Saturday, February 19, 2011

Geriatric Posting

dulu ak ingt module gerantology boring, tapi aku silap. best juga jaga warga emas ni. ak menjadi lebih memahami sedikit pasal warga tua. ak jugak dapat mempersiapkan diri menjaga ibu bapa aku yang bakal tua juga nanti. skarang tengah posting ward geriatric hospital UM, next week HKL pulak. last week posting kat Cheshire Home, siyes ak rindu plak residents kat sana. bila ak suap auntie sorang ni (lupa plak nama dia), dan bila dia buka mulut luas-luas tunggu ak nak suapkan, ak rasa tersentuh sangat. dan walaupon dia kunyah ambil masa lama untuk telan, dia tetap lagi tak penat buka mulut luas-luas untuk aku suapkan dan kunyah dan habiskan makanan dia dalam pingan. 

mereka ni disable sejak kecil lagi. kebanyakkannya CP (cerebral palsy) dan bila ak lihat dia yang sedaya upaya meletakkan getah dalam paku (one of the physiotherapy activities), walaupon sangat perlahan, walaupon ambil masa yang lama, walaupon getah tu jatuh banyak kali, dia lansung tak sikit pon give up. dia kutip balik getah tu dah cuba lagi dan cuba lagi dan cuba lagi sampai berjaya..

ya Allah, aku ni yang sihat walafiat, yang boleh berfungsi dengan baik, yang boleh berfikir, yang bila jatuh sekali aku terus putus asa, yang terus down,  yang terus rasa tak disayangi, yang terus berhenti mencuba, kenapa? 

dan satu uncle ni bisu, dan dia lansung tak tahu sign laguage. sejak kecil dia bisu. dan aku tak pernah nampak dia berkomunikasi walaupon gunakan bahasa tangan pon, dia cuma suka duduk dan memerhati. aku tak boleh bayangkan sepanjang hidup dia sejak kecil, dia tak pernah meluahkan apa yang dia rasa, dia tak pernah express perasaan dia, tapi dia masih boleh tersenyum bila kita sapa dia, masih boleh menikmati makanan walaupon makanan tu takda sedap mana pun, dia masih boleh hidup.

tapi aku, manusia yang boleh bercakap, mendengar dan melihat, aku ego nak mengucapkan terima kasih, aku ego nak cakap aku sayang mereka yang aku sayang, aku ego nak mengucapkan maaf bila aku tahu aku silap, aku pendam semuanya dalam hati, sampai aku sendiri termakan hati, aku sendiri yang sakit hati.

bila aku melihat mereka, aku terfikir, mama ayah akan tua seperti mereka juga. dan aku juga akan jadi seperti mereka. siapa yang akan jaga aku tua kelak? siapa yang akan tukar pampers aku nanti, cuci BO/PU aku, siapa yang nak suapkan aku makan? siapa nak berborak dengan orang tua macam aku nanti, kalau aku  cakap pon tak faham, kurang pendengaran, siapa yang sudi? kalau aku ada anak-anak nanti, mereka akan membesar di dunia yang lagi canggih dan moden dan penuh persaingan dan sangat sibuk, nak ke mereka jaga aku, sudi ke mereka? 

 ya Allah, semoga hari-hari mereka (resident Cheshire Home) diberkati oleh Mu, semoga mereka sentiasa gembira, tidak berasa di dalam kesedihan atau kesakitan, semoga mereka terus kuat meneruskan hidup mereka yang serba kesederhanaan itu.

ya Allah, berkati hari-hari aku, kuatkan semangat aku untuk terus belajar, agar aku boleh menjaga dan mengasihi mereka seperti aku ibu bapa ak juga. 

ada satu resident ni dia lelaki berumur 25, melayu, dia on wheelchair tak boleh berjalan, tak sure la apa physical disability dia, badan pun kurus je, tapi boleh berkomunikasi dengan baik. ak duduk berborak dengan dia, tolong tolak wheelchair dia nak pergi mana-mana, dia juga seorang rajin bekerja. dia saja la tanya saya ada boyfriend. bila ak cakap takda, dia tak percaya. pastu bila dah borak punya borak, dia mintak no phone ak. ak tak bagi sebab nak maintain ke-profesionalan ak sebagai jururawat. maafkan saya tak bagi no phone, bukan saya deskriminasi awak sebab awak disable, tapi saya cuba menjaga etika saya sebagai nurse. ak rasa kecewa jugak tak boleh nak bagi sebab takut dia fikir yang dia tak layak buat aku sebab dia cacat, aku taknak dia fikir macam tu,  tapi, kalaulah aku bukan jururawat, aku rasa tak salah pon kalau aku bagi. tak salah pon kalau aku berkawan dengan dia. AKU TIDAK mendeskriminasi orang no matter dia cacat ke, dia tak pandai ke, dia tak hensem ke, aku pon bukan perfect. siapa aku nak being judgemental.

awak, semoga next time kita jumpa lagi ye, tapi bukan saya sebagai jururwat yang menjaga awak la. so sy boleh bagi no phone saya. hehe. ;p

No comments: