Wednesday, April 27, 2011

Pengalaman Mengerikan masa di MAtriks.

Dah lama sangat aku nak share cite ni, satu cerita ketika aku blajar kat Matrik Penang dulu.. ketika aku agak bodoh-bodoh lagi terjerat didalam percintaan dengan Farah.. OPPSSS!!! What a hell??? FARAH? Yeah a girl name farah, who was pretending being a guy name Zaer..

Kalo ada penerbit buku novel baca entry ni, kompem boleh offer aku tulis novel. Kalau penerbit filim jumpa entry no, kompem aku ditawarkan berlakon jadi watak ‘innocent girl fall in love..’. GAHahahahaha!!!
Ceritanya bermula ketika aku di semester 2 kat Matrik Penang. Aku ada kawan baik bernama Asmidar, ada entry pasal bestriend aku ni kat sini . dulu masa study waktu malam, aku suka tidur bilik As sebab kitorang study sampai lewat malam.. As duduk blok B, aku dudk blok D. kadang-kandang aku tompang mandi kat blok D.
Satu hari ni, ada seorang lelaki message aku, dia cakap nak kenal aku. Nama dia Zaer. Budak fizikal. Time tu aku amik kos hayat (biology science), waktu tu aku kat kampong. So, mcm bias ear, kalo ada orang nak berkenalan, aku akan Tanya soalan pertama iaitu “siapa bagi no saya kat awak?”. Dia reply ckp taknak bagitaw la, kawan dia bagi, taknak sebut nama kawan dia.. aku memang pantang betul kalo ade orang message tapi taknak bagitahu siapa bagi no aku, so aku cakap la, “kalau taknak bagitahu, sorry ar, saye tak layan”. Pastu memang dia msg memang mcm tahap lelaki yang dah jatuh cinta gila gila la kat aku. Ckp aku ni cantik la, dia cakap dia slalu Nampak aku pergi kuliah, pakai baju kurung, Nampak sweet. Seriously, dia memang pandai jadi lelaki sebab dia pandai amik hati aku. Aku pon bodoh jugak pergi sambung layan dia, padahal dah cakap taknak layan.. tapi kan, memang aku tak balas msg dia walaupon dia msg banyak2, tapi dia keep continue sending message. 

Yang memang tak boleh blah nya dia cakap dia ni anak Tan Sri mana ntah. Bercinta dengan anak wakil rakyat mana ntah dan bnyk la lagi dia create cerita.Waktu tu cuti semester 1, bila naik sem 2, dia masih lagi continue msg aku, kadang2 aku balas bila takda apa nak buat, kdg2 aku buat bodo tak balas. Aku bersyukur jugak akuu pernah buat satu perjanjian sebelum masuk matrix, aku taknak bercinta, or jatuh cinta masa blaja kat matrix. Aku nak focus study. Aku pernah cakap kat mama ak, “ma, kalo wani bercinta masa blaja kat matrix, wani kena sambar petir”. Haha. Boleh plak kan bersumpah macam tu..

So, aku memang pertahankan diri aku la dari terjatuh cinta dengan Zaer nie.. tapi still balas membalas msg dengan dia sebab kadang2 mse study aku rase bosan. Dia msg, aku balas. Masa naik sem 2, aku bagitahu dia aku nak jumpa dia, dia bagi banyak alasan cakap dia dapat tawaran kat Australia, x dapat jumpa aku. Pernah satu hari tu, aku ugut taknak balas msg dia dah kalau aku tak jumpa dia. Pastu dia pon deal nak jumpa aku kat library waktu petang. Seperti yang dia janjikan, aku pon tunggu la kat library, tapi dia tak muncul2, malam tu dia msg aku tak balas, then dia cakap sorry la, ada hal la bagai.. aku memang dah give up banyak kali dah nak lost contact dengan dia, tapi dia keep messaging aku dan sampai satu hari tu dia call aku.Time dia call, aku dengar suara halus macam suara siti nurhaliza.. seriously lembut perempuan lembut yang lain pon kalah la, memang lembut gila gila, aku pon tak selembut camtu. 

Waktu tu, aku boleh terima fakta “ada lelaki lembut, gentle yang segan nak jumpa aku yang betul-betul nak berkenalan dengan aku” – HAHA. Siyes, aku boleh terima. Aku tak kisah kalo lelaki tu lembut ke, pendek ke, gemuk ke, as long as aku selesa dengan dia, so why not rite? So aku pon terus la berkawan dengan dia.  Pernah sekali tu, aku dah give up taknak kawan dengan dia sebab dia taknak tunjukkan diri, aku tak balas msg dia, dia hantar chocolate Ferreroroche dengan Teddy Bear kat aku. Dia sangkut teddy dgn choco tu kat pintu bilik aku. 

Pernah jugak skali tu, dia top up kan aku sebab nak aku balas msg dia. Hadoih, siyesly, aku betul2 meluat kalo ada lelaki yang tak bosan2 msg aku, aku bosan tau. Pastu bila dia dah top up kan, rasa bersalah ar tak balas. Tapi balas msg dlm keadaan terpaksa ar.
Nak dipendekkan cerita, sampai la one day ni, time tu exam Muet, dia call aku waktu lunch, aku dengar melalui earfon, so aku bagi As dengar suara dia sebab aku cerita semua between aku dgn dia kat As kawan baik aku ni. As macam terkejut beruks dengar suara ‘Zaer’ kat earfon time aku berborak dengan dia. As cakap dia kenal suara tu, dia taknak bagitahu sebab tak sure. Waktu tu exam paper Muet, aku rasa sebab hal nil ah, muet aku agak hancus.. haha~ 

Lepas abis exam petang tu, aku insist As bagitaw suara siapa tu since dia ckp dia kenal. As pon bagitahu, dia ada kawan nama Farah yang slalu balik Johor dengan dia naik Bus yang suara sama dgn Zaer. Aku tak percaya bila As cakap ‘Farah’ what a hell? Apasal plak nama perempuan?

As cakap, Farah ada minta no phone wani kat As masa dalam bus.. as predict mungkin farah kenal wani sebab selalu nampak wani kat aras blok As yang sama dengan dia.. (tambahan, aku dulu memang suka short pant kuar masuk bilik pergi toilet kat Blok As, mungkin ni jugak menjadi faktor attracted. HAHa. bajet kaki cantik. ;p)

Petang tu jugak aku suruh As tunjukkan bilik Farah mana satu, bilik Farah masa tu searas dengan bilik As kat blok B. aku datang bilik dia, dan masuk bilik dia, first time aku bersua muka dengan si Farah ni. Dia tak cakap apa, dia terdiri masa aku masuk bilik dia. Aku diam, dia diam buat beberapa saat. As pon ada dalam bilik tu. Aku Tanya “awak farah ke?”. Aku direct “awak ke Zaer?” aku pon tak ingat apa benda aku dah tanya dia waktu tu, sebab aku cuak gila, cm terkejut tak percaya jugak sebab waktu tu dah 2 bulan kot kawan dengan Zaer. Aku speechless, aku blah terus dari situ, balik ke bilik aku.

Zaer msg aku malam tu, maki aku ‘wanie, u attack kawan I, tuduh dia Zaer, u tak trust I ke?” WHAT A HELL? Come on! Dia boleh lagi nak menyamar tuh!!! Dia tuduh aku kawan yang paling teruk sebab tuduh orang yang bukan-bukan. Dia memang melenting abis kononnya aku dah malukan dia cakap dia dan farah orang yang sama..

Gila kan pompuan nih? Aku memang dah tahu Zaer tu Farah, so aku pon ‘melayan’ si Zaer ni cakap “sorry, my friend yang cakap Farah tu u.. I tak percaya sebab I know u well, I tak rasa Farah tu u, u r different” HAHA. Aku dah tahu dah, tapi saja nak kenakan dia balik. 

Waktu tu dah nak dekat exam, aku taknak libat kan As sebab taknak ganggu As nak study. So aku decide nak handle this crappy stuff all by myself..  Ak tak bagitahu As apa plan aku. Plan aku, nak pretend balik yang aku percaya Farah and Zaer orang berlainan. Aku nak kena kan dia balik sebab aku memang seorang pendendam. Once orang dah bodohkan aku, aku akan bodohkan dia balik. Once ada orang tikam aku, aku memang akan tikam dia balik dengan skru driver. Aku memang berpersonality camni. Pembalas dendam yang sangat kuat.

As sedih sebab aku masih melayan si ‘Zaer’ ni, at the same time aku even kawan dengan ‘Farah’. Ada sekali tu time outing kat Pacific, aku tahu Shakeel akan dating buat show yoyo hari tu, kebetulan Farah ajak kuar outing dengan dia. Aku setuju sebab nak kenakan Farah. The day we had outing, As Nampak aku ‘dating’ dengan farah, aku tahu As mesti dah ingat aku lesbian ke apa, sebab aku dengan Farah kebetulan pakai baju kaler putih dengan jeans biru, Ak dan farah terserempak dengan As kat Pacific. As jeling tajam kat aku, memang marah betul muka dia.. 

Masa aku outing denag farah, aku cakap dengan dia my bestfriend Shakeel dari KL dating buat show, so aku nak jumpa shakeel. Farah pon Nampak la aku ‘bermesra’ dengan Shakeel, borak-borak, gelak-gelak. Masa time makan denagn Farah, shakeel dah balik time tu, aku cerita kat Farah aku admire habis dengan Shakeel, Shakeel kawan lelaki yang paling paling aku sayang sangat. Aku compare kat Shakeel dengan Zaer, aku cakap kat Farah “wani lagi sayang kat Shakeel, buat apa si Zaer tu, dah la penakut nak tunjuk diri, wani kawan dengan Zaer tu terpaksa je..si Zaer pelembut tu? Tolonglah, wani buat pengisi masa lapang je..” Farah memang dah merah padam ar sebab macam marah dengan aku.. 

Balik dari outing tu Zaer msg aku “wanie, kawan I Farah cakap u jumpa kawan lelaki hari  ni ek? Bla blab la” si Zaer membebel panjang jeles sebab aku jumpa Shakeel. Ahaha. Aku memang dah gelak sakan time tu. Aku balas msg Zaer ckp, “eh, Farah tu saja je tau nak buat u jeles dengan I, I mana ada perasaan kat Shakeel, I always ingat kat u sorang je taw..” haha. aku memang sengaja nak putar belitkan si Farah dan Zaer orang yang sama tu.

Nak dipendekkan cerita, at the end masa final exam sem 2, aku berbaik dengan As.. panjang sangat la entry ni, nanti aku sambung part 2 ek kalo aku rajin. Ahaha. Anyway, aku nak share msg Farah yang dia sent kat aku beberapa tahun lepas..
 

boleh gila tak kalo ko tetibe dapat msg camni?

banyak lagi email dia yg camni, tak larat nak upload semua.

walaupon aku tak balas, dia still lagi reply, susah kan org camni?

msg msg ni semua dia hanta 18 March 2008, a day after my birthday

pastu ada pulak lirik lagu yang meremangkan nie..

aku pon balas email dia sebab dah bengang sangat..

aku bertambah bengang, lalu menggunakan ayat yang agak kasar dan menipu aku ada boyfriend. tapi this guy mmg aku kenal pon.. huhuhu.. leh jadi cam boyfriend aku gak la, tp ni dlu, skng tak tahu la dia ni hidup lagi ke tak.

dia reply

aku tak balas pas tu, tp dia still replying, u can see rite, she kinda have a two personality

ak tak reply, dia still hantar email, paksa aku kawan dengan dia.

again dia hantar email

again dia hantar, but aku tak pernah balas2 dah pastu.


 until up today. dia message aku kat FB. dia pakai akaun lain, sebab akaun lama dia aku dah blok. gila tak dia ni? 





Thank You. I'll becoming a Mental Health Nurse one day. i can handle so many psychiatric situation, but this one is quite the hardest one. anyway, why not right. i can at least do something so she can get back to normal??

she seems to have kinda two personality. kadang-kadang dia tulis macam emo, kadang2 dia soft spoken, aku tak retii nak predict apa emotion dia, aku tak tahu lah nak bagi diagnosis apa sebab aku bukan doctor.

banyak lagi aku tak cerita sebab memang terlalu banyak untuk dicerita, kalau aku rajin aku akan tulis lagi sambunag cerita camne semuanya berakhir..
Thank You Again for ruin my friendship with my best friend.
and thank you again, because of you, i am traumatized when it come to relationship kinda thing. 
thank you because of you i closed my heart for fell in someone. 
thank you to you again, i don't trust people anymore, i don't trust in friendship anymore.

cuz it scary when you know its ugly.. 

Friday, April 15, 2011

Stalker

tak tahu nak tulis ape.. cuma nak share video YouTube yang baru je aku lepas subscribed.
:D


hihi. (seriously sorry Shakeel I AM YOUR STALKER. can't help that. :)







oh ya,
FYI,
Yoyo Stalker is the first yo-yo ever designs and make in Malaysia are now available in the market.
Muhammad Shakeel Mohd Rose, a four times Malaysian Champion is responsible for the design and material selections - i just quoted this from vimeo.com gahahaha. ;p
another I-AM-proud-to-be-Malaysia. :D

i'm promoting u, so imma good stalker you noe. ;p
here are the links:





Monday, April 11, 2011

ice skating.. a new learner.

 
i fell in love.. and it was worth it.
hehe..
wat status fb camni, trus cousins dgn mak sedara ak kepoh. haha. msti cam bengang je kan kene tipu. actly nak ckp i fell in love with ice skating. dah lama plan nak main ice skating dgn cousins ak kat sunway aritu, tapi asik tak jadi je sebab masing2 busy.

so semalam sepatutnya ak, omet dgn efy plan nak men ice skating, tp efy lak cancel last minute, dia tak sihat..
rm20 was worth it. im not just learning to skate, but also to learn to falls and to stand up again and to feel how was the embarrassment when you fall, when people laugh at you, and you laugh at yourself back,  and you laugh to people when they fall, apa yg aku merepek ni ek??? hahaha


k, k, masa first time ak masuk je kat dalam court tu (panggil court ke??) 3 kali pusingan court tu ak pegang dinding je..  pastu ak tgk omet dah dgn pit kat tengah2.. ala.. omet boleh laa.. dia ada orang tu pimpinkan.. takpe,takpe.. fine. ak pon cuba untuk taknak pegang dinding, tapi still skate kat tepi je sebab selamat ada dinding.. rasa mcm dinding tu boleh selamatkan aku.






dah 2 kali pusing tanpa pegang, aku cuba control body masa meluncur dan mcm mana nak stop bila laju. sebenarnyakan men ice skating ni masa part nak mula dengan nak stop je yag payah.. once ko dah skate laju, senang je, tp bila nak stop, gedepukk ko jatuh bak nangka busuk. haha



so, apa yang penting kena blaja nak start dan nak stop camne. baru ko dikira dah pandai.. sepatutnya ak bawak stokin tebal lagi sbb memang sakit kaki la.. kaki aku merah2 pas abis main. kasut dia dah la berat nak mampus, baling anjing boleh mati.. masa meluncur tu, memang kene control  ankle, kalo ankle tak kuat, memang akan jatuh. lutut pon kne kuat jugak.. lutut aku menggigil sebab sejuk.. ak kan ada cold intolerance, tu yg asik jatuh je tu. huhuhu.

masa ak main ice skating, ak pgg tgn omet, omet pgg tgn pit. kitorang bertiga pon skating la dengan happynye. pastu tetibe abang guard tu datang ckp tak boleh bertiga, hanya boleh berdua.. sampai ati. so, ak pon skate la sorang2.. wuhuhu..sadis. tapi aclty aku gembira sbb skating sorang2. ak memang dari dulu sampai sekarang, memang suka buat apa pun sorang2. rasa independent tu kuat sgt.

bila aku jatuh, ada ramai je yg berdekatan yang give hand tolong aku, so, in real life, jangan takut kalau jatuh, sebab mesti ada yang akan tolong kita. pastu bila ada orang jatuh, aku pulak tolong dia, ada sorang budak  kecik ni terjatuh tergolek depan aku, aku tarik la dia untuk bangun balik, skali dengan aku skali jatuh. haha. tu la, konon poyo je nak tolong org, padahal sendiri pon lembik. haha.

but it was worth it laa.. rm20 tu, by the end memang aku dapat skating dengan laju tanpa pegang sapa2. tak perlu ada org utk guardian aku, kalau tak sampai bila kita akan berada di 'comfort zone' sebab taknak jatuh, sebab takkan belajar kalau takjatuh banyak kali. betul tak?? cewah.

dalam banyak-banyak games yg ak pernah belajar; bola jaring, bola tampar, hoki, tenis, squasy, karate-do, badminton, bowling. ice skating la yg paling best. sebab aku banyak jatuh. dan bila banyak jatuh, aku malu besar dengan baju dan seluar dah basah kena ice. tapi bila dah jatuh, aku bangun balik. hehe.

aku memang suka "jatuh". kalau aku tak "jatuh", aku takkan "bangun".

Friday, April 8, 2011

patient marah-marah, lepas kat nurse

first time aku ternangis sebab patient harini.. bkan sbb kesian sbb dia sakit ke apa, tapi tak taw la nak describe camne pasal apa aku trnanges. tak taw la arini mungkin aku sensitif kot.. arini cam hormonal imbalance kot sbb tgh Full Moon.

hari ni hari last day ak posting management kat ward medical 1. kiranya hari terakhir juga aku sbgai student nurse kat wad, pasni dah takda posting. terus exam then insyaAllah kerja. 
aku incharge 2 patients je harini sbb semua student naik pagi, so jadi ramai.., termasuk hari ni, dah 3 hari la incharge patient yg sama ni, so ak nampak la progression setiap patient yg ak incharge..

satu patient ni, sangat peramah, sangat friendly, suka buat lawak plak tu. 2 hari lepas dia ok je, sangat friendly. tapi semalam dia buat biopsy, mungkin dia dah marah kat doktor yg buat biopsy tu kot so dia lepas marah kat aku.. dia tak la marah aku, tapi dia membebel sampai insulting aku. 

semalam ada satu wanita melayu ni, datang melawat dia, FYI, patient ni Indian la, uncle. wanita tu tutup skrin, relative patient ni cakap wanita tu "bomoh" nak "ubat" patient ni. gaya macam Ustazah. bukan "bomoh" la, bomoh tu term macam tak sedap, tapi mereka ni India, mana taw beza Bomoh dgn Ustaz/Ustazah ke, mereka sebut "bomoh" je la senang. 

Sepanjang sejam tu, waktu tu pon waktu melawat, dan waktu kitornag sibuk tengah wat Nursing Report sebelum pass report, so ak takdela nak kacau tengok apa ustazah tu buat, tapi ak kat luar skrin, dapat bau la limau kasturi dari dalam skrin kat bed patient tu.

nak pendekkan cerita, selepas sejam tu, ustazah tu balik, pastu masa kita nak pass report dalam kol 2 tu, patient tu bagitaw nurse dgn doktor yg dia taknak buat excision biopsy under LA kat OT haritu. sebab dia cakap 'lady' yg ubat dia cakap jgn buat.. dah pulak..
doktor pon explain la pasal biopsy tu penting utk dia, susah nak book procedure camni, panjang melebar kita pujuk dia, pastu dia setuju nak buat..

pastu harini, sepanjang ak jaga dia, dia membebel kat aku, "aku lagi bagus mati kat hospital ni", "pesakit lain masuk, pastu dapat balik, aku dah berbulan hospital ni tarik-tarik aku duk dalam hospital ni tak kasi-kasi balik" "ingat aku bodoh ke, doktor buat itu, buat ini, korek sana, korek sini, ambik la badan aku ni, buat experiement, buat research, tapi aku tak baik-baik jugak. sana tiub-sini tiub, tak boleh nak jalan, baik aku mampus je lagi bagus" FYI patient ni dah metastatic Adenocarcinima, so semalam dia buat la biopsy kat axillary, tu yg dia kena "korek-korek" kat axillary tu. dia pakai ryles tube sbb lymph  nodes dia swollen, dia tak boleh nak menelan. dia ada nephrostomy tube kat both side , pastu of course la ada IV Drip.

"doktor ambil sample tu, ambil sample ni, aku bukan tikus. aku mintak result, tak bagi-bagi sampai skarang. aku ni sakit apa? buatan orang. masa buat biospy, berborak-borak sakan macam handle aku ni haiwan"  "ingat aku bodoh ke, aku ni boleh politik taw boleh sue hospital ni, procedur tak sistematik, muka berlagak pandai, tapi bodoh otak takda" - camni la lebih kurang ayat dia.,

masa dia membebel tu, masa aku tengah bagi Ryles tube feeding kat dia, sepanjang dia meluahkan rasa tak puas hati tu, aku dengar je la, pastu aku cuba pujuk-pujuk dia cakap "uncle jangan la cakap camtu" "jangan give up, kita kat sini tak give up jaga uncle pon" lagi aku pujuk, lagi dia cakap benda yang menyakitkan hati aku  macam "aku dah give up pon, kalau tak give up dah lama balik,baik aku mati kat sini, baru kau orang gembira". "kau orang kejam kat aku, aku tak boleh kejam balik?" "pasni aku taknak pergi toilet, biar aku berak kat katil ni, biar kau cuci, bagi kau orang penat jaga aku. ha ni, pastu tukar cadar katil aku, kasi bersih sikit, jangan nak nak malas, tak payah nak kasi muka kat kau orang ni, makan gaji, dah ada status, berlagak". semalam aku bawak dia pergi toilet dengan wheelchair, so dia boleh je ambulating dengan bantuan.. 
tapi bila dia cakap macam tu, aku dah rasa down betul..  aku dah jaga dia 3 hari, bawak dia gi toilet, bagi susu, tukar pampers, cuci luka dia, macam-macam lagi, kita ni lagi la tak dapat gaji pon jaga dia taw, sebab kita ni student. dia cakap camtu, macam kita ni pencacai ke apa...

time tu, patient melayu kat sebelah dia, pujuk gak dia, cakap "uncle jangan la cakap macam tu kat nurse, dia dah jaga uncle, dia tak buat salah pon kat uncle, uncle cuba la tanya doktor nape uncle tak boleh balik lagi.."

time uncle tu tengah "hina" aku, aku tengah pakai mask,,, aku diam je..mata dah bergenang ni..encik kat sebelah tu pon mcm ternampak aku diam je..mungkin dah perasan aku cam nak nangis kot." ak terus dengar je la orang tu membebel, dia pon tengah sakit.. so aku paham la.. dia cakap camtu sbab dia tengah marah dia dah duk lama sangat kat hospital.. ikutkan dia baik orangnya.. tapi pas bagi feeding tu, aku gi toilet.. sebab dah terberderai dah air mata ni..

tu lah ceritanya.. mungkin aku ni sensitif sikit kot harini.. selalunya tak camni... cuma aku sedih gak la aku ni tak pandai nak pujuk patient kot.. aku dah pujuk macam-macam dah, cuba tukar topik dengan uncle tu, cuba tanya dia tinggal mana, "uncle suka makan apa? nanti saya belikan untuk uncle" dia cakap "tak payah, aku tannak makan, biar mampus" "uncle punya kaki macam dah improve la uncle, nanti kita jalan pergi toilet lagi ye kasi exercise sikit" - sebab dia ada DVT, dia cakap " aku taknak pergi toilet, biar aku berak kat sini kau cuci".

hadoih ai uncle... betul-betul menguji aku harini.. aku memang fail lah jadi mental health nurse. dah banya cara guna nak pujuk dia pon, at last aku yang tersakit jiwa...

sebab dia patient, silakan lah marah nurse, silakan hina nurse, sebab dia patient.. dia tengah sakit.. maka, nurse la tempat dia nak geram, dan lepas marah.. apa lagi tugas nurse kalau bukan sebagai tempat untuk meluahkan "perasaan", perasaan marah dan geram tu... itu la tugas nurse.. kena bertahan dan bersabar je lah mendengar... 

so tugas hirini telah mengajar aku dan menguji aku menjadi nurse yang penyabar bila patient hina kita.. 
tapi nampaknya aku masih tak boleh lagi kawal perasaan aku.. 
Wsalam.