Sunday, June 6, 2010

jawapan yang sama tapi maksud yang berbeza

aku tahu topik ni memang bodoh untuk diceritakan, tapi aku nak kongsi jugak. ok camni ceritanya. sepupu aku sms aku bagitahu aku yang member dia lelaki nak kenal dengan aku, dia mintak no phone aku, so sepupu aku mintak izin aku boleh ke dia bagi no phone aku.
ok, dalam hati aku, aku nak bagitahu, aku tak biasa sangat la nak berkanalan2 ni.macam pelik je rasanya. nak sms2 atau ym2 ke, macam leceh plak. tak kenal plak tu. rase macam tak real je. macam membosankan je. so, aku nak tolak dengan cara baik. so apa patut sepupu aku bagitahu dia?
"wani taknak". bunyi macam aku ni bajet bagus berlagak gila jual mahal nak mampus.
ataupun,
"wani pemalu dan penyegan. dia cakpa takmo la". pergh. hipokrit gila. macam baik sangat je aku ni nak jadi pemalu2 plak. haha.
ataupun,
"wani segan ar. dia tak biasa". ok. this one sounds good.
aku suroh sepupu aku ni bagitahu dia macam tu, tapi sepupu aku cakap,
"wani, ko bagi antara 2 jawapan je. nak. or taknak."
haih, aku cakap taknak kang, itu dah direct sangat reject.
pastu sepupu aku cakap kat aku,
"sengal la ko wani. jual mahal plak"
kuang asam betul sepupu aku ni.. tak membantu aku lansung.
kesimpulannya,
komunikasi tu yang penting.
jawapan dia sama ada "nak" atau "taknak". "ya" atau "tidak". atau "betul" atau "salah". apa-apa persoalan pun, ada dua jawapan bertentangan tu, tapi apa yang membezakan dua jawapan tu, adalah cara kita memberi jawapan tu..
hehehe..
memang topik bodoh untuk diceritakan kat sini.
benda yang simple pon boleh jadi complicated.
tapi apa-apa pun, complicated and conflict are always important for that individual or two person or groups to develop to become more mature..
kalau semua benda nak jadi simple and easy, that individual tu kira macam develop low coping mechanism or low self tolerance.
ntah apa lah yang aku merepek meraban ni..

No comments: