Sunday, January 16, 2011

kecewa degan hari ini dan semalam

Perlu ke aku sedih sebab kalah? Aku menangis hari ini. Ok. Tak sepatutnya aku menangis sebab hanya kerana kalah bola jaring. Aku menangis sebab hari ini dan semalam memang teruk bagi aku. Why are they just being so mean? Are they are made to be mean? Are they just meant to be mean?

Aku taknak membebel utk perkara semalam dan hari ini. Kalau aku membebel lagi macam lah aku boleh ubah diorang jadi lebih baik sikit. Terlalu banyak untuk aku membebel, tapi cukup lah. Takda apa yang boleh merubah the fact that they are meant to be mean. Forever.

Kecewa sangat. Apa yang aku dah lakukan akan bakal berhenti disini. Siapa yang akan sambung apa yang aku dah buat? Siapa? Ya Allah tolong la muncul kan lah orang tu. Segala yang aku dah usahakan akan terberhenti disini.

Adakah semua aku buat selama ini salah? Mungkin kah aku ada buat dosa dan kesilapan sampai waktu ini aku harus terima hukuman yang sedikit demi sedikit yang menghancurkan hati aku ni?

Kenapa aku perlu kisah kalau diorang tak dapat merit pon. Aku dah final year tak perlu kejar merit dah. Kenapa aku perlu join bola jaring la bagai macam la aku nak kejar merit sangat.
Kenapa aku bengang sangat kalau takda budak nursing yang buat persembahan untuk dinner kolej.Macam lah kalau aku kisah pon, aku dapat apa-apa macam budak jaksa yang tak payah bayar yuran kolej tu? Kenapa aku mesti nak masuk campur?

Tak boleh ke aku duduk diam-diam, tak perlu involve apa-apa program dan study untuk final year aku? Kenapa aku nak masuk campur?

Dan sebab aku dah masuk campur la aku aku sendiri yang rasa kecewa sekarang ni.. Kesal kerana hadirkan diri untuk dinner kolej, dan kesal join bola jaring, dan kesal untuk banyak benda lagi.

Prof Hamidah cakap don’t create a distance. Tapi lagi aku make the distance close, lagi kecewa hati aku ini.

Anyway, aku ada sedikit rasa gembira, at least aku dah create memory dengan batch aku, dan juga dengan batch junior-junior aku untuk team bola jaring.

Next, Kembara Seri Perpatih III. Mungkin akan ada lagi perasaan kecewa macam sekarang ni, tapi at least aku dapat create memory dengan junior aku yang join, dan jugak sahabat-sahabat aku di UKM Bangi. InsyaAllah.

Semua benda buat aku kecewa. tak tahu lah kenapa. Symptoms raynaud dgn chest pain tu makin menjadi-jadi pulak lately. dulu takda pulak vein kat tapak tangan aku, tpi skang kat palm dgn jari-jari aku dah muncul vein-vein halus. Mungkin skang musim hujan dan cuaca sangat sejuk. Ya Allah aku taknak sakit. Kalau aku sakit, macam mana aku nak jaga orang yang sakit? Tolonglah jauh kan aku dari kesakitan.

Mama call hari ni cakap kat aku “jaga kesihatan tu ye kak”. buat aku risau bila dia cakap macam tu. tak pernah-pernah plak dia cakap "jaga kesihatan" kat aku. tak adil. segalanya tak adil utk aku. aku makan sayur. aku exercise. aku suka pegi jogging. aku involve segala bagai sukan. aku tak makan jajan-jajan. tapi kenapa mesti ada wujudnya sakit "unknown causes" tu? kenapa? kenapa mesti aku? kenapa ntah aku perlu rasa kecewa lagi dengan diri sendiri. aku tak paham. kenapa ada ujian sebegini. semakin hari, aku semakin takut dengan diri sendiri. semua benda aku buat dengan hati-hati. kalau lah aku tak pergi folow up dulu, aku tak perlu jadi macam ni.

Kalau lah aku boleh berhenti semuanya disini. Dan lari jauh sejauh mungkin. Atau, kalau lah aku boleh patah ke belakang balik, aku taknak amik course ni. Bukan sebab aku tak suka nursing, tapi sebab aku tak suka mereka, mereka dan mereka ini. mereka yang pentingkan diri ini. selamanya. Selama-lamanya aku takkan suka mereka.. maafkan aku kerana rasa tak suka ini.

Dan kalau satu hari nanti aku sakit, aku taknak mereka dan mereka ini merawat aku. Aku tak suka. Selama-lamanya., memang aku selfish, memang aku sombong, memang aku keras kepala. So what.

Cekal. Kuat. Tabah. Sikit je lagi wani untuk aku sampai ke penghujung cerita ini. Tolonglah cekal dan kuat dan tabahkan hati mu. Tolong lah wahai hati.

No comments: