Monday, February 14, 2011

3 program nonstopable (^_^) KSPIII, BTN, Bicara Siswi.


sangat sangat sangat busy kehidupan aku sekarang ni, banyak sangat nak tulis tapi takda masa nak menulis. haih! geramnya!
ok, apa benda yang sangat membusykan aku ni? dari Kembara Seri Perpatih III 6 hari 5 malam, sambung pula dengan kursus BTN 4 hari 3 malam, pastu sambung pula dengan Bicara Siswi anjuran Jaksa KTSN 2 hari. memang aku lansung tak cuti tak rehat, dengan assingment yang tak siap, dengan tak studynya, tiap-tiap hari bangun pukul 5.15am, tido lewat, makan banyak, muka terbakar sebab main panas, ya Allah apa nak jadi dengan aku nie....

Kembara Seri Perpatih III
1- 6 feb lepas aku join KSP III anjuran Permanis. entry sebelum ni aku cerita pasal ada perpatih je, lansung tak cerita pengalaman aku.
program KSPIII kali ini agak mendapat sambutan yang baik. aku dah join KSP 1, 2 dan yang ini ke-3. kalau ada yg ke -4 aku nak join. sebab, aku adalah jenis manusia yang tak pernah puas denagn apa yang aku dapat. ilmu itu luas, bukan milik saya, ilmu itu berada di depan mata, tapi tidak datang kepada saya, saya masih perlu mencari ilmu itu walaupun ia berada sejengkal di depan mata, seluas lautan asia pasifik. wah, bermadah ayat aku.
(farha, kawan aku blaja kat UKM bangi, yang turut 3 kali berturut join program KSP)

KSP III, aku sorang je la yang senior dari KTDI. lagi 6 orang junior aku. the whole program, rata-rata participant yang aku jumpa semuanya tak year 1, mesti year 2. so aku ni lah yang paling warga emas dalam golongan participant. kecewa aku. tak pasal-pasal orang kena panggil aku akak. benci i. im still young and gorgeous ok. panggil la i wanie. hahaha.


1st day KSP, kami berkonvoi ke PD untuk majlis perasmian. pastu gotong royong sekitar pantai PD. tup tap besoknya, masuk paper Utusan. walaupon muka kecik, glamer gak mak pergh. hahaha. pastu kami bertolak ke Kg. Penajis di Balai Raya untuk Demonstrasi Masakan Tradisional dan Baik Pulih Rumah Warisan. petang tu sesi Pembahagian Keluarga Angkat. aku dapat mak angkat bersama lagi dua orang adik beradik angkat, Ros dengan Juliana. malam tu ada Demonstrasi Adat Perkahwinan, yang kelakarnya pengantin dua-dua dari peserta, memang jadi bahan je diorang. hehe.
(peserta kena kawenkan, hehe..)

2nd day, kmai berkonvoi ke Gemenceh, dan pembahangian keluarga angkat lagi sekali. kali ni aku dapat adik beradik angkat junior aku, Afrahana dengan Fateha. petang tu group aku bergotong royong di kawasan kubur. ada group lain yang dekan kebun la, kawasan surau, dan lain-lain. 2nd day kiranya hari suai kenal dengan group aku yang sengal bingal ni. haha. aku berdebat habis-habisan dengan sorang ahli group aku, lelaki, tahun 1 course science politik ukm bangi. dia penyokong kuat dengan pembangkang, dan aku plak sokong kuat universiti. lepas abis gotong royong tu, kitorng melepak dekat kubur sementara tunggu bus, berdebat pasal politik kampus, yang lain jadi pendengar setia. kelakar betul bila ingat balik. haha. ko ingat ko boleh menang dengan aku, aku ni lagi tua ok. kakak. so aku mesti gak menang. dan memang aku menang sebab aku banyak points. hehe. agaknye hangin je dia bila berdebat dengan aku. hehe. sori ye kalau awak terbaca blog saya nie.. sekadar perkongsian ilmiah je. kita ni berdebat bukan kerana bermusuh, tapi kerana ingin memahami antara satu sama lain. its all about communication by the end. you got your points, i got mine. win win situation.
Mak angkat di Kg. penajis)

(mak angkat di Gemenceh)



(kami naik moto mak angkat jalan-jalan kat sekitar kampung. dengan langgar tahi lembu, pastu boleh plak menunggang 3 orang sambil melalui kawasan segerombolan lembu tepi jalan.)

lepas habis gotong royong, petang tu kami ada Eksplorasi Budaya, macam explore race lah. ada berapa check point yang kami kena habiskan. aku tak ingat semuanya, ada beberapa je yang aku ingat. 1st check point memang melapau batas. 1st 1st day pegi check point tahi lembu. kitornag kena kauk tahi lembu dan gaul dengan air utnutk buat baja. yang sakainye, kitorang kena bergambar kat dalam tong besar yang ada belambak tahi lembu. bau ko jangan cakap la, boleh dapat respiratory distress kalo hidu dalam-dalam baunya. hahha.
(main tahi lembu)
2nd check point, teka nama ulam. ada 10 ulam, kitorang dapat teka 6 je. not bad jugak kan. ulam yang terakhir tu dah habis masa baru si polan budak sc.politik ni ingat namanya, cekung kot nama ulam tu. haha. lawak la dia nie.
(kitorang sempat main benda ni sementara tunggu check point group lain habiskan)

pastu ada check point kena masuk reban ayam, pastu kena tangkap 2 ekor ayam. si sc.pol ni kesian, kena cakar ayam kat kepala dia betul-betul kejadian berlaku di depan mata aku. waktu tu aku ingat dia terhantuk sampai berdarah, aku punya la cuak nampak dah bleeding kepala dia. aku cepat-cepat amik tuala yang ada kat tangan aku time tu, compress kat dahi dia. waktu tu aku dengan dia je kat reban ayam, yang lain dah keluar dari reban sebab dah tangkap 2 ekor ayam. diorang dak tercari mana pegi si misi dengan si sc. pol ni? hilang. sebab kitorang kat belakang reban time tu. keluar je dari belakang reban, budak-budak ni dah kecoh, "apasal dengan kepala kau?". hadoih.. huru hara betul group aku nie..

(tangkap kambeng)

next check point kitornag kena masuk kandang kambing dan buat pantun yang ada perkataan kambing dalam 3 minit, pastu kena tangkap satu kambing dan setiap orang kene peluk kambing tu dalam 10 saat. haha. tak ke sengal bingal task yang diberi? reka lah pantun yang berbunyi:

"anak rusa menari-nari,
anak kambing mengembek-ngembek,
tinggi tinggi si matahari,
bintang dilangit nampak cantik"

memang rosak pantun melayu dikerjakan oleh kitorang. mana taknya, 3 minit tak cukup dengan badan yang penat berlari dan otak yang letih tak boleh fikir.

dah tangkap anak kambing, meronta-ronta la si anak kambing tu. kitorang kena peluk kambing tu 10 saat tiap-tiap orang. memang badan semua bau kambing lepas tu. hahahaha.

pastu ada check point, kitornag kena memancing ikan dalam sawah. tak silap aku group aku dapat 4 ekor kot. dia bagi 15 minit je memangcing.

next check point, tangkap ikan pakai tangan (mengoca). tapi kitorag main tipu pakai raga. haha~

ada jugak check point buat 4 ketupat. NASIB la aku sempat belajar buat ketupat masa raya aidilfitri baru-baru ni. tak sia-sia aku belajar. dapat la buat satu ketupa yang cantik. haha. berbangga dengan diri sendiri, walaupon anak bandar, boleh la jugak buat menantu kann.. hahaha.
(hasil ketupat)

sepanjang kitorang ke kampung-kampung untuk setiap check point, kitorang asik berselisih dengan group lain, pastu muka selamba menipu konon banyak lagi check point, tinggal lagi satu check point, tapi cakap ada lagi 3. pastu masa nak ke tiap-tiap kampung, jarak perjalanan agak jauh, kitorang siap tahan van yang lalu lalang, pastu tompang untuk ke next check point. haha. aku sempat gak rampas basikal ntah budak mana ntah aku jumpa tepi jalan, anak orang kampung kot, pinjam beskal budak tu, kayuh la sampai next check point. hahaha. sewel.
(setelah penat bereksplorasi budaya, kami sampai dulu)

kitorang sampai awal. masa sampai tu, ada lagi satu group dah sampai. so kitorang bajet bole lah menang. tapi masa penutup, group lain plak yang menang. aku pon tak paham la camne sistem pemarkahan. agaknye, urusetia dapat tahu kot kitorang banyak main tipu, tompang van la, tompang basikal la, pastu ada sesetengah check point yang ada petunjuk, kitorang buat dajal tukar arah. hahaha. memang jahat betul group aku. padan muka tak menang. dah la ketua kena cakar ayam. haha~
(main tipu, naik van)

malam tu ada ceramah adat berkoden. adat berkoden ni adalah untuk lelaki yang nak berkahwin dengan wanita negeri sembilan, dia perlu masuk suku. aku nak cerita pasal adat berkoden, samapi besok tak abis. memang banyak. cari la sendiri ye kalau nak tahu.

(ceramah adat)

3rd day kami berkonvoi ke Seri Menanti, Kuala Pilah. kampung uwan alang aku. kat seri menanti, kami buat aktiviti melawat sekitar istana lama seri menanti, melawat muzium, makan berselo (makan bersila), permainan tradisional seperti congkak, teng-teng, batu seremban, tutp botol, baling guli, dan dam haji. aku main teng-teng, gayat siot, dah la sekeping, dengan kaki satu melompat-lompat sampai tersembam muka aku kat lantai, nasib baik tak lebam muka aku. haha.
(makan berselo)

(di hadapan istana lama seri menanti)




pastu ada Pesta Sukan Rakyat yang more outdoor, ada sepak raga, tarik upih, baling selipar, tarik tali. aku main baling selipar, 1st 1st dah strike. pergh. haha. satu kebanggaan. main tarik upih plak, aku ni kira cukup paling ringan 43kg, tu pon aku tengok macam gila orang tarik aku. haha~ yang terbaeknya, program kami kat seri menanti masuk rancangan nasi lemak kopi o. memang terbaek la permanis ukm buat program sampai mendapat tarikan media.
malam tu plak, ada bacaan yasin perdana dan tahlil.
(sopannya main tarik upih..)

(agak kurang sopan.;p)

(lagi la melampau. ;p)




4th day, kami bertolak ke teratak zaba. ada pertandingan teka silang kata dimana kitorang dalam group kena cari jawapan yang terdapat di dalam teratak zaba tersebut. teratak zaba tu macam rumah kampung. tapi dalamnya semua hasil peninggalan sejarah milik zaba, seorang tokoh. not bad, group kitorang dapat no 3 tak silap. dapat hamper. berebut hamper, macam mangsa kebuluran. haha. padahal jajan je.

pastu kami bertolak ke Kem Pusako, dia macam kem BTN, kami tompang tidur je untuk malam tu. petang tu ada aktiviti Mengoca (menangkap ikan pakai tangan dalam sawah). hampir 200 orang masuk sawah cari ikan sembilang. aku tak dapat tangkap sekor pon sebab tak sampai 30 minit kat dalam sawah tu, ada "kejadian" yang berlaku yg mbuat kan aku dengan junior aku naik dari sawah. hahaha. takyah cite r. kang marah pulak si nunui tu kalo cerita kat sini. "kejadian" yg dimaksudkan adalah si nunui ni telah menerajang budak laki yang bergurau-gurau dalam sawah sampai jatuh atas dia. kelakar gila. gila taiko si nunui ni ye. takot aku walaupon aku chief. hahahaha.
(dorm 3, kami juga menginap di SMK Teknik Kuala Kelawang)

5th day, hari sabtu, kat kem pusako kitorang buat senamrobik, then bergerak ke Muzium Adat, kat Jelebu. melawat muzium, then ada forum Perdana Adat. forum ni memang terbaik lah sepanjang program sebab ia membincangkan isu adat perpatih dari segi hukum Islam dan pandangan Islam. dulu aku was-was jugak dengan adat perpatih, tapi setelah perolehi ilmu mengenai adat ni, aku dah memahami adat budaya asal usul aku yang lansung tidak bertentangan dengan hukum ajaran Islam. malah lagi memihak, sebab dalam Islam sendiri mendahulukan kaum wanita.

malam tu ada aktiviti Mengenali N. Sembilan. aku tak pasal-pasal je terpaksa rela menyanyi karaoke lagu "Apo Kono Eh Jang", tapi lirik lari. hahaha. takpe. at least aku dah buat dari tak. walaupon suara seperti katak tercekik kumbang, ada gak la yang memuji suara aku sodap. haha. dalam bus aku dengan budak-budak lain asik menyanyi karaoke dengan pakcik bus, lagu siti la, lagu inul, lagu amalina dangdut, lagu rock kapak, melampau betul. ada plak siap cakap suara aku macam siti. rasa nak cepuk. takyah ar nak puji melebih, itu perli. kuang asam je. hehe.
Berkaraoke dalam bus)


last day, hari ke 6, kami bertolak ke Seremban untuk majlis penutup. Majlis penutup dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. pergh... Permanis di sponsor 60 ribu oleh kerajaan Negeri.. memang hebat kott.. bagi aku seribu dua pon jadi la. haha.~



overall, program BEST. KSP III memnag mantap. Pomanih totap dihati. ~
=)


BTN Meru, Klang

masuk ni, kali ke-3 aku join BTN. tapiaku tak simpan pon persepsi BTN yang tak baik. mungkin di luar sana fikir BTN ni berunsur politik. LANSUNG TIDAK. siapa yang cakap macam tu, dia yang actually anti-politik, anti - kerajaan, pembangkang, dan sebagainya yang men-describe-kan dirinya yang munusia yang suka kmplen dan semua tak puas hati.

persepsi aku, BTN ni kursus yang meningkatkan rasa syukur dengan keamanan yang diperoleh oleh Negara. menambah pengetahuan mengenai jasa-jasa negara terhadap kita, meningkatkan rasa sayang kita kepada negara tercinta. adakah salah kalau kita nak sayang negara kita? salah ke, saya rasa bersyukur kerana egara saya aman dan damai? salah ke? kalau salah, awak jangan duduk dalam negara ni. pergi la ke negara Indonesia yang bangsanya satu, tapi masih berpuak, pegilah ke Arab Saudi, yang bangsanya juga satu, tapi berusuhan. pergilah kemana korang suka yang korang rasa lagi baik dari Malaysia. UK? korang ingat senang ke nak hidup kat UK tu? pergi la sana. susah nak cari makan halal, solat waktu asik bertukar, takda cuti hari raya, takda lunch hour yang boleh kita guna utk solat, takda tempat solat, dalam paper hari-hari isu "muslim-terrorist", pakai tudung je, dah kena deskriminasi. pergi lah sana kalau anda rasa negara tu boleh membahagiakan anda.

kat BTN, tiap tiap lepas maghrib dan subuh., ada Kuliah. cerita pasal menguruskan jenazah. Alhamdulillah aku telah memperolehi ilmu baru. aku tak pernah balajar cara menguruskan jenazah. dalam kuliah tersebut dia ada demo jugak, cara mandikan, kapankan, dan sembahyangkan.

hari kedua BTN kami mrsa flying fox. seriously aku dapat tahu aku ni rupanya gayat pada ketinggian. masa berdiri kat atas tu lutut aku lembik semacam. memang rasa nak rebah je. hehe. tapi dapat buat jugak flying fox tu dengan selamat.

malam tu pulak ada Kembara malam, nasib ar dia tak lepas sorang-sorang, lega aku.. tapi dia lepaskan group by group. so takda la rasa takut sangat..

overall program, NOT SO BAD, tapi aku lagi suka BTN kat Besut dulu untuk jadi fasi anjuran PMUKM 2 kali berturut aku join. memang best dan lagi mencabar minda dan fizikal.

Bicara Siswi (JAKSA KTSN)

program najuran JAKSA KTSN. secara keseluruhan, program OK. Good. cuma dari segi pengurusan masa tu perlu diperbaiki lagi. sedih sebab group aku tak dapat siarkan Top Host Video yang kitorang buat. kalau tak mesti dah boleh menang. huhu. thanks to Ketua pengarah Naz yang mengajak aku join. dapat jugak kawan baru dan ilmu baru. sebab ada talk pasal persiapan interview, aku pon nak abis dah ni, nanti akan kena pergi interview, skang ada la sikit idea-idea kalau nak pergi interview.
(group 7)

ok lah. thats all. ni entry yang paling panjang yang aku pernah buat. skang tengah posting Gerantology, kat cheshire home, Hospital UM, dan HKL. ya Allah, rendahkan hati ini, agar aku dapat menyayangi mereka seperti ibu bapaku, semoga aku dapat menjalankan tanggungajwabku sebagai pelajar jururawat dengan sempurna.


2 comments:

Anonymous said...

An impressive share, I just given this onto a colleague who was doing a little analysis on this. And he in fact bought me breakfast because I found it for him.. smile. So let me reword that: Thnx for the treat! But yeah Thnkx for spending the time to discuss this, I feel strongly about it and love reading more on this topic. If possible, as you become expertise, would you mind updating your blog with more details? It is highly helpful for me. Big thumb up for this blog post!

norshazwani nasaruddin said...

Thank You ^_^