Thursday, December 23, 2010

lost hope

isnin ni aku start sem terakhir. aku tak ready. aku cemas. aku tak tahu adakah sebab aku insomnia sebab terlalu pikir pasal ni atau memang aku jenis yang insomnia. tapi tiap-tiap malam sebelum aku lelapkan mata, aku mesti akan pikirkan kenapa aku ambil kursus nursing.
aku tak tahu skang ni aku boleh ke kerja sebagai nurse nanti. belajar memang seronok. tapi kerja? aku belum ready lagi. aku takut nak berhadapan dengan realiti. impian aku satu hari nanti aku nak jadi mental health nurse, aku tak sure kalau aku boleh jadi.
kenapa aku amik jurusan ni? kenapa tetibe aku menyesal ambil jurusan ni? kenapa dah tahun akhir baru aku nak menyesal? masa aku tahun 1, aku memang excited bila dapat jumpa pesakit.
tapi sranag, aku takut nak berhadapan dengan pesakit bila aku dah kerja nanti. even skarang pon aku rasa takut untuk berjumpa pesakit.
aku tak tahu nak amik bahagian apa bila dah kerja nanti. kalau aku kena buat pilihan, aku tak tahu nak pilih apa. aku taknak buat pilihan. sebab aku tak tahu kat mana area yang aku sesuai. aku taknak kerja. aku taknak. tolongla ya allah. aku takut. tak tahu aku takut apa. tapi aku takut nak hadapi realiti alam pekerjaan tu. aku dah mula rasa sangat takut. kalau aku tak vboleh jaga patient dengan baik. kalau aku carelss. kalau aku buat mistake kat patient. kalau aku sakitkan patient.
aku bukan handle microscope macam makmal perubatan atau biotech, aku bukan handle machine macam engineering atau mekanikal, aku bukan handle computer macam IT, tapi aku handle pesakit. aku handle manusia yang sakit. manusia, sesuatu yang paling tak ternilai dalam dunia ni. satu saja kesilapan yang aku boleh buat, macam salah bagi ubat, salah bagi injection, benda yang simple macam tu, kalau aku terbuat, walau pon pertama kali, walaupun mungkin itu sekali kesalahan yang aku pernah buat, tapi itu lah yang akan bagi impak besar dalam hidup aku. itulah yang boleh musnahkan satu-satunya pekerjaan yang aku boleh buat.

aku tak ready untuk bekerja. aku tak ready nak mulakan semester terakhir aku ni. aku taknak jadi jururawat. aku rasa aku bekan jenis yang boleh jadi nurse. aku tak rasa aku akan jadi nurse yang baik. yang competent. yang caring. dan kenapa aku pilih nursing, sampai sekarang aku tak tahu jawapannya.

No comments: