Wednesday, April 27, 2011

Pengalaman Mengerikan masa di MAtriks.

Dah lama sangat aku nak share cite ni, satu cerita ketika aku blajar kat Matrik Penang dulu.. ketika aku agak bodoh-bodoh lagi terjerat didalam percintaan dengan Farah.. OPPSSS!!! What a hell??? FARAH? Yeah a girl name farah, who was pretending being a guy name Zaer..

Kalo ada penerbit buku novel baca entry ni, kompem boleh offer aku tulis novel. Kalau penerbit filim jumpa entry no, kompem aku ditawarkan berlakon jadi watak ‘innocent girl fall in love..’. GAHahahahaha!!!
Ceritanya bermula ketika aku di semester 2 kat Matrik Penang. Aku ada kawan baik bernama Asmidar, ada entry pasal bestriend aku ni kat sini . dulu masa study waktu malam, aku suka tidur bilik As sebab kitorang study sampai lewat malam.. As duduk blok B, aku dudk blok D. kadang-kandang aku tompang mandi kat blok D.
Satu hari ni, ada seorang lelaki message aku, dia cakap nak kenal aku. Nama dia Zaer. Budak fizikal. Time tu aku amik kos hayat (biology science), waktu tu aku kat kampong. So, mcm bias ear, kalo ada orang nak berkenalan, aku akan Tanya soalan pertama iaitu “siapa bagi no saya kat awak?”. Dia reply ckp taknak bagitaw la, kawan dia bagi, taknak sebut nama kawan dia.. aku memang pantang betul kalo ade orang message tapi taknak bagitahu siapa bagi no aku, so aku cakap la, “kalau taknak bagitahu, sorry ar, saye tak layan”. Pastu memang dia msg memang mcm tahap lelaki yang dah jatuh cinta gila gila la kat aku. Ckp aku ni cantik la, dia cakap dia slalu Nampak aku pergi kuliah, pakai baju kurung, Nampak sweet. Seriously, dia memang pandai jadi lelaki sebab dia pandai amik hati aku. Aku pon bodoh jugak pergi sambung layan dia, padahal dah cakap taknak layan.. tapi kan, memang aku tak balas msg dia walaupon dia msg banyak2, tapi dia keep continue sending message. 

Yang memang tak boleh blah nya dia cakap dia ni anak Tan Sri mana ntah. Bercinta dengan anak wakil rakyat mana ntah dan bnyk la lagi dia create cerita.Waktu tu cuti semester 1, bila naik sem 2, dia masih lagi continue msg aku, kadang2 aku balas bila takda apa nak buat, kdg2 aku buat bodo tak balas. Aku bersyukur jugak akuu pernah buat satu perjanjian sebelum masuk matrix, aku taknak bercinta, or jatuh cinta masa blaja kat matrix. Aku nak focus study. Aku pernah cakap kat mama ak, “ma, kalo wani bercinta masa blaja kat matrix, wani kena sambar petir”. Haha. Boleh plak kan bersumpah macam tu..

So, aku memang pertahankan diri aku la dari terjatuh cinta dengan Zaer nie.. tapi still balas membalas msg dengan dia sebab kadang2 mse study aku rase bosan. Dia msg, aku balas. Masa naik sem 2, aku bagitahu dia aku nak jumpa dia, dia bagi banyak alasan cakap dia dapat tawaran kat Australia, x dapat jumpa aku. Pernah satu hari tu, aku ugut taknak balas msg dia dah kalau aku tak jumpa dia. Pastu dia pon deal nak jumpa aku kat library waktu petang. Seperti yang dia janjikan, aku pon tunggu la kat library, tapi dia tak muncul2, malam tu dia msg aku tak balas, then dia cakap sorry la, ada hal la bagai.. aku memang dah give up banyak kali dah nak lost contact dengan dia, tapi dia keep messaging aku dan sampai satu hari tu dia call aku.Time dia call, aku dengar suara halus macam suara siti nurhaliza.. seriously lembut perempuan lembut yang lain pon kalah la, memang lembut gila gila, aku pon tak selembut camtu. 

Waktu tu, aku boleh terima fakta “ada lelaki lembut, gentle yang segan nak jumpa aku yang betul-betul nak berkenalan dengan aku” – HAHA. Siyes, aku boleh terima. Aku tak kisah kalo lelaki tu lembut ke, pendek ke, gemuk ke, as long as aku selesa dengan dia, so why not rite? So aku pon terus la berkawan dengan dia.  Pernah sekali tu, aku dah give up taknak kawan dengan dia sebab dia taknak tunjukkan diri, aku tak balas msg dia, dia hantar chocolate Ferreroroche dengan Teddy Bear kat aku. Dia sangkut teddy dgn choco tu kat pintu bilik aku. 

Pernah jugak skali tu, dia top up kan aku sebab nak aku balas msg dia. Hadoih, siyesly, aku betul2 meluat kalo ada lelaki yang tak bosan2 msg aku, aku bosan tau. Pastu bila dia dah top up kan, rasa bersalah ar tak balas. Tapi balas msg dlm keadaan terpaksa ar.
Nak dipendekkan cerita, sampai la one day ni, time tu exam Muet, dia call aku waktu lunch, aku dengar melalui earfon, so aku bagi As dengar suara dia sebab aku cerita semua between aku dgn dia kat As kawan baik aku ni. As macam terkejut beruks dengar suara ‘Zaer’ kat earfon time aku berborak dengan dia. As cakap dia kenal suara tu, dia taknak bagitahu sebab tak sure. Waktu tu exam paper Muet, aku rasa sebab hal nil ah, muet aku agak hancus.. haha~ 

Lepas abis exam petang tu, aku insist As bagitaw suara siapa tu since dia ckp dia kenal. As pon bagitahu, dia ada kawan nama Farah yang slalu balik Johor dengan dia naik Bus yang suara sama dgn Zaer. Aku tak percaya bila As cakap ‘Farah’ what a hell? Apasal plak nama perempuan?

As cakap, Farah ada minta no phone wani kat As masa dalam bus.. as predict mungkin farah kenal wani sebab selalu nampak wani kat aras blok As yang sama dengan dia.. (tambahan, aku dulu memang suka short pant kuar masuk bilik pergi toilet kat Blok As, mungkin ni jugak menjadi faktor attracted. HAHa. bajet kaki cantik. ;p)

Petang tu jugak aku suruh As tunjukkan bilik Farah mana satu, bilik Farah masa tu searas dengan bilik As kat blok B. aku datang bilik dia, dan masuk bilik dia, first time aku bersua muka dengan si Farah ni. Dia tak cakap apa, dia terdiri masa aku masuk bilik dia. Aku diam, dia diam buat beberapa saat. As pon ada dalam bilik tu. Aku Tanya “awak farah ke?”. Aku direct “awak ke Zaer?” aku pon tak ingat apa benda aku dah tanya dia waktu tu, sebab aku cuak gila, cm terkejut tak percaya jugak sebab waktu tu dah 2 bulan kot kawan dengan Zaer. Aku speechless, aku blah terus dari situ, balik ke bilik aku.

Zaer msg aku malam tu, maki aku ‘wanie, u attack kawan I, tuduh dia Zaer, u tak trust I ke?” WHAT A HELL? Come on! Dia boleh lagi nak menyamar tuh!!! Dia tuduh aku kawan yang paling teruk sebab tuduh orang yang bukan-bukan. Dia memang melenting abis kononnya aku dah malukan dia cakap dia dan farah orang yang sama..

Gila kan pompuan nih? Aku memang dah tahu Zaer tu Farah, so aku pon ‘melayan’ si Zaer ni cakap “sorry, my friend yang cakap Farah tu u.. I tak percaya sebab I know u well, I tak rasa Farah tu u, u r different” HAHA. Aku dah tahu dah, tapi saja nak kenakan dia balik. 

Waktu tu dah nak dekat exam, aku taknak libat kan As sebab taknak ganggu As nak study. So aku decide nak handle this crappy stuff all by myself..  Ak tak bagitahu As apa plan aku. Plan aku, nak pretend balik yang aku percaya Farah and Zaer orang berlainan. Aku nak kena kan dia balik sebab aku memang seorang pendendam. Once orang dah bodohkan aku, aku akan bodohkan dia balik. Once ada orang tikam aku, aku memang akan tikam dia balik dengan skru driver. Aku memang berpersonality camni. Pembalas dendam yang sangat kuat.

As sedih sebab aku masih melayan si ‘Zaer’ ni, at the same time aku even kawan dengan ‘Farah’. Ada sekali tu time outing kat Pacific, aku tahu Shakeel akan dating buat show yoyo hari tu, kebetulan Farah ajak kuar outing dengan dia. Aku setuju sebab nak kenakan Farah. The day we had outing, As Nampak aku ‘dating’ dengan farah, aku tahu As mesti dah ingat aku lesbian ke apa, sebab aku dengan Farah kebetulan pakai baju kaler putih dengan jeans biru, Ak dan farah terserempak dengan As kat Pacific. As jeling tajam kat aku, memang marah betul muka dia.. 

Masa aku outing denag farah, aku cakap dengan dia my bestfriend Shakeel dari KL dating buat show, so aku nak jumpa shakeel. Farah pon Nampak la aku ‘bermesra’ dengan Shakeel, borak-borak, gelak-gelak. Masa time makan denagn Farah, shakeel dah balik time tu, aku cerita kat Farah aku admire habis dengan Shakeel, Shakeel kawan lelaki yang paling paling aku sayang sangat. Aku compare kat Shakeel dengan Zaer, aku cakap kat Farah “wani lagi sayang kat Shakeel, buat apa si Zaer tu, dah la penakut nak tunjuk diri, wani kawan dengan Zaer tu terpaksa je..si Zaer pelembut tu? Tolonglah, wani buat pengisi masa lapang je..” Farah memang dah merah padam ar sebab macam marah dengan aku.. 

Balik dari outing tu Zaer msg aku “wanie, kawan I Farah cakap u jumpa kawan lelaki hari  ni ek? Bla blab la” si Zaer membebel panjang jeles sebab aku jumpa Shakeel. Ahaha. Aku memang dah gelak sakan time tu. Aku balas msg Zaer ckp, “eh, Farah tu saja je tau nak buat u jeles dengan I, I mana ada perasaan kat Shakeel, I always ingat kat u sorang je taw..” haha. aku memang sengaja nak putar belitkan si Farah dan Zaer orang yang sama tu.

Nak dipendekkan cerita, at the end masa final exam sem 2, aku berbaik dengan As.. panjang sangat la entry ni, nanti aku sambung part 2 ek kalo aku rajin. Ahaha. Anyway, aku nak share msg Farah yang dia sent kat aku beberapa tahun lepas..
 

boleh gila tak kalo ko tetibe dapat msg camni?

banyak lagi email dia yg camni, tak larat nak upload semua.

walaupon aku tak balas, dia still lagi reply, susah kan org camni?

msg msg ni semua dia hanta 18 March 2008, a day after my birthday

pastu ada pulak lirik lagu yang meremangkan nie..

aku pon balas email dia sebab dah bengang sangat..

aku bertambah bengang, lalu menggunakan ayat yang agak kasar dan menipu aku ada boyfriend. tapi this guy mmg aku kenal pon.. huhuhu.. leh jadi cam boyfriend aku gak la, tp ni dlu, skng tak tahu la dia ni hidup lagi ke tak.

dia reply

aku tak balas pas tu, tp dia still replying, u can see rite, she kinda have a two personality

ak tak reply, dia still hantar email, paksa aku kawan dengan dia.

again dia hantar email

again dia hantar, but aku tak pernah balas2 dah pastu.


 until up today. dia message aku kat FB. dia pakai akaun lain, sebab akaun lama dia aku dah blok. gila tak dia ni? 





Thank You. I'll becoming a Mental Health Nurse one day. i can handle so many psychiatric situation, but this one is quite the hardest one. anyway, why not right. i can at least do something so she can get back to normal??

she seems to have kinda two personality. kadang-kadang dia tulis macam emo, kadang2 dia soft spoken, aku tak retii nak predict apa emotion dia, aku tak tahu lah nak bagi diagnosis apa sebab aku bukan doctor.

banyak lagi aku tak cerita sebab memang terlalu banyak untuk dicerita, kalau aku rajin aku akan tulis lagi sambunag cerita camne semuanya berakhir..
Thank You Again for ruin my friendship with my best friend.
and thank you again, because of you, i am traumatized when it come to relationship kinda thing. 
thank you because of you i closed my heart for fell in someone. 
thank you to you again, i don't trust people anymore, i don't trust in friendship anymore.

cuz it scary when you know its ugly.. 

14 comments:

Amira said...

OMG THIS STORY IS FASCINATING! Someone needs to make a movie out of this! :D No, seriously. Will there be like a follow-up on this post anytime soon? I wonder how's that girl doing now. I'm such a curious person. Haha

norshazwani nasaruddin said...

thnak u (:
yup, there will be a continue on this entry. but not in this 2 weeks la since im having an exam at d moment.. =)

im gonna let go everything that had been buggin inside my heart/mind, so pls wait patiently :D

i'll tell about, 'pergaduhan seminggu sebelum final exm' ,
'kes cincin dan birthday cake', dan jugak kes
'another victims yg jadi mangsa penyamaran dia'.

:D

dila said...

OMIGOSH CAN'T WAIT!! :B

Amira said...

:O Can't wait! Haha, I posted the link to this entry on my fb wall btw. Hope you don't mind :)

norshazwani nasaruddin said...

hahaha. sure i dont mind. its not a secret anymore :D

mimijaja said...

OMG menakutkan!!!! seriously haha

dila said...

hehe can't wait for the sequel LOL.

norshazwani nasaruddin said...

thanks y'all for reading.. somehow this burden felt a bit released now since i can share. =))))))

Atashi no Negai said...

OMG!! look forward for the sequal. kinda like reading a novel!! very dramatic..^,^

Suhana Samsudin said...

lol.dahsyat giler.seramnye kalo kena macam tu.huuu

SnowhiteQueen said...

cpt2.....publish
'pergaduhan seminggu sebelum final exm' ,
'kes cincin dan birthday cake', dan jugak kes
'another victims yg jadi mangsa penyamaran dia'
aku da xsbr ni......mcm bc novel plak

norshazwani nasaruddin said...

k, part 2 dah keluar. haha.
sorry lambat sangat nak kuar part 2,
entry agak panjang, kalo nak baca jangan rush la, kalo tak, tak paham nti. haha. thank you again for reading.
=)

http://wanieamylee.blogspot.com/2011/05/pengalaman-mengerikan-masa-di-matriks.html

Puteri Syazwani said...

dasyat giler woo...takut aku..lesbian..

Puteri Syazwani said...

dasyat giler ler...lesbian ke apa bdk tu...hhaha