Friday, April 8, 2011

patient marah-marah, lepas kat nurse

first time aku ternangis sebab patient harini.. bkan sbb kesian sbb dia sakit ke apa, tapi tak taw la nak describe camne pasal apa aku trnanges. tak taw la arini mungkin aku sensitif kot.. arini cam hormonal imbalance kot sbb tgh Full Moon.

hari ni hari last day ak posting management kat ward medical 1. kiranya hari terakhir juga aku sbgai student nurse kat wad, pasni dah takda posting. terus exam then insyaAllah kerja. 
aku incharge 2 patients je harini sbb semua student naik pagi, so jadi ramai.., termasuk hari ni, dah 3 hari la incharge patient yg sama ni, so ak nampak la progression setiap patient yg ak incharge..

satu patient ni, sangat peramah, sangat friendly, suka buat lawak plak tu. 2 hari lepas dia ok je, sangat friendly. tapi semalam dia buat biopsy, mungkin dia dah marah kat doktor yg buat biopsy tu kot so dia lepas marah kat aku.. dia tak la marah aku, tapi dia membebel sampai insulting aku. 

semalam ada satu wanita melayu ni, datang melawat dia, FYI, patient ni Indian la, uncle. wanita tu tutup skrin, relative patient ni cakap wanita tu "bomoh" nak "ubat" patient ni. gaya macam Ustazah. bukan "bomoh" la, bomoh tu term macam tak sedap, tapi mereka ni India, mana taw beza Bomoh dgn Ustaz/Ustazah ke, mereka sebut "bomoh" je la senang. 

Sepanjang sejam tu, waktu tu pon waktu melawat, dan waktu kitornag sibuk tengah wat Nursing Report sebelum pass report, so ak takdela nak kacau tengok apa ustazah tu buat, tapi ak kat luar skrin, dapat bau la limau kasturi dari dalam skrin kat bed patient tu.

nak pendekkan cerita, selepas sejam tu, ustazah tu balik, pastu masa kita nak pass report dalam kol 2 tu, patient tu bagitaw nurse dgn doktor yg dia taknak buat excision biopsy under LA kat OT haritu. sebab dia cakap 'lady' yg ubat dia cakap jgn buat.. dah pulak..
doktor pon explain la pasal biopsy tu penting utk dia, susah nak book procedure camni, panjang melebar kita pujuk dia, pastu dia setuju nak buat..

pastu harini, sepanjang ak jaga dia, dia membebel kat aku, "aku lagi bagus mati kat hospital ni", "pesakit lain masuk, pastu dapat balik, aku dah berbulan hospital ni tarik-tarik aku duk dalam hospital ni tak kasi-kasi balik" "ingat aku bodoh ke, doktor buat itu, buat ini, korek sana, korek sini, ambik la badan aku ni, buat experiement, buat research, tapi aku tak baik-baik jugak. sana tiub-sini tiub, tak boleh nak jalan, baik aku mampus je lagi bagus" FYI patient ni dah metastatic Adenocarcinima, so semalam dia buat la biopsy kat axillary, tu yg dia kena "korek-korek" kat axillary tu. dia pakai ryles tube sbb lymph  nodes dia swollen, dia tak boleh nak menelan. dia ada nephrostomy tube kat both side , pastu of course la ada IV Drip.

"doktor ambil sample tu, ambil sample ni, aku bukan tikus. aku mintak result, tak bagi-bagi sampai skarang. aku ni sakit apa? buatan orang. masa buat biospy, berborak-borak sakan macam handle aku ni haiwan"  "ingat aku bodoh ke, aku ni boleh politik taw boleh sue hospital ni, procedur tak sistematik, muka berlagak pandai, tapi bodoh otak takda" - camni la lebih kurang ayat dia.,

masa dia membebel tu, masa aku tengah bagi Ryles tube feeding kat dia, sepanjang dia meluahkan rasa tak puas hati tu, aku dengar je la, pastu aku cuba pujuk-pujuk dia cakap "uncle jangan la cakap camtu" "jangan give up, kita kat sini tak give up jaga uncle pon" lagi aku pujuk, lagi dia cakap benda yang menyakitkan hati aku  macam "aku dah give up pon, kalau tak give up dah lama balik,baik aku mati kat sini, baru kau orang gembira". "kau orang kejam kat aku, aku tak boleh kejam balik?" "pasni aku taknak pergi toilet, biar aku berak kat katil ni, biar kau cuci, bagi kau orang penat jaga aku. ha ni, pastu tukar cadar katil aku, kasi bersih sikit, jangan nak nak malas, tak payah nak kasi muka kat kau orang ni, makan gaji, dah ada status, berlagak". semalam aku bawak dia pergi toilet dengan wheelchair, so dia boleh je ambulating dengan bantuan.. 
tapi bila dia cakap macam tu, aku dah rasa down betul..  aku dah jaga dia 3 hari, bawak dia gi toilet, bagi susu, tukar pampers, cuci luka dia, macam-macam lagi, kita ni lagi la tak dapat gaji pon jaga dia taw, sebab kita ni student. dia cakap camtu, macam kita ni pencacai ke apa...

time tu, patient melayu kat sebelah dia, pujuk gak dia, cakap "uncle jangan la cakap macam tu kat nurse, dia dah jaga uncle, dia tak buat salah pon kat uncle, uncle cuba la tanya doktor nape uncle tak boleh balik lagi.."

time uncle tu tengah "hina" aku, aku tengah pakai mask,,, aku diam je..mata dah bergenang ni..encik kat sebelah tu pon mcm ternampak aku diam je..mungkin dah perasan aku cam nak nangis kot." ak terus dengar je la orang tu membebel, dia pon tengah sakit.. so aku paham la.. dia cakap camtu sbab dia tengah marah dia dah duk lama sangat kat hospital.. ikutkan dia baik orangnya.. tapi pas bagi feeding tu, aku gi toilet.. sebab dah terberderai dah air mata ni..

tu lah ceritanya.. mungkin aku ni sensitif sikit kot harini.. selalunya tak camni... cuma aku sedih gak la aku ni tak pandai nak pujuk patient kot.. aku dah pujuk macam-macam dah, cuba tukar topik dengan uncle tu, cuba tanya dia tinggal mana, "uncle suka makan apa? nanti saya belikan untuk uncle" dia cakap "tak payah, aku tannak makan, biar mampus" "uncle punya kaki macam dah improve la uncle, nanti kita jalan pergi toilet lagi ye kasi exercise sikit" - sebab dia ada DVT, dia cakap " aku taknak pergi toilet, biar aku berak kat sini kau cuci".

hadoih ai uncle... betul-betul menguji aku harini.. aku memang fail lah jadi mental health nurse. dah banya cara guna nak pujuk dia pon, at last aku yang tersakit jiwa...

sebab dia patient, silakan lah marah nurse, silakan hina nurse, sebab dia patient.. dia tengah sakit.. maka, nurse la tempat dia nak geram, dan lepas marah.. apa lagi tugas nurse kalau bukan sebagai tempat untuk meluahkan "perasaan", perasaan marah dan geram tu... itu la tugas nurse.. kena bertahan dan bersabar je lah mendengar... 

so tugas hirini telah mengajar aku dan menguji aku menjadi nurse yang penyabar bila patient hina kita.. 
tapi nampaknya aku masih tak boleh lagi kawal perasaan aku.. 
Wsalam.

No comments: