Thursday, March 24, 2011

Tahniah Azam for ur SPM result!!!!

SHORT ENTRY!

takleh nak tulih bebanyak sebab tengah busy gile lately. mangement, collecting data, analyzing data, nak makan pon tak sempat nih!!!!
ini lah adik aku: Azam dan Azmi

Just want to say CONGRATS AZAM!!!
TAHNIAH adik aku dapat 9A 1B. dia dapat B dalam matapelajaran kejuruteraan.masa adik aku call aku, 1st thing aku tanya dia Paper KIMIA ko dapat ape? die jawab A-. "APASAL ko dapat A-???!!! nape ko tak dapat A+????!!!!! hahahaha. pastu dia cakap, OK r A-, tak ramai yang dapat A, da dapat A- cukup baik dah. hahaha. yelah.yelah. ALHAMDULLILAH.. 

Taiko dan Kakak Taiko

buat pertama kalinya, baru aku dapat rasa bagaimana perasaan seorang guru bila menanti anak muridnya ambil result SPM. buat pertama kalinya aku dapat rasa bagaimana seorang guru mengetahui anak muridnya dapat keputusan cemerlang dalam subject yang dia ajar.

bila aku tahu je result azam, time tu aku tengah posting kat medical 1, agak busy sikit, tak fikir sangat bila dapat tahu keputusan dia, dah tahu, ok, tahniah. tu je. tapi lepas balik umah, malam tu, aku termenangis la sikit sebab terharu.. yelah kan.. bila mengenang kita dah mengajar adik kita, berdoa untuk adik kita, penghujungnya kita dapat tahu dia berjaya, tak ke aku boleh tulis cerita novel pasnih? terharu siot. menangis aku dibuatnya. ahahahaha.

Hari Raya 2010

semoga Azam dan Azmi dua-dua adik aku ni berjaya dengan cemerlang dalam hidup diorang. takda apa yang buat aku gembira selain bila aku lihat mama ayah gembira tengok mereka berjaya, aku tahu mama dengan ayah mesti happy sangat. aku dlu SPM, ehemm je. malu aku nak sebut kat sini. ok lah. fine aku sebut lah. dah lepas pon, watpe aku nak rahsia kan. aku dapat 6A je.. tapi aku dapat A1 dalam KIMIA.. aku suka sangat KIMIA sebab aku suka kat cikgu ALfi yang ajak aku KIMIA dulu masa zaman skola. dan aku suka Mr. Yeoh cikgu KIMIA time aku Matrix dulu.. ntah macam mana aku terpesong kat aliran Biology plak. masuk NURSING yang lansung tak sentuh subject KIMIA. HUAAAA!! agak keciwa sikit!!!! rindu sangat subject KIMIA! huhu. x(

Azam admit PUSRAWI sebab ligamen tear, sambil menunjuk2 tengah study

Azmi plak dapat 7A kot tak silap aku, ke 8A. Azam 9A. siot kan. pandai betul budak2 laki zaman skang nih.  Kat umah Nakal gile rase nak sepak2 je. pastu tak penah plak nampak study sangat dok asik maen XBOX je. men game online. tak cukup lagi, men game bola dalam laptop. tak cukup lagi, pegi beli CD game kat kedai, men bola kat padang sampai masuk hospital sebab buat operation lutut tendon terkoyak. 

Azmi Tauliah dari Palapes UITM. siyes mak aku cakap dia putih masa lahir

takpelah. janji ko dapat keputusan cemerkang. pasni kompem ayah leh support korang bli game lah bagai. nasib la aku ni pompuan kann.kalo tak aku pon dah mintak kat ayah belikan aku satu gakk! hahaha.

next week birthday Azam 2/feb, aku nak kuar weekend nih nak cari hadiah bufday dan congrats utk dia. tapi tak tahu nak bagi apa. tah penah-penah aku beli hadiah utk laki nih, kecuali belikan ayah Jam dengan baju arsenal untuk Azmi dengan Azam dlu mse kat London, tu je la. ape ek laki suke? Ish. mcm tak banyak je choice. pompuan senang la siki. :(

aik, terpanjang la plak entry kali nih!!! hahaha.
Chiow! Ja Neh!!!!


No comments: