Thursday, January 27, 2011

4 months left to go as a student...

lama dah tak tulis, sebab busy busy busy sangat lately. tak tahu la busy apa, bukannya study sgt pon. dok tengok drama jepun n korea ada la. busy dengan seminar pengurusan, bola jaring, pegi downtown, dan ntah apa benda lagi merepek repek yang aku buat.

kelmarin pegi downtown dengan budak batch aku, 16 orang tak bole belah. jalan kaki plak tu. sampai melecet-lecet kaki aku. pegi downtown bukan beli apa sangat pon, aku cuma beli selipar jepon je. pastu part yang best cuma kitorng gi makan kat yong taw fu. sedapp dowww. hahaha. yang lagi tak bole belahnya, kitorng kena tahan dengan pakgad masa time balik kolej sebab kitorng balik pukul 11.30pm. nasib baik ar pakgad tu tak amik nama, pastu repot kat pengetua ke, pastu pakgad tu repot kat mak ayah aku ke, memang malu besar ar aku! jatuh reputasi aku ni. mana nak letak muka aku yang mahal. hahaha.

budak kelas aku memang sume sengal tahap babun dapat pisang ar, dah la gila gambar, main bola jaring memang tahap gila sengal yang teramat, siap suar koyak koyak apa kes.. siap pakai suar pantai ape kess.. hahaha..

well, actualy kalau nak dikira, this week adalah minggu terakhir aku bersuka ria dengan kawan-kawan batch aku. minggu depan dah cuti mid sem raya cina, naik sem je, sume dah terpisah sebab posting dah lain-lain wad. 2 minggu posting luar utk module gerantology. ada yang akan pegi HKL, dan beberapa tempat lain. pastu abis gerant, posting management. group aku posting 3 minggu kat surgery, lagi satu group kat wad medikal. pastu exchange.


management kali ni lain posting nya macam posting sebelum ni. kali ni memang dah jadi macam staff nurse dah. aku hari pertama je dah jadi TL (team leader), pastu nurse incharge patient, pastu minggu kedia baru dapat rasa jadi AD nurse (Admission and discharge). minggu ketiga, aku posting shift malam (On Night) duty utk 2 hari. memnag semuanya akan terpsah la, nak main bola ke, payah dah sebab masing-masing dah tak sama jadual..

sampai la bulan June nanti, dah habis posting, study week, pastu final. 14 June exam LJM (lembaga Jururawat Malaysia). exam ni amat penting utk aku dapat lesen. semua yang bakal jadi nurse kat Malaysia, akan menduduki exam ni, serentak. sekali dalam setahun. if gagal, kena tunggu next year punya LJM. ala..macam exam SPM. ko gagal, bukan bole repeat paper pon. gagal, tak dapat lesen, tak bole kerja, sebab takde lesen la.


whatever lah. aku belum mula start stress lagi ni. aku tengah stress nak pikir assignment law. tak tahu la nak tulis apa utk asigment tu. mula ingat cam tak penting je subject law, tapi bila tengok drama jepun cam cerita Team Medical Dragon, dengan Code Blue, wahh.. profession perubatan dan kesihatan lah yang paling mudah kena saman.

betul la kawan aku yang buat law cakap. law dengan medical profession sangat tak sependapat. tapi satu je sependapat, law dengan medical profession gembira bila orang sakit/bermasalah. contohnya, kalau orang ada masalah berkaitan law, macam perebutan harta or anak, lawyer dapat kes. so dia gembira sebab ada customer. kalau ada orang sakit, bila doktor dapat jumpa diagnosis, dia gembira. tapi patient suffer bila tahu ada diagnosis tu. lebih kurang la.. actly bukan la gembira, tapi more to puas. relief. lega. satisfaction.

aku dah tak tahu aku merepek sampai kemana dah ni. tapi sebenarnya nak cerita aktiviti yang meng-hectic-kan life aku ni. tapi cite benda lain pulak..

oh ya. aku ada cita-cita. aku nak join politik. hehehe. ok. memang macam susah ar nak join politik. tapi aku decide, walaupon aku dah habis blaja, tak semestinya sampai disini je perjalanan aku. dah habis blaja, jom kita tubuh kan alumni macam prof nik cakap tu. pastu kita buat conference asia pasific lagi ke.. kita kumpulkan semua senior kita ke.. kumpulkan semua degree holder dari usm, uitm dan universiti lain ke. wahaha.. macam ada angan-anagn itu.. tapi tak tahu dimana nak mulakannya...

kaki aku sakit la since menari tarian cina time raya aidilfitri aritu..sampai skang.. mcm ligament tear ke apa, tak tahu la aku.. bertambah sakit selepas main bola jaring. nak sujud pon sakit. dah berbulan dah ni... kalo stakat muscle sprain tak macam ni kot...


"kaki sakit. tapi puas. aku dapat berlari"
:)

No comments: