Sunday, June 6, 2010

reunion at the wedding day

semalam makan nasi minyak. hari ni nasi minyak lagi. hadoihaih. jeles betul tengok orang naik pelamin nih. semalam pegi rumah orang kawen dekat taiping perak. sepupu aku punya kawan pejabat dia kawen. bertolak dari kl pukul 10am, dengan 2 orang kawan ofis dia, sampai taiping pkul 2pm, pengantin pon dan selesai bersanding. tak rugi jugak aku ikot omet gi member dia kawen ni sebab aku jumpa mariah, kawan matrik aku dulu. rupa-rupanya mariah ni bakal tunang dengan kawan ofis omet jugak.

jumpa mariah, memang beborak sakan tak ingat dunia. ye ar. dah 3 tahun kot terpisah dengan kawan aku sorang ni yang satu aras mase matrik dulu, yang study sama-sama dengan wani halim kat bilik aku aku dulu, yang pergi kelas & lecture hall sama-sama dulu, yang tido sekatil dengan wani halim sebab study sampai larut malam dulu, yang aku tolong make up kan mase nak pergi dinner dulu, haha. so, bila jumpa tu, rasa terubat sikit rindu kat kawan-kawan matrik aku..



yang jelesnya, mariah bakal bertunang lagi 2 minggu dari tarikh semalam!!! tunang dia yang mana satu? yang pakai baju belang kaler coklat maroon tu! hehe. dan tarikh nikah plak bulan 12 nanti, buat dekat sg. petani. alahai sayang, aku macam mana nak pegi sg. petani tu..jauh bebeno.. kalo ade orang nak bawak takpe la jugak. huhu.. (T.T)
then, pukul 4pm tu kitorang balik ke kl. sampai kl kol 8pm, gi singgah mcD makan malam dengan pakai baju kurung nye melantak mcD. huhu.

itu semalam. hari ni plak, lepas abis sesi perjumpaan jaksa lama dengan jaksa baru, fit sms aku tanya nak pegi wedding pojol tak. aku pon dengan tak plan ape-ape, dengan tak beli hadiah wedding, teros siap. gi amik teksi, gi naik lrt sampai taman melati, then fit amik aku kat station lrt. sampai je kat dewan sekolah tu, dah pukul 3.30pm, aku fit dengan maya nampak wani abidin yang otw nak balik, so sempat la bersalaman & bertanya khabar. pastu aku dah nampak member-member sekolah aku yang lain pon otw nak balik, yang lawaknye aku dah lambai-lambai, bole diorang buat bodo jek. haha. keciwa betul. pastu bila kitorang dah kuar dari kereta, veena dah nampak aku, pastu ape lagi, kecoh kat tepi jalan tu macam jejak kasih. ye la, dah 4 tahun kot tak jumpa! rindu gila! lagi-lagi veena la yang paling aku rindu! so dapat la berjumpa dengan yanti, nana, aisyah, fatinah, fathiah, ros & mag. huwa! rindu sangat kat diorang nih! makin cantik & bergaya! huhu..


walaupon dalam 15-20 minit je berjumpa, sempat la ambil gambar, sempat borak kejap, lepas kan rindu yang dah terbuku selama 4 tahun ni. then diorang pon bertolak balik, aku fit & maya pegi jumpa pojol.

pojol adalah kawan sekolah menengah yang pertama aku yang kawen dulu. pasni siapa ek? huhu. agak-agaknye, masa aku kawen nanti, mesti diorang datang dengan anak-anak dah berderet kot. hahaha..
tahniah fauzul. semoga berbahgia ke anak cucu dan cicit. :)
tak sangka dalam 2 hari wedding yang berturut ni, aku dapat jumpa kawan-kawan lama aku balik.. memang dah ditakdirkan.. =))
adoiai jelesnya.. kawan-kawan aku dah tunang dah kawen, yang bakal bertunang la bagai.. huwaaAa!.. terasa jeles yang membuak-buak! huhu. x)

No comments: