Friday, December 10, 2010

senarai orang tersayang. kui3. xD

baru je nak terlelap mata ni..tetiba aku terpikirkan orang-orang yang aku sayang.. peh, macam dah nak 'pergi' je cakap camtu kan. aku memang kejam, sebab aku pilih siapa orang yang patut aku sayang. tapi sebenarnya aku sayang ramai orang, cuma ada beberapa orang ni aku pilih untuk menyayangi mereka sehingga ke akhir hayatku..perghh adoyai..asal puitis sangat ayat aku memalam buta nih...

selain dari mama dan ayah dan azmi dan azam dan uwan dan atok dan opah dan makcik dan pakcik aku, ni beberapa senarai orang yang aku sangat sayang higga ke penghujung nyawaku. wahaha~


sepupu yang paling aku sayang:
Suriza Nazri. aka Omet. dari kecik sampai la besar aku hanya ada dia, dia hanya ada aku. (adoiyai). dia sepupu belah ayah aku. org selalu kata kita selalunya rapay saudara belah mak, tapi aku lain plak. aku paling rapat dengan omet berbanding cousins yang lain.
masa kecik-kecik, aku jeles kat omet sebab rambot dia sentiasa panjang dan rambot aku sentiasa pendek. dan sekarang kita dah besar, rambot aku plak yang sentiasa panjang dan rambot dia sentiasa pendek. hahaha. dan tolong lah jangan sesiapa mengharap yang aku akan potong rambot pendek sebab tu memang takkan berlaku.

omet dia seorang yang setia. susah betul dia nak lupakan kekasih lama (pergh ayat!). aku dgn dia dulu agak lama single dan kitorng suka hang out berdua since kitorng single lah kan. tapi skng dia dah ada someone dan rasanya yang ni bakal jadi laki dia. family pon dah kenal. opah pon dah kenal dia. omet pon dah bawak balik kekasih dia tu balik kampung. huhuhu. benci ko omet.. aku taw. mesti ko kawen dulu kan.. huwaaa!!! huahuahua!

i love you omet...

kawan sekolah menengah yang paling aku sayang:
Raveena a/p Kim Lai. ko tengok. nama bapak dia pon aku ingat taw. betapa mithalinya aku sebagai kawan baik veena. veena aku kawan rapat dengan dia since form 3 rasanya. partner karate sesama, gi rehat sesama, dalam kelas duduk sebelah-sebelah, ktornag dulu crazy in LOVE dengan Evanescence. dia dulu crazy dengan Tatu, aku suka dengan Evanescence. pergh, rock gila aku dulu. kitorang suka melalak-lalak layan lagu Evanescence dengan Tatu dulu. tapi tu dulu la..skang dah kureng sikit... skng takde la die hard fans lagi. tapi kalo kua lagu eva dgn tatu aku masih hafal je la sume lagu diorang. haha.
kitorang sgt rapat sampai ada junior yang ingat kitorang ni lesbian. lesbian kah?? veenaa!! i love you! i nak kawen dengan you!!! hahahaha!! siyes nasib baik la ko pompuan veena. kalo ko laki aku dah masuk meminang dah.

i love you veena..

Kawan lelaki yang Paling aku Sayang:
ok. ni sangat bahaya kalau aku tulih kat sini. hopefully dua eko mamat ni tak baca blog aku. siyes mampos aku kalo diorng baca. huwahaha! ok biar aku berterus terang lah. biar aku luahkan segala yang terbuku di dalam hati ini. kawan lelaki yang paling aku sayang adalah jatuh kepada.... drummbumbumdrum..... Mohd Shakeel Mohd Rose !!! HAHAHA! ok. terlebih excited plak aku nih. shakeel pemain Yoyo malaysia yang terhebat lagi dahsyat. pernah memenangi tempat 3 dalam Asia Pacific Yoyo Championship (no 1 dan 2 dimenangi oleh Jepun) dan always dapat tempat 1st dalam Malaysian comp. yeke? ok. always tu aku reka. tp yg pasti dia memang lah. tak kisah lah. tapi dia ni kawan laki yang paling aku rapat lah. memang beruntung betul awek dia sebab dia ni memang setia gila. susah betul nak jumpa lelaki yang setia kat dunia ni kecuali shakeel seorang. hahaha.

aku kenal dia since lepas SPM lagi. dan sampai sekarang still keep in touch walaupon dia dah feymes dan aku ni sape je lah kan. dia pernah cakap kat aku duku (mase kat matrik la), selain gf dia dan mak dia, aku adalah perempuan yang dia paling rapat. tapi tu dulu la, skng mungkin dah ramai kawan pompuan dia.. dia dah pernah masuk rancangan Remaja, Majalah hiburan, rancangan TV nasi lemak kopi ais la bagai, dan banyak lagi la. dia ni feymes tapi pemalu dengan pompuan. kesian kan? hehehe. takpe, shakeel takyah la ada ramai kawan pompuan. wani sorang cukup laa. haha. aku suka!
i love you kucen... hua3..

ok, orang kedua ni siyes aku tak boleh bagitaw kat sini. naya aku kalo budak-budak nih terbaca memang kecoh habis nanti. tapi dia adalah orang yang aku sangat rapat dulu. kalau borak macam nak pecah perut nak terabur gigi aku sebab gelak macam orang gila. dia suka buat lawak bodoh dia tu, dan aku selalu rasa mengantuk bila borak dengan dia. haha~
tapi skng macam kita dah ada haluan masing-masing. macam dah tak rapat lagi. takpe lah. yang penting kita masih kawan kan. yang penting hubungan persahabatan tu tak putus lagi. at least tanya khabar pon tak pa dari sesetengah kawan orang yang terus lost contact tak bertanya khabar lansung. i hate that kind of friends. and thats why i dont want to have any best friend because they tend to lost contact afterwards so it would be pointless to have a best friend anymore... huhuhu..sayu nya daku...

kawan Matrik yang paling aku sayang:
Asmidar akak SHUA! aku panggil dia shua. dia panggil aku shua. so orang lain yang konfius. sampai skng nama shua tu melekat. ni gara-gara mr yeoh lah ni suka guna perkataan "sure a" dalam lecture kimia dia mse kat matrik. hehe. comel je mr yeoh. "Sure ah?" ;p
tapi sayangnya masa kat matrik since incident tu, aku tak rapat dgn shua for quite a long time u noe. matrik tu dah lah setahun je, pastu aku hampir terputus persahabatan dengan shua agak lama time tu. agak sedih ar. kalau tak dah banyak masa kita spent time together kan shua. huhu. benda dah berlaku tak boleh nak patah balik. dan benda yang dah berlaku memang takkan dapat merubah pendirian aku bahawa shua adalah bsesfriend aku masa kat matrik. ok.

i love you shua.

kawan batch nursing yang paling aku sayang:
calon-calonnya adalah... wan nadhirah. huahuhahua. kalau dah wan, nak calon apenye lagi.. haha, actly semua nya ok tp nape aku pilih wan? sebab dia je la kawan yang aku paling percaya kot. setakat ni. aku susah nak letakkan kepercayaan aku kat orang. boleh cakap aku ni a bit paranoid and anti-social jugak la kot. tapi aku percaya kat wan lah. dia boleh simpan rahsia. dia bukan jenis yang kedekut ilmu. dia bnyk membantu saya di dalam mata pelajaran jika saya runsing. dia pon the only one kawan saya yang bagi saya straw masa kat kem ppd.. dan straw itu masih saya simpan.. terima kasih wan bagi saya straw.saya akan simpannya sehingga akhir hayat saya. puitis tak ayat aku? hahaha.

dah la. dah mamai kepala otak aku ni.
good nite wanie. semoga hari besok dapat menceriakan hati aku aku yang tengah berduka lara ni.. dunia. jadi lah apa nak jadi.. aku dah taknak amik kisah lagi.. aku taknak lagi mengenali manusia di muka bumi ini.. lebih baik aku mengenali alam sekitar dan haiwan dan tumbuhan.. at least mereka tak kejam terhadap aku..
nite.

3 comments:

iesoanizuka said...

perh...........
aku xtrsenarai...
hahah

SnowhiteQueen said...

wah...tharu gler
jom kawen...hahahhahaaha....
syg ko jugak....
muahhhhhhhh

Huda Joe said...

sy pon tak tersenarai... (T__T)