Wednesday, September 1, 2010

resipi biskut kepingan jagung wani coklat

bahan-bahan:

Nestle cornflakes
Coklat Masakan
Marjerine
Mangkuk kertas
Colourful rice (hiasan)

cara-cara:


Cairkan coklat masakan bersama sedikit marjerine sehingga pekat, likat dan berkilat. Masukkan coklat yang telah cair ke dalam mangkuk yang berisi cornflakes. Gaul hingga keseluruhan cornflakes bersalut dengan coklat. Gunakan sudu untuk mengisi cornflakes ke dalam mangkuk kertas. Taburkan dengan colourful rice atau apa jua sebagai hiasan di atasnya. Biarkan seketika sehingga adunan cornflakes tadi sejuk lebih kurang 5 - 7 minit. Kemudian, simpan di dalam bekas.

p/s: Satu kotak cornflakes memerlukan lebih kurang 3 keping coklat masakan. Jangan cairkan coklat menggunakan marjerine yang banyak kerana cornflakes akan cepat lemau. Anggaran 2 1/2 sudu marjerine untuk 3 keping coklat masakan.

No comments: