Monday, December 28, 2009

undefined title.

dah lame sangat tak tulis blog.
sejak dapat result exam.
sejak dapat result darah,
sejak aku tolak jadi calon,
aku pon dah tak igt sejak bila,
tapi aku tak tertulis segalanya didalam blog ni,
aku tak termampu nak luahkan ape yg aku lalui sepanjang bulan ini,
aku terlalu lemah, hampir tiap-tiap hari kot aku menangis.
dah tak sanggup untuk aku tempuh hari esok,
dah tak sanggup aku nak lalui 'cabaran' hidup ini,
ada masa aku terpikir aku lebih rela dipendekkan umur,
tapi aku taknak, aku sayang mama, aku sayang family aku lagi.
aku nak tengok mereka semua gembira, bahagia dan berjaya dalam hidup,
baru aku sanggup untuk pergi dari dunia ni.
ya Allah, sesungguhnya ini lah cabaran yang harus aku tempuhi,
aku mohon padaMu, aku sudah tak sanggup lalui semua ini,
kurangkanlah derita ini,
kurangkan tangisan ini, aku cuba mencari sedikit kebahagiaan dalam hidup aku saat-saat ini,
tapi aku tak jumpa. adakah ini suatu balasan? adakah ini suatu cabaran? seharusnya aku puas dan lega melaluinya, tapi aku bertambah derita lagi. mata ini sudah letih untuk menangis lagi.
aku sudah penat berpura-pura seperti gembira. aku sudah tak mampu nak kuatkan semangat diri mengatakan semua ini hanyalah cabaran, aku dah tak lalu lagi nak monyokong diri sendiri, sedangkan aku tahu, aku tiada siapa lagi, aku tiada orang untuk sokong, aku seorang, aku yang rasa diriku independent, tapi hakikatnya aku seorang diri.

wani,
wani dah tidak ada semangat lagi.
wani rasa mahu lari sejauh mungkin tanpa toleh kebelakang lagi,
wani rasa mahu terbang tinggi sehingga tidak nampak bumi,
wani rasa mahu hempaskan kepala ini supaya hilang segala ingatan,
wani rasa mahu pergi tinggalkan dunia ini.

2 comments:

ikhwan al-faizi said...

mcm dah kes berat ni..
boleh sy thu.. ape itu
TRO Von Willibrand Disease?

ikhwan al-faizi said...

btw sy ikhwan, boleh lihat di facebook.
sy tbaca blog ni link dr facebook. maaf la kalau menyibuk.