Sunday, March 21, 2010

kawan -kawan batch kesayangan ku.

gembiranya bila fikir dah 3 tahun aku kawan dengan budak kelas aku.
dan hampir nak masuk tahun final bulan 7 nanti.
cepat betul masa belalu..
aku nak cerita pasal kawan-kawan aku,
aku mulakan dengan ex-housemates aku.
oya, syaf, dan zety..
oya..
huhu.kadang-kadang aku jeles betul dengan oya,
dia tu faymes betul orangnya.
sema junior kenal dengan dia.
kalau jalan dengan dia, semua nak 'hi'.
HI kak Oya!
hi oya!
adoiai.. takde orang nak hai kat aku jugak ke...
oya..
atau dikenali norzuraini kamal..
president of nursing students association.
fuh. besar gile pangkat die.
dan sangat comitment dengan semua kerja yang dia buat..
siapa la aku disisinya..
huhu.
syaf. syafira syarif.
huhu. rajin la dia ni. bilik cantik.
dulu kat umah lama, bilik lawa.
duk kolej pon, bilik masih lawa!
jeles aku..huhu.
syaf ni gila rajin. rajin mengemas. dulu kat laman midah,
dia rajin betu menyapu.
rajin study.
rajin masak air pagi-pagi.
rajin pergi surau.
huwaa!! aku ni pemalas!
rasa hina betul diri ini kalo fikir kawan-kawan rajin..
untung betul bakal suami syaf nanti..
zety... zety atikah kamarulzaman.
pelembut orangnya.
tapi kadang-kadang bila marah, aku takot!
aku yang garang ni pon takot! haha.
zety ni cantik orangnya.
suka makeup.
cantik btol mata dia bile makeup..
aku pon suka makeup gak. hehe..
zety ni rajin jugak.
kalo dia baca nota, ribut taufan pon dia buat dek je.
aku dengar bunyi angin pon takleh tahan dowh.
wan. wan nadhirah wan hassan.
setakat ni aku rasa wan adalah kawan paling sejati aku.
semua adalah kawan sejati dan aku sayang.
tapi wan ni aku sayang lebih sikit.
aku dulu pernah gak gaduh dengan dia mase organize dinner nursing,
pastu kami bermaaf-maafan.
dia nangis.
aku pon ternangis.. sebab aku tengok dia ternangis.
pastu, memang kami rapat terus tak pernah gaduh.
aku rasa semua orang memang ngam kawan dengan dia.
wan benyak berkorban untuk aku.
dia jadi patient control untuk platelet function test yang aku buat.
dua kali dia jadi. dua kali dia kena cucuk.. cian dia....
wan jugak jadi peneman aku jogging kat tasik permaisuri.
banyak kali dah kitowang joging sesama..
walaupon aku dalam kelas duduk paling depan,
dia duduk paling belakang,
walaupon dia duduk blok C, aku duduk blok D,
walaupon kitorang tak pernah posting sekali tempat yang sama,
tapi dia la partner joging aku.
dia lah partner untuk booth hand washing modul komuniti nanti,
dia la partner aku cek darah.
terima kasih wan.. maaf banyak susah kan wan...
tuo dan iza..
tuo mamin dan norhaniza omar.
huhu..
aku jeles betu dengan dua orang kawan aku ni.
diorang ni memnag tak boleh dipisahkan.
memang dah dilahirkan untuk bersama sepajang hayat.
kadang-kadang aku fikir, kenapa la tuo tak bole jadi kawan rapat aku.
kalo tak mesti dia boleh buatkan aku sushi jugak.
hehe.
atau pun,
kenapa la iza tak boleh jadi kawan rapat aku..
kalau tak hari-hari dia masak nasi goreng untuk aku..
hehee..
diorang ni pandai masak..
aku kalau masak, untuk diri sendiri je la..
tak berani nak bagi orang makan..
tapi diorang ni, masak banyak-banyak.. sedap pulak tu.
untuk dikongsi bersama. jeles taw!! huhu.
untung bakal suami korang.
dapat isteri yang rajin memasak.
iza pon rajin mengemas. tiap-tiap minggu mop lantai umah dia tu.
berkilat. licin. boleh buat cermin lantai rumah laman midah dia tu.
hahaha..
aina, ej, zura, iffa..
noraina harun, norhaizan, noriffa, norhazura.
4 orang ni, duduk satu rumah kat laman midah,
dari tahun 1 sampai tahun 4. diorang memang taknak pindah kolej.
diorang ni memang manusia paling rajin study dalam dunia ni.
memang kalau sapa-sapa tengok diorang study,
boleh jadi gila.
aku ni pemalas.
bukak 1 muka surat pon dah tak larat.
diorang punya nota, buat sediri, mak aih, cantik plak tu.
berwarna-warni.
memang otak diorang penuh dengan ilmu
aku tabik betul dengan diorang ni.
semoga diorang ni graduate dengan cemerlang.
aina, memang paling rajin.
kalau nak nota yang bagus, pinjam la kat dia ni.
cantik. memang tak boring kalau baca.
dia punya assignment memang paling lengkap lah.
presentation pon lengkap lah.
iffa pulak, dia punya presentation memnag comel lah.
macam orang nya la,
ada gambar katun-katun..
hehe.
iffa ni sangat comitment dengan apa yang dia buat..
aku kagum dengan dia sebab dia tak mengeluh.
kenapa aku tak boleh jadi macam dia?
aku ni, sebenarnya tak berniat nak mengeluh.
aku tahu kalau mengeluh, kerja jadi tak ikhlas..
tapi dah tak sengaja. reflex. aku ni tuku refleksi. haha.
ej, kelakar orangnya.
kalau dalam kelas, dia memang paling banyak buat lawak.
kalo dia takda, boring kelas.
suka nyanyi.
suka amik gambar..
hehe..
aku pon suka amik gambar gak pe.. ;p
zura,
kadang kadang dia ni klaka gak.
kalo kitorang disuruh belakon,
dia mesti amik watak, jadi suami la. jadi abang. jadi ayah.
pastu lakonan dia memnag jadi!!
kelakar taw! sakit perut gelak bila dia berlakon jadi suami! xD
syikin.
suka melukis.
suka lukis anime jepun. suka cerita korea dan jepun.
suka tag aku kat note fb dia
tapi aku suka.
sebab aku rasa insaf, rasa gembira, rasa lega.
terima kasih kerana berkongsi.
syikin ni pandai orang nya.
tanya la apa-apa soalan,
kalau dia tak dapat jawab, nanti dia akan find out pastu bagitahu walaupon lambat.
dan jawapan dia memuaskan hati..
syikin ni sebenarnya cute.
macam budak kecik. tp dia kurus memang macam budak kecik.
hehe
syida.
aduhai, dialah manusia yang paling lembut yang pernah aku jumpa.
dan seumur hidup aku kenal dia, aku tak pernah tengok dia marah.
kenapa la aku tak boleh jadi macam dia.
aku ni panas baran, kasar, sensitif, apa-apa je la.
tapi dia ni, cantik, lembut, suara lembut.
untung betul bakal mak mertua dia nanti.
dapat menantu macam ni.
ily.
dia ni kalau dalam wad, dalam klinik, memang rajin.
rajin mencari peluang untuk belajar.
rajin bertanya.
aku ni penakot.
takot nak tanya soalan.
dia rilek je tanya macam-macam kat doktor or prof.
rajin study jugak. rajin buat note. rajin baca note.
ong tun ping, ling hui hui, hseih jia jun, tay shi chin.
paling kelakar adalah jun.
hari tu dia buat lawak kat ER,
asik gelak je kitorang, dah le posting tengah malam kol 3pagi lak tu.
jun paling soft. cakap pon soft je suara dia.
yang best nya, dia ni single la.
pelik orang paling cantik dan paling soft ni xda boifren.
maybe dia jual mahal kot.. hehehe..
ong pon kelakar jugak.
ehem, mentang-mentang la dia ada bf kat cni..
dia nampak bertambah happy go lucky..
dan kalau aku lepak dengan dia,
kitorang suka borak cakap pasal jerawat.
(bukan jururawat ye.. hehe..
jerawat. acne.
skin care. skin care product.
tu memang favorite topic kiotrang la.
hahaha.
hui hui, dia ketua kelas kitorang.
dan dia orang yang paling tinggi skali dalam kelas.
dan dia single jugak..
sapa nak jadi bf dia mesti lagi tinggi la dari dia jawabnye.. hehe.
di antara 4 orang chinese ni, hui hui yang aku pernah nampak dia menangis. mse minggu SPKG tu. mse friends foerever tu, idong dia merah. nampak la dia kesat air mata..
touching aku tengak dia time tu..
aku takleh ar tengok orang nangis. aku pon ternangis tengok diorang nangis..
dia ni walaupon ganas orang nya, tapi hati dia lembut.
mcm cita adnan sempit cakap,
"walaupon luaran ni kasar,
tapi dalam hati ni ada taman'
hahahaha!
aku tak tahan geak tengok cite tu!! xD
tay,
aku bakal pergi UK dengan dia.
2 bulan la kitorang akan berkepit je memanjang.
since kitorng di partner untuk gi UK nanti,
kitorang banyk gak lepak sama.
cakap pasal money currency rate la,
ckp pasal apa nak prepare,
cakap pasal mental health module,
banyak benda kitorang borak untuk cakap pasal UK tu.
tay ni paling comel orang nya.
(tak sampai hati nak cakap paling rendah..huhu..)
kelakar kadang-kadang tu,
lagi-lagi bila suara cute dia tu berkumandang.
memang cute habis dan nyaring! hahaha.
mereka ini adalah orang-orang yang aku sayang.
semoga kami semua lulus graduate dengan cemerlang.
semoga kami jadi nurse yang cemerang.
aku jealous dengan meraka ini.
hebat,cantik.. bijak pulak tu..
ada diantara personaliti mereka yang aku cuba jadikan contoh dan idola.
tapi aku tak boleh juga nak buang sifat yang tak nak berapa baik ni.
manusia tak sempurna. aku tak sempurna.
terima kasih sahabat ku semua.
korang banyak buat aku untuk belajar untuk jadi diri aku.
"without my friends, i would never be the way i am.."

1 comment:

zalilawatie said...

wani...ili very appreciate how u create our character...i luv u,wani...hope we all fren forever even we seldom meet..