Sunday, January 2, 2011

a new year, a new life, to be updated


Alhamdulillah.
alhamdulillah apa saja keputusan yang aku dapat.
yang terbaik bila aku dapat tahu keputusan blood test tu, bila aku mengetahuinya selepas aku abis exam. walaupun keputusan tu betul-betul dah hancurkan hati aku, tapi aku lega sebab aku mengetahuinya sekarang, dan bukan masa bulan august tu, kalau tak, tak mungkin aku dapat teruskan hidup pergi kenegara orang sendirian, tak mungkin aku dapat tumpu pada study, lagi-lagi nak exam time tu..
alhamdulliah, semua yang berlaku ada hikmahnya.
alhamdulillah, walaupun keputusan tak seberapa hebat, tapi aku dapat A utk paper psychiatric.

satu hari nanti, aku akan jadi jugak nurse psychiatric. maybe bukan selepas grad. tapi mungkin 5 - 7 atau 10 tahun akan datang, jika umur aku masih panjang, aku akan jadi nurse psychiatric yang terbaek dari ladang.
selepas grad, aku akan kerja kat tempat yang banyak practice skills, dalam hati aku dulu aku tertanya aku nak buat apa lepas ni, aku minat apa sebenarnya, tapi lepas aku tengok result psychiatric aku, semangat aku dah naik semula. Alhamdullilah. ya Allah, kuatkan la hati ini, jiwa ini, mental dan fizikal aku ini untuk capai apa yang aku impikan.. nampak seperti masih jauh untuk aku pergi ke 10 tahun atau 5 tahun itu, dan kadang-kadang aku fikir kuatkah aku untuk sampai kesitu. ya Allah, bantu aku untuk aku buangkan segala fikiran negetive ini.

untuk keputusan yang lain, ada la sedikit kekecewaan. dan aku taknak fikir pun. tak kisah lah. by the end, aku akan jadi nurse jugak. yelah, memang la kalau nak sambung blajar dia nak tengok pointer. tapi Alhamdullilah aku dapat maintain pointer kumulatif aku. 0.01 pon tak turun, 0.01 pon tak naik. dan Alhamdulillah untuk kenaikkan graf pointer semester aku. Alhamdulillah sangat-sangat. dan semester yang terakhir ini, aku harap aku dapat buat yang lagi terbaik. insyaAllah.
untuk tahun 2011 ni, umur aku dah 23 tahun.
mama ingatkan kat aku yang umur aku skarang ni adalah umur mak aku kahwin dengan ayah aku. kalau tahun depan bulan march, adalah umur mak aku lahirkan aku. ya Allah. bertuahnya mak aku dapat tengok aku membesar sampai ke umur dia kahwin. aku harap, suatu hari nanti, aku dapat jugak tengok anak aku membesar sampai ke umur aku melahirkan diorang.
contohnya, kalau aku lahirkan anak aku masa umur 40 tahun. maknanya aku harap dapat tengok diorang membesar sampai umur 40. siut, mulut celupar! mengarut la kan kalau umur 40 dapat anak. itu mak dara tua namanya. ish2. tampar sikit mulut ni.

untuk tahun 2011 ni, aku akan jadi seorang yang lebih organized sikit. tersusun rapi. jadual, routine harian aku, skin routine, appointment, lecture notes, study time, sleeping time, cuci bilik air time, cuci baju time, susun baju, susun buku, pemakanan sihat, everything aku nak semua nya tersusun.
aku ada routine yang aku kena follow skang ni. kinohimitsu ni aku baru je start seminggu lepas. tapi innershine tu dulu dah start lama dah, 2 bulan lebih aku minum, pastu stop. skang nak start balik.. pastu skang ni aku nak minum banyak air mineral. bagus untuk kesihatan. actually kan, aku takut la jugak, kalau betul la aku ada diagnosis tu, aku kena la jaga buah pinggang aku mulai dari skarang.. so penyelesaian nya, minum banyak air..

semalam aku balik dari cameron highlands. aku beli pokok kaktus dengan pokok munge kecik (tak tahu lah apa nama scientifi dia), aku beli stawberry, dengan monyet yang bila dipicit perut dia, dia menjerit. mengerikan kalau picit time malam2. aku picit dia semalam, terus aku campak dia dalam almari.

monyet aku memang aku bergayut dekat tudung-tudung selendang aku. itu hobi dia. kadang-kadang dia suka juga sorokkan selendang aku bawah katil. rasa nak tendang je buntut dia.

minta maaflah pada haiwan yang lain sebab aku tak berapa suka korang berbanding monyet.dan aku suka jugak pokok. sebab ada kaitan dengan monyet. monyet suka bergayut pada pokok. dan monyet juga suka makan bunga. especially bunga raya. yeke.. memandai je kann...


pokok katus yang sangat murah. satu rm4. beli 4 rm11 je. murah gile. rasa nak beli banyak-banyak je pastu main baling-baling kat dalam kelas sementara tunggu lecturer masuk.



kak jeha housemate ku tersayang, bagi aku medal semalam. yiiihaaa.. hehe. menang la pulak kan.. aritu aku join bola tampar dengan kakak2 tahun 5 medik, ganti sebab tak cukup orang, tapi kalah la bila lawan dengan team junior tu. pastu tetibe plak dapat no 3,mungkin match dengan team lain menang pulak kan. so kiranya aku la penyebab team kami kalah. sebab aku tak join match seterusnya, menang pulak. haha. tapi best la dapat medal dan jajan momie monster.


to compared the result of the exam and the blood test,
the blood test was the worst part.
to compared the blood test with the result of psychiatric paper,
the psychiatric paper was the best part.
to compared with that so-called SLE probability-of-my-diagnosis with my life in another 10-15 years,
a life that i still living now is the best part.
the best part is i am alive now.
still breathing and able to see the world.
to smile and to write this entry.

Alhamdulillah.

No comments: