Wednesday, April 28, 2010

breast cancer campaign



call 6.30pm mama call aku,
aku tengah tidur sebab kepala aku sakit sangat.
aku balik dari breast cancer campaign tu,
aku terus tidur lepas makan 2 biji ponstant.
sakit sangat kepala.

mama tanya pasal breast ca. campaign tu,
kalau nak buat lagi, dia suka kalau buat agi kat ofis dia.

"kakak, campaign tu memang xda orang nak sponsor ke?"

"kalau mama tahu, mama bagi sumbangan sikit"

"takde la ma.. kitorang memang kuar duit sendiri semuanya.. mana ada sape sponsor. fakulti tak sponsor. mindef pon tak sponsor."

"owh. yeke.."
"kakak bila buat lagi campagin macam tu?"
"kalau buat kat tempat mama pon takpe jugak kak sebab ramai staff perempuan"

"tak ma. kitorang tak buat lagi dah.."
'tu yang last untuk sem ni, tak tahu lah kalo masa akan datang buat lagi.."

"owh ye ke. so takde buat lagi la ek."
"kalau nak buat lagi, buat kat cini je kak. mama bole tolong dapatkan sponsor"

"takpe ma.. dah habis dah pun.. tak tahu la bila akan buat lagi.."
"dah tak buat lagi kot.. sebab program tu untuk modul oncology semester ni je.."

"akak tengah tidur ke? suara mengatuk je..?"

"a'ah ma.. wani sakit kepala.."
"wani tak larat la ni ma.. penat.."
"sebab wani period lagi.. pastu tadi tak makan pagi.."
"makan tengah hari pon lambat.."
"skang dah migrain dah.."

mak aku terdiam..

pastu dia cakap.

"akak pergi la rehat dulu k.."

"ok.."

"assalamualaukum"

"walaikumsalam"

masa mama cakap "akak pergi la rehat dulu k". aku dengar suara dia macam ternangis.. macam sebak.. aku mengantuk time tu... so aku macam blur.. tapi aku rasa kesal sebab cakap aku sakit kepala makan lambat... seriously menyesal sangat...

sebab mama tahu program tu memang tak dapat sponsor. so makan pon sendiri tanggung.. sampai nak makan pon tukar-tukar shift. sampai ada yang makan lambat.

aku rase sedih pulak bile mama sebak macam tu.. aku tahu lepas letak tepon tu, dia mesti menangis...

dia sedih sebab kesian kat aku.
dia kesian kat kawan-kawan aku,
sebab kami penat sepanjang hari buat berhempas pulas program.
dah la kuar duit sendiri tak dapat sponsor.
pastu makan pon mindef tu taknak sponsor ke.
sampai aku sakit kepala makan lambat..

dan tak tahu la kawan-kawan lain.. kesian diorang, mesti penat jugak..

ya Allah, semoga Kau berkati kami semua. semoga Kau beri kejayaan pada kami semua. pada kawan-kawan aku. yang sanggup keluar duit, sepanjang hari berhabis tenaga untuk program tu.. tanpa mengharap sebarang balasan.

maafkan wani ma. tak sengaja buat buat mama sedih. jangan risau k mama.
kami semua ni tabah hati. dah biasa penat macam ni. mama jangn risau kan wani k.
terima kasih mama ayah, sebab datang program kami.
terima kasih sangat.

mama dengan ayah adalah ibu bapa yang terbaik dalam dunia ni.
wani sayang mama. wani sayang ayah. sangat sangat sangat..
note: tahniah ayah. dapat naik Leftenan Kolonel. tak sabar nak balik umah ari jumaat. ayah nak blanja makan & tengok wayang cita iron man 2. azmi pon dah balik dari terengganu.. wuhuhu. :)

No comments: