Sunday, February 6, 2011

Adat Perpatih di Negeri Sembilan


"ekau orang mano?"

"orang kuala Pilah."

"Pilah kek mano?"

"kek kampung Umor."

siyes rasa macam aku ni berasal dari negeri sembilan. tiap kali orang tanya aku asal mana, aku rasa berat betul nak mengaku orang KL. kadang-kadang aku cakap aku orang Setapak. skang dah pindah, aku cakap aku orang Setiawangsa. sehingga la hari ini hari terakhir Kembara Seri Perpatih III ada seorang umat yang aku tak kenal ni tanya aku, dan aku sengaja je nak tipu mengaku orang negeri sembilan, tapi lepas aku menipu tu, siyes aku rasa macam tak menipu. rasa real. rasa memang aku orang Kuala Pilah. rasa best gila mengaku orang Kuala Pilah. rasa memang betul lah aku ni orang negeri sembilan. haha.

jeles betul dengan kawan-kawan aku yang berasal dari merata negeri. dari Johor, Terengganu, Kedah, Penang, Kelantan, Negeri Sembilan, tapi aku, dari KL, rasa macam tak ada identiti lansung. bila mengaku orang KL, bajet berlagak budak KL. siyes lansung TAK BEST mengaku budak KL. siyes takde sedikit pon aku rasa macam boleh nak berlagak kalo ngaku budak KL. rasa takda identiti ada la. rasa kosong. boring.

uwan dengan mak aku orang negeri sembilan. tapi skang duduk KL. uwan aku pon kat KL. yang tinggal kat Kuala Pilah tu cuma uwan alang dengan atok dan ada la sedara mara yang lain. tapi aku mengaku, keluarga orang negeri sembilan ni memang sangat kuat dan sangat rapat. aku bangga betul family aku berasal dari negeri sembilan. family besar aku belah uwan, family day Naensah dan Abdullah (moyang aku) masih lagi diteruskan. aku ni generasi ke 4. skang dah ada generasi ke 7. kiranya aku ni dah ada cicit. dan family day tu tiap-tiap tahun buat kat negeri sembilan. last time buat kat Seri Menanti. jumlah ahli keluarga hampir seramai 400 orang kalau nak dikira. mana tak nya, sampai 7 generasi kot.

aku tanya kawan aku yang berasal dari nogoghi, kalau aku lahir kat KL pon, aku masih boleh ke dapat suku. dia cakap, memang aku akan dapat suku pon sebab aku ikut nasab ibu. uwan turun kat mak, dan turun kat aku. kalau aku dapat anak perempuan kot-kot la lahir kat negara mano, dia masih dapat suku sebab mengikut nasab ibu. aku adalah suku Solomak Pahang (mengikut kata uwan aku la). lega aku dapat tahu. rasa belonging tu jadi kuat. rasa memang aku ni orang negeri sembilan. =)
walaupon aku dah join KSP I, dan II, aku masih lagi tak dapat banyak input pasal adat negeri aku tercinta ni. bak kata Dato' yang cakap masa forum, bila kita tahu satu perkara, lagi banyak benda kita tak tahu. dah join 3 kali pon, masih banyak lagi perkara yang aku masih tak tahu. misalnya, program KSP III ni, baru aku dapat tahu, rumah pusaka hanya diwariskan pada anak bongsu perempuan, hanya kaum lelaki je yang berkoden (masuk suku) kalau nak kahwin dengan wanita nogoghi, dan wanita tidak. dan beberapa sebutan nogoghi yang sikit-sikit aku dah paham.

tak puas la. nak join lagi kalau ada KSP IV. rasa tak cukup lagi ilmu yang diperoleh. rasa banyak nya ilmu adat yang aku kurang. bila masa forum, Dato' ada cakap, budak zaman sekarang kurang ilmu. ilmu adat. aku terasa betul. rasa malu. rasa kita ni dok bangga bangga kat budaya barat, tapi adat budaya sendiri kita tak kenal. kita takda identiti. takda pendirian.

ada sorang member aku dulu cakap kat aku, "dia orang negeri sembilan ke? adoi, taknak la ngorat budak negeri sembilan. leceh la. banyak pantang larang" aku rasa nak bagi POLOMPANG jo. aku rasa nak je cakap kat dia "kau ni takda maruah. lagi teruk dari haiwan" sebab definasi adat adalah maruah bangsa, nilai, identiti bangsa, peraturan dan undang-undang. so, kalau kau tak tahu apa itu adat , kau takda maruah. kalau tak tahu, pergi menimba ilmu dan mengenalinya, bukannye terus banned adat tu. orang melayu, adat budaya bangsa lain kau boleh lak paham, tapi adat budaya sendiri kau taknak paham. buek malu yo.

kat sini, aku nak ambil peluang nak berkongsi sedikit input yang aku dapat masa program KSP III ni. ada bebrapa perkara aku nak betulkan dan rumuskan.

Adat Perpatih berasal dari Indonesia.
ini adalah kenyataan salah. Adat Perpatih bukan berasal dari Indonesia. dan tidak sama sekali dengan Adat dari Indonesia. Adat Perpatih adalah campuran dari Minangkabau, Siak dan Asli di Tanah Melayu sendiri. Adat Perpatih diwujudkan, dihasilkan, diciptakan, di Tanah Melayu sendiri hasil dari gabungan 3 serumpun bangsa ini. Di Minangkabau, Indonesia, tidak disebut Adat Perpatih tetapi dikenali dengan sebutan "Adat Alam Minangkabau".

Adat bertentangan dengan Agama.

Firman Allah: jadikan kamu lelaki dan perempuan, berkembang biak menjadi pelbagai puak dan kaum, lahir pelbagai bahasa. kat sini nak dibagitahu, manusia dipuakkan oleh Allah dan terhasilnya pelbagai kaum, puak, bahasa, adat dan budaya. Adat bersendi Syarak, Syarak bersendi kitabullah. Adat dan Agama ibarat isi dengan kuku, ibara irama dan lagu, tak boleh dipisahkan. Adat diciptakan, bila ada peraturan dan undang-undang, peraturan dan undang yang selari dengan hukum Agama.

lelaki yang berkahwin dengan wanita negeri sembilan, bila bercerai, tinggal sehelai sepinggang.

ini adalah perpspektif yang salah. aku sebenarnya tak paham dari mana munculnya perspektif ini? kenapa orang boleh terpikir yang kalau kahwin dengan orng nogoghi boleh jadi sehelai sepinggang? apa yang membuatkan dia terpikir macam tu?
tapi apa aku nak jelaskan disini, bila lelaki bercerai je, dia cuma tak boleh ambil harta pusaka. tapi harta lain, macam harta sepencarian boleh dibahagikan, dan harta milik lelaki tu sendiri pon dia boleh amik balik. dia tak boleh usik harta pusaka yang diwarisi wanita tu. tu je. bukan nya jadi miskin papa kedana. cuma harta pusaka je yang dia tak boleh usik. apa masalahnya?

harta diwariskan pada anak perempuan.
orang salah faham sebab fikir ia bertentangan mengikut pembahagian harta hukum Islam. disini saya nak tekankan, hanya harta pusaka yang diturunkan pada anak perempuan. Harta pusaka macam tanah, rumah, perabut dan banyak lagi, adalah tidak tahu siapa pemiliknya. ia dah diwarisi turun temurun. jadi, kita tidak diketahui siapa empunya. wanita hanya mewarisinya, bukan memilikinya, wanita hanya menjaga harta pusaka tu, hanya memegang amanat untuk dijaga. cuba pikir kalau bagi kat laki, kalau dia kawin 4. dekat siapa dia nak wariskan nanti? akan terjadi perebutan disitu nanti. contohnya bila seseorang itu meninggal, namanya disebut Milah binti Joyah, disebut nama ibu, bukan nama ayah, sebab ibu itu nasabnya kuat. sesorang itu, komfem anak omak, sebab omak yang melahirkan, nasab ayah tu tak berapa kuat. bukan la nak cakap saya ni tak komfem anak ayah saya, tapi cuma tak kuat je berbanding ibu. lagi satu, kalau wanita bercerai dengan lelaki, at least dia ada rumah pusaka/ harta pusaka yang dia boleh tinggal disitu atau dapat benefit untuknya, takda la dia terbiar hidupnya, tapi lelaki negeri smbilan, kalau bercerai pon, dia masih boleh lagi hidup, mencari kerja mencari pendapatan untuk dirinya.

Adat Perpatih di negeri sembilan memang mengutamakan kaum wanita. dan aku sangat menghargai dengan Adat yang wujud sekian lama ini. sebab aku adalah wanita dan aku ada keluarga negeri sembilan yang sangat kuat dan rapat.

aku bukan lah pakar tentang Adat, mahupun Agama, tapi apa apa yang nak disampaikan, cuma perkongsian dari apa yang dah ditimba. dan clarify tentang misconception orang ramail. mungkin apa yang aku tulis dalam ni ada betul, dan mungkin ada silap, kot-kot lah aku tersalah intepret information. banyak benda lagi yang aku nak belajar, dan masih lagi mencari ilmu itu.

akhir kata,

Kok mengaji daripada alif,
Kok membilang daripada Esa,
Usul-usul,
Asal-asal,
Usul jangan ditinggalkan,
Asal jagan dilupakan,
Hujan berpokok,
Kata berpangkal,
Sakit bermula,
Mati bersebab.

1 comment:

daydeck86 said...

SALAM DARI ORANG KG UMOR GAK