Wednesday, March 31, 2010

sedih dan kesal..

hari selasa tu cuma dengar cerita dari kakak-kakak senior tu,
dan sekarang tengah sedih ni.. nyesal tertengok video tu tadi..
petang tadi nak tido petang pon tak dapat sebab terbayang-bayang..
masa mandi pon teringat lagi..
dan sekarang air mata ini pula asik nak berlinangan je..
sebab asik terbayang-bayang tragedi buruk itu..

semoga Allah merahmati seluruh keluarganya..
semoga Allah kuatkan semangat isteri mangsa dan lindungi anak-anaknya..
semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya...
Amin..

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dirempuhketikaisiminyak/Article/index_html

http://www.youtube.com/watch?v=zOyRqF2nL3s

kita akan sedar betapa kita sayang sangat seseorang itu bila kita sudah kehilangannya.
atau bila kita fikir, kita mungkin akan kehilangannya ,
mungkin dalam sekelip mata atau dalam sesaat,
dia akan pergi meninggalkan kita tanpa meninggalkan kata-kata terakhir darinya,
bila aku baca dan lihat berita itu, aku rasa sedih yang teramat.
walaupun kita perlu redha dengan pemergian seseorang yang kita sayang tu,
tapi aku tetap tak boleh nak maafkan orang yang mlanggar mangsa tersebut,
kerana kecuaian dia, mabuk ketika memandu,
dia melanggar seseorang didepan mata isteri dan anak tersayang,
seseorang yang merupakan suami pada seseorang,
ayah pada seseorang,
anak pada seseorang,
saudara pada seseorang,
atau kawan rapat pada seseorang,
yang hilang dalam sekelip mata.
meninggalkan mereka yang tersayang dan yang menyayanginya,
meninggalkan isteri dan anak-anak,
yang masih amat memerlukannya.

ya Allah, jaganlah mereka-mereka yang aku sayang pergi dengan cara mengejut seperti itu.
kalaulah ada diantara mereka-mereka yang aku sayang akan ditakdirkan pergi dengan cara mengejut, meninggalkan aku tanpa sebarang kata terakhir, tanpa sebarang petanda, tanpa memberi aku masa untuk aku memohon ampun darinya, mengatakan aku amat sayangkan dia, untuk menenangkan dia, dan untuk aku menjaga dia buat kali terkahir,
aku lebih rela pergi dulu.

1 comment:

SyafiraSharif said...

tu laa..sape soh tengok byk kali...len kali sekali jek ckp...
huhu