Saturday, September 4, 2010

ucapan raya untuk mama dan ayah

mama dan ayah tercinta.
terima kasih kerana lahirkan wani di atas dunia ini. terima kasih kerana beri wani susu, tukar kain lampin wani, dodoikan wani bila menangis diwaktu malam, dan peluk wani seeratnya agar wani tak jatuh dari dukungan mama.
terima kasih ma kerana mandikan wani, sikatkan rambut wani, pakaikan baju untuk wani, berada disisi wani peluk wani seeratnya di waktu malam ketika wani sedang sakit gigi baru yang hendak tumbuh, sapukan minyak bersalawat dan urut perut wani ketika wani sedang sakit perut, picitkan kepala wani ketika wani sedang merana sakit kepala, peluk wani seeratnya ketika wani sedang sakit.
terima kasih kerana mengajar wani mengucap kalimah syahadah, mengajar wani bersolat dan mengaji, mengajar wani berpuasa, membelikan wani telekung, membelikan wani tudung, menghantar wani ke sekolah.
terima kasih mama dan ayah menghabiskan duit menyekolahkan wani, hantar wani ke sekolah, membeli buku latihan untuk wani, membayar yuran tuisyen untuk wani, membelikan wani pakaian, barang mainan, makanan yang berkhasiat, mengajar wani makan sayur dan minum susu, menghantar wani ke klinik gigi untuk cabut gigi, menghantar wani ke klinik dan hospital bila wani sakit.
wani masih ingat wani dengan ayah pernah accident jatuh motor masa kecik dulu, ayah terluka teruk, tapi ayah tanya wani ok ke tak. ayah check kaki lutut wani kot-kot terluka atau tidak, ayah tanya wani ada sakit kat mana-mana ke tak, wani masa tu menggigil ketakutan. lagi-lagi bila tengok ayah tercedera..
wani masih ingat wasa wani jatuh teruk masa main kat padang, kepala wani berdarah teruk, wani menyorok dalam bilik takut kalau mama ayah nampak, mesti mama ayah marah teruk nanti. tapi darah masih mengalir banyak dari kepala walaupun wani dah tekan dengan kain lampin azam, wani ketakutan dan menangis teruk, ayah terdengar dan masuk bilik wani, ayah tanya wani,"kenapa ni?" 'apa dah jadi ni?" tengok darah berlumuran di kepala, berlumuran atas lantai, ayah kelam kabut tarik wani bawak masuk kereta nak hantar wani pergi hospital. mama dekat rumah uwan time tu, masa ayah nak ambil mama kat rumah uwan, mama menangis teruk tengok wani, mama peluk wani tanya wani macam mana boleh jadi macamni, ayah hantar ke klinik, doktor jahit kepala wani, mama masih menangis lagi.. seminggu lepas tu wani muntah teruk, mama hantar pergi hospital, mama teman wani untuk pergi x-ray kepala, mama nangis lagi risaukan wani.. mintak maaf ma dah susah kan mama ayah, terima kasih kerana ambil berat pasal wani..
wani ingat lagi masa wani sakit gigi seminggu, kena waktu malam je, menangis tak tak tahan sakit, wani nangis pelan-pelan sebab taknak mama terbangun dengar, tapi mama bangun jugak, mama kata kalau sakit, datang bilik mama, bagitahu mama, jangan tahan seorang diri.. mama letak minyak gamat kat gusi wani, mama urut-urutkan kepala wani sambil bersalawat,wni nagis menahan sakit, mama nangis mase urut pipi wani.. wani rasa lega sedikit bila mama dah tolong urutkan pipi wani, terima kasih berikan wani rasa keselesaan itu.
terima kasih ayah, hantar wani pergi tuisyen, belikan buku latihan, paksa wani bukak buku dari pukil 9 sampai 12, paksa wani buat latihan, walaupon wani menangis penat dan taknak buat, ayah paksa jugak, bila salah kena buat pembetulan lagi. terima kasih ayah sebab wani dapat keputusan yang baik dalam upsr, pmr dan spm kalau tak kerana ayah banyak bersusah untuk wani.
terima kasih ayah bersusah payah uruskan wani yang dapat tawaran masuk matrik. matrik punya la jauh nun di penang, ayah walaupon tengah sakit sampai kurus kering, ayah tetap drive dengan cermat 5 jam nak hantar pergi penang. bila wani dah masuk matrik tu wani asik nangis je teringat kat ayah yang sakit-sakit, pastu hulurkan duit blanja pulak lagi, bila bersalam dengan ayah, wani tengok tangan ayah kurus sangat, bila ayah & mama dah balik, wani balik bilik pastu, wani memang menangis teruk.. wani cakap kat diri sendiri, wani mesti belajar elok-elok sebab ayah mama dah bersusah untuk wani..
terima kasih ayah bersusah payah uruskan borang permohonan masuk universiti. bila wani dapat tawaran buat nursing wani punya lah gembira sampai menangis sebab memang wani nak jadi nurse. sebab wani nak jaga mana dah ayah di hari tua nanti. sebab wani nak balas balik apa yang mama dan ayah dah buat untuk wani.. walaupon ayah macam tak suka wani buat nursing, ayah cakap kerja penat je tapi gaji ntah berapa je, ayah marah wani buat apa belajar tinggi-tinggi kalau nak jadi jururawat je. ayah tak suka wani buat nurse, wani sedih dan menangis bila balik bilik..
masa ayah admit pusrawi sebab nak operation, time tu wani tengah study week nak exam, wani bawak nota pergi hospital. lepas ayah op, ayah terbaring je atas katil, sian wani tengok.. wani tekad wani takak tidur malam tu nak jaga ayah kat hospital, sambil tu wani boleh baca nota untuk exam. sian kat ayah.. saat saat tu lah wani baru rasa bertapa bersyukurnya wani sebab dah belajar banyak nak jadi jururawat, wani dah belajar sponging, so wani sponging ayah pagi-pagi, ambulate pagi-pagi dari bed, tolong cabutkan drip dari branula sebab ayah bak pergi toilet. leganya wani dapat buat semua tu tanpa panggil nurse kat hospital tu.
kalau wani dah merasa mencuci BO Pu orang-orang tua yang sakit di hospital ni, dah mandikan mereka, kenapa tidak kalau satu hari nanti wani akan cuci BO PU mama ayah bila di hari tua nanti. itu dah sebati dengan wani dah pon. kalaulah wani tak buat course jururawat ni, wani tak rasa wani mampu buat semua tu kelak.. terima kasih lagi sekali ya Allah kerana beri aku peluang untuk belajar menjadi seorang jururawat walaupon realitinya aku dah puas rasa di deskriminasi dan dipandang rendah buat course ini.
mama ayah, dah nak dekat raya ni.. sepanjang hidup wani, ramadhan ini lah yang wani rasa paling bermakna dalam hidup wani. dah tak lama je ramadhan ini akan tinggalkan kita. wani minta maaf sebab ada banyak weekends wani tak balik sebab sibuk. tapi bila dapat balik rumah tu,seronok betul dapat berbuka dengan keluarga, seronok dapat pergi tarawih dengan mama ayah azmi dan azam. seronok lepas tu kita pergi up town konon nak cari tudung raya, last-last beli seluar tidur je.. huhu. seronok dapat keluar dengan mama pergi cari kuih raya, beli sampin azam, pergi cari baju raya wani,tapi tak jumpa, last-last beli baju kurung cotton je untuk dipakai pergi kuliah.. seriuously, wani lansung tak rasa nak beli baju raya semua tu. tahun ni 1st time sehelai je baju. kalau tak 2-3 helai. tahun ni pakai je la baju-baju tahun lepas. wani tak rase wani nak sambut meriah sangat syawal kali ni.. lagi-lagi ramadhan dah nak pergi.. lagi-lagi syawal kali ni wani akan dapat bersama mama dan ayah seminggu je.. betul-betul rasa sangat tak gembira..
ayah dan mama.
ampunkan dosa wani, salah dan silap wani, selama wani menjadi anak mama dan ayah, wani banyak susahkan mama ayah, lukakan hati mama ayah, terkasar bahasa terkasar perilaku, wani mintak ampun sangat.
ya Allah tolonglah jangan kau ambil mereka dari aku, janagn ambil mereka sebelum aku. aku hamba yang lemah belum cukup kuat untuk mengharungi saat seperti itu. aku belum puas bersama mereka, aku belum lagi membalas jasa mereka, aku belum lagi buat mereka bahagia.

Ampun dan Maaf, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat ayah dan mama ku tersayang.




No comments: