Friday, March 26, 2010

aku suka dan aku tak suka. part 2

haa..
sebelum ni aku tulis pasal apa aku suka dan aku tak suka kat previous entry.
ni link yang sebelum ni.



http://wanieamylee.blogspot.com/2009/10/aku-suka-aku-tak-suka-aku-punya-suka-ar.html

soooo...

ni nak sambung lagi ... aku punya suka ar nak tulis apa aku suka. ni blog aku.

i write silly thing because i am silly.
i do stupid thing because i am stupid.
if u think u clever, smart and intelligence enough, get lost from here.
this entry is ony for those stupid-idiot-ugly-looser like me.

AKU SUKA..

1. PAKAI STOKING BILA TIDUR MALAM

dulu masa bila ntah, tak ingat la, aku tengok cita hantu melayu ni. ada satu spesis hantu ni dia suka gigit ibu jari kaki anak dara. hisap darah. ntah pape. nak tiru mat saleh cite drakula or vampire. tapi hisap darah kat ibu jari kaki.. bengong..bile tengok cita tu, aku terbayang-bayang jugak. takot la jugak. bila tidur malam, kalau aku terbangun tengah malam buta, aku tengok selimut aku dah terselak dan menyelakkan ibu jari kakiku. pastu aku mula risau dan tak boleh tidur balik. aku pikir, kot-kot lah ada pontianak gigit jari kaki aku ke masa aku tidur tu.. aku tak takot hantu sebenarnya... tapi aku ni mungkin ada anxiety disorder or delusion og persecutory kot. aku ni paranoid kot...
=(

so, lately aku suka la pakai stoking. lagipun kaki aku cepat sejuk.. selesa bila pakai stokin tu. rasa selamat sikit...rasa selesa..


2. KOREK TELINGA

sem lepas mse posting E&T, Mr. J ada cakap, jangan korek telinga pakai cotton bud. kalau nak bersihkan telinga just cuci dengan air je. then, lapkan dengan tisu. then, biarkan nanti tahi telinga tu keluar sendiri. dia nasihatkan patient jangan korek telinga dengan cotton bud sebab cotton bud tu akan tolak ear wax tu lagi kedalam. nanti boleh dapat impacted ear wax.
huhu.. tapi aku suka.. sebab rasa best.. haha. tapi aku tak la tolak cotton bud tu dalam telinga... aku cuma rolling cotton bud tu kat sipi-sipi dalam telinga je.. tiap-tiap hari aku buat lepas mandi.. harap-harap la telinga aku ok..
=(


3. SET ALARM

ni hobi aku yang boleh dikategorikan yang baik la. boleh jadi contoh. skarang ni aku suka pasang alarm waktu pagi 6 alarm. macam-macam jenis bunyi. bunyi lagu, bunyi hon siren, bunyi haiwan, ntah pape lagi.. aku rasa housemate aku pon boleh dengar bunyi alarm tu...

skang ni aku praktik tidur petang pasang alarm. sebab ada satu hari tu (sebenarnya banyak kali jugak), aku tidur petang 3 jam. gila lama. memang aku kerugian masa betul. skang cuba letak alarm waktu petang supaya tidur petang tak terlalu lama... huhu..

yang bestnya, aku ni bila dah bangun alarm yang pertama, aku akan bukak mata, pastu pejam kejap. alarm kedua, bukak mata, duduk atas katil, pastu pejam mata.. alarm ketiga, bukak mata, bangun, menguak, pastu pergi mandi..
so, yang lagi tiga alarm tu untuk spare. kot-kot la ada waktu kalau aku tak sedar bunyi alarm pertama or kedua or ketiga tu ke..
huhu. best.best. aku suka tabiat baru ni.


4. MAKAN PEDAS + MINUM NESCAFE

yess, aku dah tak makan ikan keli dah skrang ni. aku skang suka makan ayam sambal. memang gila banyak makan sambal. pstu aku minum nescafe lepas makan nasi dengan lauk sambal ayam tu. hari ni, ong tun ping sorang kawan baik aku ni, dia nak tiru aku minum nescafe. dia pergi bli nescafe tin yang perisa 'original' tu. aku pon macam biasa ar makan nasi lauk sambal dengan minum nescafe yang beli kat kafe a&e tu. tapi nescafe tu tak kuat macam yang jenis tin.

kesian ong.. dia muntah-muntah lepas tu.. brapa kali dia masuk toilet sebab muntah.. dia curi maxolon kat wad tapi masih muntah jugak. dia cakap dia tak rasa sakit perut. tapi muntah sebab minum nescafe lepas makan nasi tu... sian dia.. aku rasa bersalah dowh. huhu.. =(



AKU TAK SUKA...


1. ADIK OR COUSIN AKU COUPLE

setakat ni dua-dua single kot. (hopefully). huhu. sorry weh, aku cuma takot rasa sunyi. rasa macam ada sesuatu yang ambil diorang ni dalam hidup aku. aku kalau nak kuar lepak ke, kalau tak dengan sepupu aku suryza, mesti ngan adik aku. kalau tak dengan mak aku la.
jarang la aku keluar lepak dengan member or dengan kawan. walaupon kawan aku perempuan. even kawan-kawan sekola aku semua dah masuk u, dah bz, dah lama tak jumpa. aku fikir, kalau la sepupu aku dah ada orang, ntah dengan sapa lagi boleh aku lepak keluar gi shopping ke, gi tengok wayang, gi makan, gi men bowling.. huwaa.. tapi suatu hari nanti dia mesti akan jumpa orang jugak.. semakin hari semakin meningkat dewasa. bukan macam dulu zaman remaja boleh la.
=(

adik aku azmi, dulu dia couple, dia kalau balik dari terengganu asik kuar ngan awek dia je. azam plak suka gi men bola kat padang or pegi tuisyen. mama dengan ayah keja. sian aku duduk sorang-sorang kat umah makan nugget sambil tengok astro..
ada la sekali skala, aku dengan adik-adik aku gi klcc nak gi bli tiket wayang. pastu aku blanja diorang makan kfc. huhu. best.
dulu-dulu, aku dengan family termasuk mama dengan ayah aku sume suka tengok wayang malam-malam. dulu kitorang suka pegi men bowling, men squasy, adik-adik aku pernah ikut ayah men golf dengan dia, aku men squasy dengan ayah aku, best gila. men bowling ngn mak aku, memng terer btol dia men bowling. tapi skng, ayah dengan mama dah mula bz kot.. dah jarang dapat bersama macam tu.. =(


ok, aku dah merepek.
mengantuk ar.
nak gi tido.
nak set alarm.
besok nak pegi book fair kat pwtc.

today:
hari ni aku pegi daycare hemato nak mintak apointment next week, dia suro aku pergi lab homeostasis kat tingkat 2. orng lab tu suro aku buat blood test tu next mentrual period bulan 5 nanti sebab minggu depan diorang bz ngn audit. bengong. bodoh gila. jahat! menyusahkan!
geramnya!!!! penatnya!!!!!!!!!!!!!!
aku taknak buat blood test bodoh tu lagi! aku nak default follow up bodoh tu!! argh geram!!


astaghfirullahalazim..
...

ya Allah tenangkan hati ku...

..

huhu..
good night..

(T.T)

No comments: