
kerana lebih banyak lagi rintangan yang bakal kami hadapi.

dan aku disini,
aku tidak keseorangan,
aku ada Mu ya Allah.
bila lagi aku kesunyian,
bila lagi aku menagis rindu akan kelaurga dan rakan-rakan seperjuangan ku,
akan aku menangis sepuas hatiku,
kerana tiada siapa yang akan nampak,
kalau ada yang nampak,
mereka bukan pedulikan aku.
lagi banyak aku menangis, lagi kuat aku berdoa padaMu,
lagi dekat diriku pada solatku.
dan mungkin inilah manisnya hikmah yang aku perolehi
semenjak aku pindah disini.
dan saat ini,
terima kasih untuk tangisan tadi.
kerana aku mulai lega,
dapat meluahkan apa yang terpendam di hati ini.

No comments: