Thursday, October 1, 2009

masih ada kegembiraan di bulan syawal.

jamuan hari raya hari ini
simple tetapi meriah.
jumpa dengan kawan-kawan satu batch aku.
tak jumpa mereka sejak bulan puasa lagi kerana
semua positng wad yang berbeza.
sempat aku bersalaman dengan mereka memohon ampun dan maaf.
banyak juga cerita dikongsi bersama.
biasalah perempuan kalau dapat bercakap sesama sendiri,
tak ingat yang awak tu perempuan. hehe.
sempat juga aku bertemu dengan adik-adik tahun 1.
dan jugak adik-adik tahun 2.
makin dewasa mereka.
dan aku yang tahun 3.
dan makin tua lah aku.
banyak hidangan yang disediakan.
ada laksa, lodeh, kuah raya, meruku, nasi minyak, rendang, lemang, ketupat.
cik lex siap masak roti lagi.
sedap taw. thanks cik lex. :)
cik lex yang baik hati walaupun kadang-kadang garang.
selepas menjamu selera,
sempat juga bermaaf-maafan dengan para lecturer, tutor dan CI.
dengan dr. hamidah, ketua jabatan yang disayangi.
prof zul, pengetua dan jaksa-jaksa pun turut hadir memeriahkan majlis.
hari yang gembira dan kekenyangan.
=)
kemudian jam 3pm masuk semula wad paeds 3.
memulakan kembali seperti hari-hari biasa.
rutin di wad sebagai pelajar kejururawatan.
sekejap sahaja jamuan raya.
tetapi walaupun sekejap,
aku tidak mahu lupanya.
kerana itulah bakal jadi kenangan di masa hadapan
ketika diriku
bergelar pelajar kejururawatan.

No comments: