Monday, April 26, 2010

hormonal imbalance..

ok.. ada orang lebih sakit dari aku.
ada orang lebih sengsara dari aku.
ada orang lebih risau dari aku.
ada orang lebih bermakna hidupnya dari hidup aku.
dan aku pula sentiasa meluahkan rasa tak puas hati,
tapi sedang mereka yang lebih sengsara dari aku tu masih dapat bersabar dan kuatkan semangat.
aku sendiri dah banyak melihat orang yang lebih sengsara dari aku,
tapi aku sendiri tak dapat nak cope dengan sengsara aku sendiri.
ok. aku lemah.
aku tak kuat macam mereka.
sabar k wanie.
huhu. sabar k..
rindu kat mama. sedih la pulak. tetibe macam air mata ni bergenangan.
sabar k. esok jumpa mama kat breast cancer campaign.
_________________________________________
geramnye..geramnye..geramnye...... besok breast cancer campaign, so lusa je ada untuk buat blood test tu. tapi aku posting home care. patient control pulak posting critical care. nak buat petang tak boleh plak. hari jumaat, diorang ada patient lain. isnin pon ada patient lain. tapi minggu depan dah kira day 7 or day 8. mana boleh buat test tu dah. bodohnye!!!!
aku nak menangis je rase skang ni!! takkan aku nak tunggu next menstrual period plak. next month cuti sem. sape nak jadi patient control aku nanti kalo sume tengah cuti? bodohnye!!!! huwa!! nak nangis laa!! kenapa penat sangat ni? kenapa bodoh sangat ni? kenapa bodoh sangat org lab tu?? dia tak pikir ke aku dah 2 bulan tunggu utk buat test tu. nak tunggu bulan depan, pon patient control takde!!
sampai bila nak tunggu untuk buat test tu? sampai aku dah mati kot baru nak buat blood test tu!

AKU NAK MATI! AKU NAK MATII!!!!!! KALAU AKU MATI BLEEDING PON AKU TAK PEDULI!

nak nagis dah ni. dah nangis dah pon. letih. aku sakit perut. aku sakit hati. aku sakit. hidung aku berdarah. gusi aku berdarah. aku takut. aku rasa nak mati besok. aku rasa aku nak mati lusa. aku dah give up dengan test bodoh ni lagi. aku taknak buat test nie. aku taknak tunggu dah. aku rase nak mati! aku nak mati!!

kemarin mama call aku pagi pagi buta. dia bagitahu gusi dia kerap berdarah jugak dulu. dulu dia cakap dia takda masalah bila aku tanya dia kalau dia dulu ada masalah pendarahan tak. tapi skng dia cakap dia ada pulak. dia baru teringat. dulu ada dua tiga kali dia buat prosedur dental, dua tiga kali doktor cakap gusi dia bleeding banyak. doktor pon penah suroh dia pegi cek, tapi dia buat tak tahu je. dia tak ingat sebab dah lama. tapi dia baru teringat, dan bagitahu aku. call aku pagi-pagi buta sebab bagitahu hal tu.

aku kecewa... von willibran apa ke jadahnye tu. tak mungkin. mengarut. dan test bodoh ni, buat aku tunggu macam orang bodoh. sejak dari awal sem aku pegi follow up bodoh ni, dan sampai skarang doktor tak diagnose lagi apa masalah aku. dah 6 bulan. ape ke jadahnye???!!!!

aku nak give up. aku taknak pergi follow up ni. aku taknak!!!!!!!!!!!!!!! kenapa la aku dari awal pergi jumpa doktor untuk benda bodoh ni. patutunya aku tak payah mula. tak payah pegi check. dan sekarang aku terpaksa habiskannya. stupid.

dah bila kalau aku tahu pon. dan bila kalau aku ada sakit apa-apa pon. aku akan kecewa jugak. dan memang sekarang pun aku dah kecewa. aku tak tahu nak buat apa. aku rasa bodoh sangat. kalau aku mati berdarah pon peduli apa? aku taknak pergi check dah!!
x(

No comments: