Thursday, July 8, 2010

last day on friday MMP

hari ini hari terakhir kami untuk minggu orientasi pelajar baru di ukm bangi sebelum bertolak balik ke ktdi esok, tapi aku suka minggu orientasi kali ini, budak-budak junior ni memang bagus.
hari selasa kitorang buat 'on call' macam fire drill la, diorang kenan maki & marah-marah,
semua pc marah diorang ni tapi kali ni aku taknak la marah diorang dah.. so malam tu lepas paan marah-marah maki diorang, lepas tu tay pulak menjerit marah-marah diorang, seriously aku tak pernah tengok tay garang macam tu. dia marah tengking memang tahap gajah mengamuk dan aku tersentuh betul bila dia cakap, "kamu orang semua ingat saya ni pengutip sampah ke? saya ni pc makanan pagi-pagi bangun pukul 4 pagi nak ambil makanan kamu orang dengan caterer, lepas tu kamu semua biar sampah bersepah, meja kerusi tak tersusun, kamu ingat saya ni pekerja kutip sampah ke?"
ada banyak la yang dia marah, tapi aku memang mengalir air mata la lepas apa yang dia cakap semua tu.. lepas tu hazwani pulak marah-marah dorang, then dayana pon marah, aku betul2 menangis kot time tu sebab aku rasa memang betul kot apa pc tu semua cakap, aku kesian kat diorang lagi-lagi pc makanan, sampai tak ngam dengan pc makanan ktsn, pastu budak-budak tu buat perangai macam tu. budak-budak tu pulak lepas tengok aku dah meleleh air mata, diorang pon apa lagi, berjujuran la air mata..
then aku pulak bercakap dengan diorang, aku tak marah diorang, tapi cuma berkata sambil mengawal nak nangis. haha. aku bagi tahu, kita ni dah la terasa macam 'dipinggirkan' dekat ktdi ni, skang ni kat ukm bangi pon macam rasa 'dipinggirkan' jugak. dan aku cakap ni la last aku dapat tengok junior, dan semua expectation aku tak tercapai pon untuk group kali ni walaupon ramai lelaki, walaupon dah bertambah student, aku ingat kali ini berbeza, tapi sama je dengan yang sebelum ni. aku cakap, takda apa yang boleh dibanggakan denagn group kali ni.
tapi malam tu, bia semua pc dah bercakap & basuh diorang ni, budak junior ni semua memang nangis dan bersalaman dengan pc. aku pon touching gak ar, berjujuran air mata ni jugak. huhu. (T.T)
keesokkan harinya, hari rabu, diorang ni bersemangat sikit.. walaupon kumpulan kecil, tapi masa cheers kat DG, diorang memang semangat gila.. masa join simulasi dengan klinik sukan pon memang sangat bersemangat buat cheers.
malam tadi, hari khamis, aku zul, amir & acap pegi beli kek kat bangi nak celebrate birthday faez dengan dak junior yang lain. kedai tu dah tutup, aku dengan diorang memenag merayu-rayu kat akak tu suh bukak pintu, sebab kami nak beli kek. haha. lawak betul..
kami celebrate birthday diorang, nyanyi-nyanyi ramai-ramai, memang syok jugak.
semalam jugak pengalaman buruk aku bila kena kejar dengan beruk. huhu. tu la. create lagi cheers beruk, kan dah kena kejar. gila aku mencanak lari 100 meter masa kena sergah dengan beruk-beruk yang ramai dengan anak cucu diorang tu.. memang adrenaline rush time tu, memang aku menjerit mcam orang gila.. haha. malu betul..
at the end aku rasa, group kali ni lagi bagus dari group sebelum ni. ketua cheers pon pompuan, yang join kebudayaan pon ramai, aku pc kebudayaan lagi kali ni, budak-budak ni memang berbakat, fitri yang lelaki ni dah la join zapin, pergh, memang solute ar kat dia menari macam pro, dah le laki. pastu dia nak join orkestra pulak. wah, memang hebat gak la.
pastu yang lain, ada join angklung, kompang, tarian istana (aku suka!), shima pulak join theater jadi main character, boria, tarian moden, koir, dll. 17 orang semuanya.
memang sesuatu yang kagum jugak dengan diorang ni. dah la join sukan semuanya, pastu join kebudayaan jugak. penat tapi puas kot.
gtg. nak conduct ldk yang terakhir.

1 comment:

reb@rn said...

mesti dia harap dapat jUmpa dengAn PC pusat yAng handLe KTDI masa duLu-duLu tu kan :b