Thursday, April 22, 2010

SABAR..

beri aku masa

beri aku kesabaran

beri aku kekuatan dan ketabahan

aku lemah lagi

aku tidak kuat lagi

aku takut

aku sedih

kenapa aku diuji seperti ini?
kenapa ujian aku seberat ini?
kenapa aku tidak perolehi apa yang aku mahu?
kenapa aku berasa lemah? kenapa aku perlu bersedih lagi?
bagaimana aku harus melalui semua ini lagi?
apa yang aku dapat kalau aku bersusah payah seperti ini?
kepada siapa lagi yang aku boleh mengharap?
aku dah tidak sanggup hadapi semua ini lagi!
.
.
.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
.
.
kenapa aku diuji seperti ini?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
.
.
kenapa ujian aku seberat ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
.
.
kenapa aku tidak perolehi segala apa yang aku idamkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
.
.
kenapa aku berasa lemah? kenapa aku perlu bersedih lagi?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)
.
.
bagaimana aku harus melalui semua ini lagi?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Al-Imran ayat 200)
.
.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
.
.
apa yang aku dapat kalau aku bersusah payah seperti ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .."
(Surah At-Taubah ayat 111)
.
.
kepada siapa lagi yang aku boleh mengharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)
.
.
aku dah tidak sanggup hadapi semua ini lagi!
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)

No comments: