Thursday, June 17, 2010

video Majlis Watikah Pertauliahan DiRaja


ayah?
Lt. Kolonel Nasaruddin bin Che Om

azmi?
Lt. Muda Noradzmi bin Nasaruddin


aku?
Misi Norshazwani bt Nasaruddin.
Haha.

ah! tak peduli. aku nak gak title. tak kisah la misi pon. janji title. ingat korang je ke yang leh dapat title?
sabtu lepas aku sekeluarga pergi USM Penang tengok azmi amik watikah pertauliahan diraja. dia kan join palapes, so dia kira dah grad dari palapes la setelah 3 tahun join.
dulu, dia ada mintak nak masuk sekolah menengah untuk jadi tentera tu. ntah ape nama dia aku dah lupa. tapi tak dapat sebab dia pendek dan rabun kot. huhu. sian.
pastu dia masuk sekolah teknik amik kejuruteran elektrik&elektronik, pastu dapat tawaran matrik, sebulan pastu dia kuar sebab dapat tawaran uitm. now dia sambung diploma kat uitm dungun. skang dia dah habis blaja 3 tahun dan & tunggu permohonan untuk sambung degree kat uitm shah alam.
azmi join palapes since year 1. so dia dah 3 tahun menceburi bidang palapes semenjak dia tak dapat masuk sekolah tentera tu. dulu aku ingat palapes ni stakat men panjat-panjat masuk hutan, macam best la, selepas tegok budak-budak tu kena ragging & kena dera, mak ai, trime kasih je la. sorang-sorang kene pelempang sebab bawak handphone dalam dewan. pastu kene sujud kat jalan raya tar tapi tangan kat belakang, dahi dengan hujung jari kaki je kat jalan raya, badan takleh sentuh jalan, kene naik. boleh bayangkan tak? dah le dalam hujan pastu posisi tu je la nak setengah jam ke satu jam camtu. boleh retard otak budak-budak tu. sian kan..
dari moyang aku, dato' bahaman pahlawan pahang mase zaman british dulu, pastu atok aku yang join askar melayu mase zaman perang jepon & komunis dulu, pastu bapak aku join tentara darat, pastu adik aku join palapes, tetibe plak aku jadi nurse.
tapi takpe, aku ni ade gak prangai macam askar siket pe.. mcm tegas, garang, berdisiplin? huu..
kalau nak suruh aku panjat pokok, boleh je..
nak suruh aku pegang senapang M16, boleh je kot..
nak suruh masuk hutan duduk kat dalam tu berminggu-minggu, macam senang.. hihi..
apa yang bestnye askar ni?
seronok betul dikeilingi askar ni, pegi mane pon kena tabik. rase macam VIP dowh. haha.
dapat scholarship. dari aku sekolah rendah, upsr, pmr, spm, samapai masuk U, aku dapat scholarship untuk anak angkatan tentera.
terima kasih kerajaan Malaysia. banyak dah duit rakyat yang dihabiskan untuk aku..
scholarship JPA untuk buat degree nursing, scholarship cancelori UKM yang nak pegi uk ni lagi, banyak nya duit rakyat berabis untuk aku..
insyaAllah aku akan berkhidmat dengan terbaik untuk rakyat bila dah kerja nanti..
terima kasih Malaysia.. Alhamdulillah.beruntungnya aku dilahairkan di tanah air ini.
apa yang best askar ni?
bila aku dengan adik aku pegi mana-mana, aku rasa selamat. macam rasa protected dari penjenayah. kalo kuar ngan bapak aku pegi makan ke, jangan harap la ada mat-mat moto nak 'wit-wit' aku. bila tengok askar beruniform kat sebelah aku sambil berkata "alamak, bapak die la.".
disebabkan bapak aku askar, aku belajar untuk berdisiplin la sikit..
ayah aku tak manjakan aku dengan adik-adik aku.
ayah aku cool je orang dia. kalau result exam gempak camne pon, die wat muka cool je tak cakap pape. diam je. macam-macam dah aku berusaha keras nak impress dia, tapi dia tetap cool, tu yang aku rasa geram tu, cam mana nak bagi bapak aku ni kagum dengan aku ni?
kalau tak belajar cara hidup susah, orang tu takkan hargai hidup senang.

walaupon aku ni nurse, tapi dalaman aku ni askar taw tak! hati dan jiwa aku ni dah sebati dengan cara hidup askar tak tak?! darah yang mengalir dalam tubuh aku ni, keturunan pahlawan askar tahu tak!
so, jangan cari pasal dengan aku.
good bye.
(;

video

No comments: