Monday, July 12, 2010

keep it low

agak kekecewaan sedikit setelah melihat result sem lepas yang jatuh. pointer pngk cuma naik 0.01 je..
tapi peliknya aku tak menangis lansung kali ni.. mungkin belum lagi kot. sebelum ni pointer yang jatuh tu walaupun masih atas 3.5, aku menangis macam ada orang mati. beriya betul. macam dalam drama hindustan je.. siap baling bantal lagi.. tapi kali ni pointer jatuh lagi, tapi macam rilek je pulak..
mungkin aku fikir, dah cukup ar pointer takat ni. malas dah aku nak kejar-kejar pointer ni. apa yang aku tahu dan aku dapat confirm, aku akan masih dapat ambil ijazah graduate next year, dan aku akan dapat bekerja dan bukan menganggur. aku pikir dapat pointer yang macam ni pon ok je. maintain kan saja, yang penting masih above 3.0 untuk back up kot-kot kalau nak sambung master..
mungkin orang lain tidak setuju dengan aku yang hanya nak maintain dan taknak fighting lagi, tapi itu pilihan aku. semua orang berhak membuat pilihan. aku memilih jalan untuk aku berasa selesa. kenapa aku mesti menghabiskan masa dewasa aku ni dengan tertekan sebab nak kejar sesuatu? mungkin sebelum ini itu adalah aku yang selalu nak dapat lebih dari orang lain, tapi manusia berubah. aku rasa aku dah tak larat dah nak kejar itu ini, baik aku duduk diam-diam, menyaksikan orang lain dan dunia, dan gembira dan bersyukur dengan apa yang aku ada atau aku dah capai.
itu sudah cukup menyenangkan..
setakat ini aku rasa aku adalah manusia yang cukup bertuah sebab dapat banyak peluang. kalau dulu aku menyesal dan tak sabar nak habis blaja sebab boring masuk ukm lagi-lagi duduk kampus luar yang lansung takda campus ife ini, tapi kali ini aku rasa pantas betul masa berlalu, kini aku dah di tahun akhir, banyak dah aku lalui, banyak dah aku capai tak kisah la buruk atau baik perkara tu, yang penting, aku dah melalui proses itu. proses sebagai mahasiswi ukm. proses yang membentuk aku untuk diri aku yang sekarang, dan diriku untuk masa depan..

No comments: