Sunday, December 11, 2011

rimmel eye liner, mascara, foundation review

semenjak kerja, aku dah takda mood nak tulis blog, esp pasal nursing profession. so, this time, nak bertukar arah plak, nak tulis pasal produck review. Produck ok. bukan product. sengaja tersalah type dan malas nak betulkan. =')

owgodd gedikknya nak tulis benda2 pompuan camni, tapi dah aku memang pompuan kan, nak buat camna, pompuan mmg suka sgt beauty produck, benda comel dan meluahkan perassan di blog2 dan youtube dan muka buku. tapi aku lagi menggemari berperasan di blog sendiri sebab aku taw, at the end aku je yang baca blog ni, rasa sedikit 'secure' dan jugak privacy... kang kalau berperasan di muka buku dan youtube kan, dapat "LIKE" banyak. pastu terpampang kat home wall, tak ke malu aku nanti! mcm ni "awwww malunye!"

ok. ok. berbalik kepada topik. this month, aku tak tahu lah, kalau bulan ni la diantara bulan yang paling banyak aku shopping spending money. actually kalau nak compare, masa kat london tu la yang paling dahsyat aku shopping sampai habis jugak la rm3-4k (duit sendiri, bukan duit mak bapak, or bukan duit UKM sponsor tu - fact#1)

this month, aku dapat annual leave 4 hari tambah dgn day off, night off, so total cuti 8 hari. kau gila kalau aku duk melangok je kat umah, so aktiviti masa lapang aku, gi jalan shopping kat KLCC SORANG-SORANG. 

oh ya, aku pernah mention, aku SUKA shopping sorang2 berbanding dgn kawan or boyfriend. -fact#2. 
sebab kalau dgn kawan, nanti nak rush, aku tak suka org nak cepat2, aku kalau pilih barang memang lama, try baju memang berjam, so aku prefer sorang2. kalau boyfriend, lagi la dia akan bosan tunggu aku nanti. so baik aku shopping sorang2, memang best gila. tapi kadang2 rasa tak best jugak sebab tak boleh tnya pendapat.. pastu aku pon gi beli dua2 sebab tak tahu nak pilih mana satu.. ='(

fact #3- aku takda boyfriend. lega. =')

berbalik pada topik (dari tak berbalik, tapi tak jugak balik2)  . kat KLCC, aku beli make up stuffs kat watson. aku suka shopping make up kat watson sebab barang2 make up sana lebih affordable.  aku pernah gak bli eye shadow clinique, primer sheseido, maskara ,all those expensiveness branded products, tapi kualiti dia sama je dgn product murah kat watson -fact#3. so, takpayah la nak membazir sgt bli branded product kalau hasilnya sama je.   



 Rimmel London Lip Liner (#005)
RM14.31
:)  - soft, long lasting   
:(  - mudah patah (so jgn la roll out panjang2 kalau taknak patah)

 Rimmel London Waterproof Eye Definer (#261)
RM14.31
:) - soft, ada sharperner kecil kat penutup belakang, ada sponge kecil untuk blend kat hujung pencil, memang best gila sebab sponge tu boleh bagi eye liner tu mcm smudge so boleh la buat mata ala-ala penelope cruz :'p
:( - mudah patah (kalau roll out panjang2, so jaga la elok2)

 Rimmel London Magnifeyes Waterproof Eye Mascara 
RM 0 (free)
:) - free
:( brush dia mcm tak best. biasa lah dah nama pon free. haha. 

 Rimmel London Stay Matte Foundation (#200, soft beige)
RM32.31
:) - for oily face, match dgn color kulit orang asia
:( - bila kulit aku kering, nampak bertambah kering plak pakai foundation ni.. so kne pakai moisturizer before foundation.

Rimmel London Match Perfection Compact Powder
RM40.41
:) - sesuai dgn kulit org Asia, bila pakai tak nampak mcm pakai make up tebal
:( - aku tak suka cermin dia kat bawah, agak leceh bila nak bukak dua kali utk tgk cermin dia..

Total RM101.34
 Chameleon Accessories Store
aku tak suka pakai accessories sgt, tapi bila kat Chameleon, aku mesti nak beli. 

Chain Necklace (blue turquoise) 
RM19.80

Fish Bracelet  
RM8.90

Eye lash Curler 
RM5.90

brush Comb
RM4.90

Total RM57.30

 LOvely Lace Shop. Saja nak beli pewangi kereta. :")

Teddy's Dream 15ml Fragrance oil
RM18.00

Heart Crystal Lace 
RM15.90

Total RM30.51


Up Town Danau Kota 
Shawl
Rm10 each 

Total RM36 (after discount)

Well actually ada banyk lagi, aku beli jeans dgn trouser kat Giordano  dalam RM150, dress kat SEED dlm RM75, jgn ckp kat melaka, ada gak shopping, aish. seriously i need to slow down, nak simpan duit, bak kata mak aku, baik aku simpan duit dari skng untuk kawen nanti.. =(
mungkin lambat lagi kot.. belum sampai jodoh lagi. nak enjoy dulu.


OK! thats all! nak cam-whore!
haha.
(tetibe jadi hyperactive)

Thursday, November 24, 2011

Responsible of being a Peadiatric Nurse

Being a pead nurse, i have to take care the children age from 1 day up to 13 years old, and they all are having different kind of behavior, personality, emotions, and i have to learn and get to know them better before working with them, - ish leceh la. :(

1. Bila code pink, aku kena tengok baby tu dan tahu berapa umur dia, at least estimate size badan dia sebab bila nak bagi larygeoscope, size branula, ETT size, semuanya berbeza! - urgh! pening! semalam code pink drill, aku tersalah bagi ETT size, sebab baby tu umur 7 bulan.. ='(

2. Bila nak bagi ubat, especially budak2 diorng makan ubat syrup, tak mcm tablet, kalau adult, PCM kita amik 2 biji, walaupon ada label kat ubat diorang, tapi as a nurse, aku kena jugak calculate dosage dari body weight budak tu, alahai leceh sgt.. Pernah terjadi Farmasi tersalah label dosage, dan nurse pon bagi ubat ikut dosage yg dah label, Doktor pon tak perasan, ended up budak overdose ubat, so siapa nak disalahkan, kita salahkan farmasi, farmasi salahkan doktor, doktor salahkan nurse, sebenarnya semua yang terlibat SALAH. yang jadi mangsa those innocent child.. 

3. Bila kita bagi ubat kat budak, mummy diorang manja sgt, bila anak dia nangis, dah mummy refuse ubat, taknak bagi ubat, so tak payah la masuk hospital kalau taknak bagi anak ubat. mmg la takda sapa suka makan ubat, tp mcm mana nak baik, kadang2 takleh jugak nak manja2 sgt, kena paksa budak makan ubat, ibu bapa zaman skarang mmg sangat manjakan anak2. Terlampau manja, dah besar mungkin mengada kot budak tu nanti. So as a nurse, cabaran aku bukan saja nak handle budak, tapi nak handle ibu bapa jugak.. ish.. penat la.. budak tak meletihkan aku, tapi mak bapak diorang yang meletihkan aku. 

4. again, parents problem, bila gaduh2, bercerai berai, anak yang sakit jadi mangsa. diorng nak perhatian, tapi mak bapak tak serasi, kesian kat budak. aihh.. banyak betul pengajaran bila dah kerja kat wad kanak2 ni.. kita nak kesian pon xle buat apa kalau dah mak pak diorng camtu.. ada jugak parents yang malas, tukar pampers lambat2, ubat pukul 8am nak amik pukul 10am sebab malas nak bangun dan malas nak kejutkan budak makan ubat, nebulizer pkul 4am, refuse sebab malas, kesian nak kejutkan budak, please, hospital is not a hotel or tempat percutian, kena la sacrifice sikit kalau nak budak sihat cepat. ni asik nak malas2 je.. ada jugak mom yang taknak buat susu anak, tak reti takpe, kita boleh ajar bancuh susu, ni taknak belajar, expecting nurses yang buatkan susu, feeding the child, even nak bagi susu pon takot, suro nurse bagikan.. oh my god.. pernah jugak aku jumpa budak umur 2 tahun, tapi masih tak start weaning food lagi, masih minum susu botol lagi, tak start solid food, anak kurus kering.. pastu bila bagi ubat, refuse sebab tak pernah rasa benda lain selain susu. urgh, bukan salah budak tu, tp salah mak bapak dia. oh ya, i mentioning MAK BAPAK, bukan salah mak je, bapak pn sama, jangan ingat tangungjawab anak tu mak sorang je kne pikul. bapak pon same je.. :'(

Buy anyway, i do love my job, aku rasa aku dah serasi jadi pead nurse, aku rasa job ni bersesuaian dengan aku, walaupon penat sikit, tapi aku puas sangat bila penat tu berbalas bila budak2 sihat, senyum gelak happy gembira bila diornag nak baik (discharged).. ada sekali tu satu budak ingat aku bila terjumpa kat luar, alahai touching gila, budak cina umur 3-4 tahun kot, hahaha, terharu.. (T.T)

P/S: taking care of other's child makes me wanting so much to have my OWN too !! demn. :(




Monday, November 14, 2011

Putrajaya: Pullman Resort, Pasar Malam, Alamanda, Masjid Putra, Tasik Putrajaya



Lepas solat Jumaat, aku dengan Nana bertolak ke Putrajaya dan check in hotel, dah check in, kitorang bersolat asar di Masjid Putra, Putrajaya yang cantik sangat. :)


Lepas dah solat Asar, kitorng rasa lapar, nasib baik la hari tu ada Pasar Malam pasar Tani Purtajaya, the only one pasar malam yang ada di Putrajaya, dan pasam malam dia bapak besar gila, ada 3 lorong panjang.
Lorong pertama, jual bahan basah macam ikan, ayam, sotong, sayuran, buahan, barang untuk masak. Lorong kedua pulak, jual bahan makanan mcm kat pasar malam, ada nasi, makanan bergoreng, bersup, kuih muih, minuman. Lorong ke ketiga pulak jual macam pakaian, tudung, pakaian kanak2, dan banyak lagi. 


Lepas kitorng dah beli makanan di Pasar Malam, aku dgn Nana pegi Masjid Putra semula utk solat maghrib, sebelum kitorng bertolak ke KL semula sebab nak amik Yanti. Dalam pukul 10pm baru kitorng sampai di rumah Yanti then bertolak semula ke Putrajaya ikut laluan MEPS, so takda la jauh sangat, dalam 30 minit je dari KL. 

Lepas amik je yanti, kitorng stop by kat Jambatan ni, cantik gila jambatan ni sebab dia bertukar-tukar kaler. penat gila bergambar sakan kat sini, tp aku tak upload gambar menggila kitorng sebab mmg muka cam sakai gila amik gambar terlompat-lompat mcm beruk babun. haha :p


Malam tu, aku berjakuzzi dekat bilik, kitorng tido agak lewat, pukul 2am camtu, kitorng siap masak megi cup makan kat bilik malam tu. Penat la melayan Yanti yang gila ni, sampai aku tertido awal, yanti dgn nana tido pukul 3-4am cmtu. 


Bangun pagi tu, aku dgn nana gi breakfast since voucher breakfast untuk 2 org je. While aku dgn nana gi breakfast, yanti plak berjakuzzi kat bilik. haha. Aku sempat tapaw makanan untuk yanti masuk dalam purse dowh, dulu kalau gi hotel dgn family, mak aku slalu wat cmtu, dia letak kuih ke, kek ke dlm tisu, pastu letak dlm hand bag, sebab dulu aku malas nak bangun pagi ikot mak ayah aku gi bekfast, so mak aku la yang suka tapaw untuk aku, so aku tiru la cara dia, hahaha.


Tengah hari tu hujan, kitorng plan nak gi mandi swimming pool, tp tak jadi, so tengah hari tu kitorng gi Alamanda, jalan-jalan dan lunch. 



Petang tu, kitorang ingat nak tgk event kat Tasik Putrajaya sebab ada macam program Sukan Air tak silap, tapi masa dah sampai tu even tu dah tgh penyampaian hadiah pon.. so kitorng jalan-jalan je la amik angin dan amik2 gambar view kat sekitar tasik tu..






Ops, pic di atas ni, ak taknak cita kot kat sini.. biarla rahsia.. hehe.:p Tapi thanks jugak kat diorang ni sebab sudi blanja kami makan malam tu kat Bangi. :D Kalau tak kitorang plan, nak makan megi je or pegi beli mcD ke, tapi orang dah nak belanja, kita terima je la.. ;p 

Oh, ni hasilnya pic yang mereka amik.
Korang memang professional lah. 
:)

p/s: mereka pesan jangan tag mereka kat FB, so sy assume korang taknak diketahui, kalau tak, nak je sy cerita kat sini.. 
takpelah, korang mmg takkan dilupakan :)
Thanks for made our days :p

Putrajaya with High School Girlfriends

actly kan, aku dah taip panjang2 nak nak cerita psl Percutian kat purtajaya, tapi aku dah delete semua balik. so nah, tgk je la gambar2. hehe :p

Sunday, October 30, 2011

hampir mati

Pernah tak kita rasa sebelum ni, yg kita akan mati tapi akhirnya kita masih hidup bernafas? Mesti pernah at least sekali pon. Contohnya accident dan kita igt kita akan mati. Aku pernah rasa dan alami. tpi belum pernah lagi accident yang dahsyat2 tu, Nauzubillah, taknak la pikir pasal accident yg dahsyat2 tu. :(

1. masa aku umur 10 atau 11 tahun kot, waktu tu aku darjah 3 kot, tak igt umur berapa, tai aku masih igt, waktu tu satu family pergi desa water park, mandi manda kat sana. masa kecik2 dulu tempat tu kan baru bukak, so famous jugak tempat tu, pernah sekali tu aku mandi kat satu kawasan ni, tak ramai org, yg macam longkang besar tu yang kat hujung2 tu, panjang gila longkang tu, yang pusing satu desa water park, kalau sapa pernah pergi, mungkin tahu kot, waktu tu aku tak pakai pelampung, sepatutnya kena pakai pelampung sebab air deras laju,  aku berenang sorang sebab adik2 aku kat depan dengan pelampung. masa tengah berenang2 tu, aku terpijak kawasan dalam, tak tahu kawasan tu dalam, sedar2 je kaki aku tak capai lantai, aku lemas gila time tu, memang waktu tu aku dah telan banyak air, aku terkapai2 sebab tak reti berenang, mmg dalam hati aku ckp, aku akan mati, lama dalam air tu, mungkin 3 minit kot, pastu tiba2 ada sorang abang ni angkat dukung aku, pastu dia cakap mana pelampung awak, jangan berenang sorang2, waktu tu aku dah batuk2 sebab telan air banyak.. tapi aku tak pengsan la, aku memang separuh sedar, dia angkat aku, aku duduk batuk2, pastu aku blah je tinggalkan abang tu.. =(

2. ok, yg tu pasal lemas.. yg kedua masa aku naik basikal balik dari sekolah agama, sekolah petang, time tu masa darjah 4 ke darjah 5... time hujan.. bawak beskal mcm org gila laju sebab baju basah.. aku kene langgar dgn keta, basikal aku kemik habis, aku tercampak jauh, memang ada luka2, tp alhamdulilah tak patah riuk. aku menggigil balik umah, masa balik aku nangis2, aku taknak bgtaw mak aku sebab takot kne marah.. aku igt mak aku takkan tahu, rupanya besok tu mak aku dpt tahu kot, sebab sepupu aku nampak aku accident sebab dia kat belakang aku jgk, naik basikal.. dia report kat mak aku.. aku kene marah teruk.. aku nangis lagi.. sedih.. basikal aku kemik dow, banhagian tayar lak tu.. tp aku ketuk2 repair sendri.. huhu. yang langgar aku tu makcik, pompuan, dia punya la takut sbb dah langgar aku ckp nk bwk aku gi hospital, tapi aku taknak, aku amik basikal aku, terus tinggalkan dia.. sebab waktu tu aku dah cuak gila, aku yg salah sebab tak pandnag kiri kanan lintas, laju je kayuh beskal tu.. so aku takot. aku cuak, aku blah je tinggalkan makcik dgn keta dia tu. =(

3. aku accident lagi. yg ni bukan kenderaan langar aku, tapi aku langgar tiang. aku pernah cita kat blog ni dlu, yg aku langgar tiang, masa tu time bulan puasa, nak raya, aku langgar tiang yg bleeding teruk. sampai kepala aku kene jahit depan blakang. sampai skang parut ni ada kat dahi aku. kat belakang tengkorak aku pon, aku still boleh rasa parut tu dgn jari..dua tiga hari lps tu aku muntah teruk banyak kali, sampai kne x-ray, aku tak igt la doc bg apa, pastu aku ok je.. tu accdient yg paling teruk kat bhg kepala aku penah alami sebab aku rasa banyak memory hilang la, pastu aku ni cepat lupa, cpt lupa nama org, nama tempat, nama jalan, tp muka org aku boleh igt. kalau kwn tu dah knl 4-5 tahun pon aku boleh lupa nama dia. ='(

k la, banyak actly masa2 aku rasa yang aku akan mati. tp taknak la kongsi.. taknak igt pon, takut.. aku bersyukur aku masih lagi hidup bernafas di bumi Allah ni.  dah 23 tahun pon hidup. mungkin 10 tahun dulu nyawa aku hampir dicabut, tapi Dia masih beri aku peluang untuk aku hidup, untuk aku lalui dugaan dan cabaran duniawi ini, dan mungkin untuk aku perbaiki diri ini sebelum aku betul2 bersedia menempuh waktu kematian aku nanti.. 


Tuesday, October 18, 2011

Beautiful Niqab & Hijab



Surah an-Nur ayah 31 states:


"And say to the believing women that they cast down their looks & GUARD their PRIVATE PARTS & do NOT DISPLAY their ORNAMENTS except what appears thereof, & let them WEAR their HEAD-COVERINGS OVER their BOSOMS, & NOT DISPLAY their ornaments EXCEPT to their husbands or their fathers, or the fathers of their husbands, or their sons, or the sons of their husbands, or their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their women, or those whom their right hands possess, or the male servants not having need (of women), or the children who have not attained knowledge of what is hidden of women; & let them not strike their feet so that what they hide of their ornaments may be known; & turn to Allah all of you, Oh believers! so that you may be successful.(Qur'an 24:31) 







Thursday, October 13, 2011

I do better on my own..

aku ada satu perangai ni, bukan perangai, tapi mcm prinsip hidup. prinsip hidup aku, jangan bergantung kepada orang. mungkin sebab aku kakak dan anak sulung, aku rasa macam I can live alone with no one tells me what to do, aku ada satu prangai, I dont hell care what people think, what people said, as long as I know what im doing, as long a know how to decide in my own way for the sake of my OWN LIFE. 

dat why aku tak suka ada kawan baik sejak zaman skola lagi, susah seseorang nak jadi kawan rapat, sebab aku suka buat benda sorang2, study sorang2, join apa2 pon sorang2, dan sampai skarang aku happy bukan sebab aku alone, tapi aku happy bila aku tahu, aku masih lagi boleh teruskan kehidupan, tak jatuh sakit pon, tak stress pon, tak mati pon, tak bahaya pun, aku masih lagi boleh berdiri kalau tiba2 aku jatuh.

aku tak suka kalau ada orang kongkong hidup aku, dan aku tak suka kongkong hidup orang, u decide ur life, i deciede my own, memang dari kecil lagi, mak ayah aku biarkan aku buat keputusan sndri contohnya "ma ayah, wani nak join karate", dia pon bayar yuran utk aku, "ma ayah, wani dah pilih matrik penang, sebab wani nak rasa berjauhan dgn ma ayah", diorng pon dont bother, mungkin sebab aku anak perempuan, they dont really concern whether i'll be someone one or not one day, I think they're just concern of their boys, Azmi dan Azam. dan sejak kecil lagi aku struggle utk buat mama ayah impress untuk aku, aku nak sangat ma ayah cakap kat aku "good girl", "good idea", "pandai la akak", any compliment, tapi parents aku tak macam tu, dulu even aku dapat pergi UK, bila aku ckp je, "ma ayah, wani nak pergi UK, UKM sponsor wani", first thing yg ayah ckp "kenapa UK? kenapa jauh sgt?". tak lansung aku dgr, "betul ke? wahh! ayah gembira utk anak ayah sorang nie!!" atau "ma tumpang gembira utk akk, bangga mama dapat anak mcm akk ni". TAK. they dont pampered me with those kind of words. until now, aku rasa tak puas dgn apa yg aku ada sebab, aky tertanya apa sebenarnya yg diorang nak? apa yg boleh membuatkan ma ayah aku at least appreciate aku? mungkin diornag appreciate, cuma diorng jenis tak bagitahu OR mungkin diroang tak ambil peduli sebab again, "cuma anak perempuan". pernah jugak terkeluar dari mulut mak aku yg sedang ckp dgn makcik aku, dgn kwn dia ke,ntah la sape, tp dia mention .." anak perempuan tak kisah la sangat, anak lelaki ni, kita risau apa jadi masa depan dia..". it was really crushing my heart...

thats why, dont blame me if was like this, I am the person who self-centered, doesn't care about surrounding, im not selfish, i do give hands when people asking or needs my help, but it just i think i can be better by my own, i can live better without ones tell me what to do and whatsoever.. sebab dari kecil aku memang dah trained utk buat keputusan sndri..

aku susah susah susahhh sgt nak get engaged dgn orang, cuma orang orang tertentu je yg berjaya buat aku rasa diorang kawan the best yg aku pernah ada. tak semua aku gelar kawan, (dan jgn ckp boifren, guyfriends, soulmate, and stuff like that la, sebab lagi aku benci sebab aku tahu boy stuff memang akan jenis melampau2 nak kongkong hidup aku nanti), aku just harap one day kalau aku ada jodoh, aku taknak dia kongkong hidup aku, me with my life, me decide my life, you decide your own. but again, let me emphasize here, I decide my life, base on what i've learnt from you. means, kawan2 baik yang aku gelar kawan the best yang pernah aku ada, adalah bukan jenis kawan yang "wani, ko kena buat tu, buat ni". NOPE. diorang adalah kawan yang aku pilih sebagai role model aku, mcm Veena dlu, pandai dlm kimia dan add math, aku sgt jealous dgn kepandaian dia, setiap kali exam mesti dia lebih sikit dari aku, Veena jugak jenis lasak, dalam karate, dia mesti kesukaan senpai dan senior sebab dia jenis lasak, so aku jealous sgt dgn dia dan cuba nk kejar dia, dan aku pulak jenis, get close with enemy, and get away with love, so aku dulu menyampah gila kat veena, so aku pon nak lawan dgn dia, nak bersaing dgn dia, ended up, we became best-friend. veena, mesti ko bengang bila baca post ni, but it was the truth :p tapi sampai akhirat la veena, ko kawan sejati aku.. dulu pon aku pernah jealous sbb ramai junior suka kat ko taw,  jealousnyyeeww!!. ahahaha :p

kawan special dekat matrik, asmidar (ashua), mungkin dia anggap aku kawan biasa, tapi dulu aku suka kwn dgn dia, sebab aku kejar dia jugak. sebab dia pandai sgt dalam biology. tp ashua dgn veena lain, veena pon jenis jealous dgn aku (aku tahu apa dia rasa), tp ashua jns yg "fuiyoo!!! terer ar wanishua!!!" dia suka bagi encouragement kat aku. dia bukan jenis "wnishua kena wat camni la, wat camtu" tp dia jenis "wnishua rasa patut buat apa? pendapat ashua mcm ni mcm tu, tp wnishua buat la keputusan trbaik utk wnishua k". haa. dia jenis yg suka pujii puji aku, at the same time bila aku buat kputusan yg salah or tak tahu buat kputusan, dia tak ckp aku salah pon, tu asmidar, another friend that i assume my best friend i ever had after raveena. 

i don't know where and when im going o find a friend like them again.. I am sooo thankful i've met them in my life.. now we had 'separated' already.. wish both you still by my side everyday which is impossible.. Kalau la aku, veena dan asmidar lemas dalam laut, aku akan bermati-matian selamatkan diorang ni, walaupon aku tak reti berenang. ok. perumpamaan bodoh. kalau la diorang lemas dalam lautan, aku akan mintak tolong orang pandai berenang selamatkan diorang ni, dan aku akan buat basic life support give rescue breathing and start chest compression 30:2 in five cycles, sampai aku pengsan sebab tak cukup oksigen. :'( ish, mintak benda baik2 sikit wani, boleh tak? ada plak fikir kawan lemas dalam laut. :(


Tuesday, October 11, 2011

Majlis Konvokesyen UKM (Fakulti perubatan dan Universiti)

aku tahu memang dah hampir 3 minggu aku konvo, tapi peduli apa kan, aku nak letak jugak gambar konvo aku dalam blog ni. semenjak kerja ni, memang takda masa nak tulis2 blog la, sedih betul, so letak gamber je la. haihh~ ='( 

oh ya, gambar sebelum ni cuma pre-konvo je, saja je dok test2 jubah camwhore sekejap dgn kawan2, tp ni gambar masa hari konvo. thanks to Azmi, adik aku yang tolong amik gambar.

Ibunda dan Ayahnda Tercinta. 
Ayahnda Dekan Fakulti Perubatan UKM
Ayahnda Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail UKM
Kak Jeha my Ex-Housemate. RINDU KAK JEHA. =')
Kak Ika, Ex-Bendahari Jaksa
Wan Nadhirah dan Tuo Mamin. Sweet Friends I ever had. =)
Kak Zila, my Ex-Housemate (sama dgn Kak Jeha. I WILL MISS U KAK ZILA..=')


nak tgk gambar sekecik ni, sila click to enlarge, kalau tak memang boleh dapat glaucoma=')




OK. SORRY FOR BEING CAMWHORE 
=')