Wednesday, May 25, 2011

Pengalaman Mengerikan masa di MAtriks (part 2)

sorry sorry sorryy sangat2 sebab lambat tulis part 2 untuk cerita pengalaman di matriks, tak sangka plak ramai yang request nak tahu sambungan cerita tu. huhu
k, sesape yang belum baca part 1, sila click sini.
kalau tak, korang takkan paham cerita ni. and MANY THANKS AGAIN yang sudi baca entry part 1 dan part 2 nih, aku ingatkan cerita aku macam boringg. tp macam boring la jugakkan, kecuali mereka yang suka baca novel, maybe boleh la endure this kinda long entry. ahahaha ;p

PART 2.

semua cerita ni berlaku masa aku naik sem 2. dalam hati aku memang aku nak attack je fara ni, nak stop semua ni, tapi rasa dendam tu lebih kuat dari rasa nak berhenti. aku terus kawan dengan dia, at the same time, aku hilang kawan-kawan baik aku, sebab aku rasa kawan2 aku macam dah salah faham dengan aku. mungkin diorang ingat aku ni jahat dan lesbian kot. diorang tahu fara dah tipu aku, tapi aku still kawan dengan fara, diorang mungkin ingat aku suka perempuan. masa sem 2 kat matrik, aku withdraw dari kawan2 praktikum aku especially As, aku duduk baris depan dalam dewan kuliah, aku duduk sorang2 dalam kelas, aku tak sure sama ada aku yang withdraw atau kawan2 aku yang dah taknak kawan aku..

aku terus berpura-pura kawan dengan fara, sampai la satu masa tu, dua bulan sebelum final, aku give up, aku cakap dengan zaer, aku dah taknak kawan dengan dia, aku cakap dengan fara, aku taknak kawan dengan dia, sebab aku nak fokus study untuk final sem.. masa tu, aku still lagi tak berkawan balik dengan As dan budak praktikum aku. masih lagi withdraw diri sendiri.. Fara dengan Zaer terus menerus message aku, tapi aku tak balas, dan sampai lah dia dah bosan kot, sebab aku tak balas, dia pon terus senyap..aku sepanjang kawan dengan fara, tiap2 kali pas solat berdoa supaya dia ni berubah dan bukak hati untuk berhenti menipu aku. aku boleh terima berkawan dengan dia, but not base on lie.

sampai la sebulan kot, dia tak kacau aku dah..aku dengan hidup aku, study je.tiap kali balik kuliah, aku akan balik bilik, study. malam pon study. masa time ni, aku dengan roomate aku bergaduh besar.. aku taknak cerita kat sini, nanti lagi panjang plak. dua orang housemate aku  budak fizik, sorang ni gaduh dengan kitorang berdua sampai tukar bilik. so tinggaal la aku dengan shaz, tapi shaz pon asik ada study group malam2, so aku sorang je la tinggal sorang2 kat bilik bila malam. siyesly, hidup aku bosan, takda kawan nak borak. slalunya time tu aku study dengan As kat bilik dia, tapi aku gaduh dengan dia time tu, so ak study sorang2..  masa time ni, ada budak fizik, lelaki nak kenal dengan aku. tapi aku taknak, sebab dah trauma kot.. dia kawan shaz, dia minta izin aku nak no tepon aku dari shaz, dia macam ok, tapi waktu tu, aku dah macam tertutup pintu hati kot sebab bila fikir, senang betul oranag nak bodohkan aku macam apa yang zaer/fara dah buat kat aku. aku rasa tak berani nak kawan dengan mana2 lelaki  buat masa tu. tapi aku memang bodoh, bila aku fikir skang budak fizik tu memang honestly nak kawan dengan aku. huhu. =(

aku tak ingat camne aku boleh gaduh dengan As, kitorang tak bercakap agak lama, hampir sampai akhir sem.
memang aku mengaku aku berubah masa kat matrik masa akhir tahun sebab benda ni semua, orang ingat jahat kan, fine! aku jadi jahat. korang ingat aku dah terpesong kan, fine, aku jadi jahat. maksud aku jadi jahat kat sini, aku berubah. to be truth, aku tak ada kekuatan lagi nak cakap benda ni, tapi aku cakap jugak, sebab aku menyesal attitude aku mcm tu.. maksud aku jahat tu, aku freehair. aku geram, aku peduli apa korang nak cakap, bila once oranag dah cakap aku jahat, aku memang akan jadi jahat. last time aku freehair masa kat sekolah, especially masa latihan karate do dan masa sukan, sebab dulu pon sekolah perempuan, bila naik matrik, aku ingat taknak dah freehair, nak berubah, tapi bila benda ni dah jadi kat aku, aku geram, aku nak marah, nak memberontak. AKU NAK TUNJUKKAN DIRI AKU JAHAT SEBAB ORANG DAH COP AKU JAHAT. KORANG SEMUA SALAHKAN AKU, SEMUA PANDANG SEMACAM KAT AKU. aku geram, aku geram lagi kenapa kawan2 aku tak lansung nak support aku, malahan ingat aku ni jahat.
tapi, sampai sekarang aku menyesal, sebab aku freehair.. aku menyesal ok.. saat ni aku dah menangis bila aku tulis entry nie.. kalau la aku boleh pusing masa..aku taknak buat perangai macam tu lagi.. tapi dah terlambat.. dah jadi sejarah.. korang mungkin akan terus ingat aku jahat.. 

sepanjang satu bulan aku lost contact dengan fara/zaer, ada benda pelik berlaku kat sekitar aku. contohnya, bila aku gi kafe, ada beberapa budak perempuan yang aku tak kenal, jeling2 tajam kat aku macam marah, macam nak cari gaduh. pernah sekali tu, masa aku beli burger kat kafe B waktu malam (time ni aku freehair), ada sorang girl ni langgar bahu aku tapi tak toleh belakang or minta maaf ke apa, memang macam sengaja langgar bahu aku, ada juagak selaki tu masa lunch aku beli makanan, ada dua tiga orang tengah berborak sambil pandang aku, jeling2 buat muka meluat.. aku tak kenal pon diorang. aku ada buat salah ke sampai diorang wat camtu?

sampai la satu hari ni, ada sorang pompuan datang bilik aku ketuk pintu, time tu aku tengah buat latihan kimia, dia ketuk pintu, aku bukak, dia tanya,
"awak wanie ke?" aku pon jawab la ya, kenapa? "em, saya A, kawan M, awak busy ke,nak tanya sesuatu kat awak la.." (aku tak ingat nama dia dan si M ni apa, so konon2 la nama dia A dan M k)
waktu tu dia (A) kat luar pintu, dia tanya aku, awak kenal zaer ke?" once bila dia cakap nama Zaer tu, aku terkejut betul, dah sebulan aku tak tahu apa cerita si Zaer/Fara, tetiba pulak muncul seseorang yang tanya aku nama tu. aku terus tarik si A masuk bilik aku utk continue borak dengan dia.

aku cakap kat dia, "emm..kenal.. napa ek???" aku nak dengar cerita dia dulu, so, aku tanya dia. dia pon cerita la.. " takde la, kawan baik saya ni, M, girlfriend Zaer, baru je diorang ni couple sebulan camtu, tapi masalahnya si Zaer ni, selalu buat M marah la. Zaer slalu cerita pasal Wanie. cakap, wanie ni sopan dan cantik la, puji wani itu ini, Zaer dah couple dengan M, takyah la nak cerita pasal pompuan lain. tu saya tertanya2 siapa wani ni sampai la saya jumpa awak skang ni. Zaer slalu cerita pasal wanie kat M, dan M slalu cerita kat kitorang (kawan2 M)".

aku pon tanya la dia balik, "emm,zaer cerita pasal saya pasal apaa ek kat korang???"

dia jawab,
"zaer bagitahu wani ni ex-girlfriend dia, dulu wani slalu dating dengan dia, Zaer pernah bawak wani gi jalan2 waktu malam, Zaer cerita yang dia pernah kiss wani kat leher (SIYESLY! AKU NAK MUNTAH TULIS NIH!!!), dia pernah tengok wani pakai sexy, wani sangat friendly, cantik, penyayang, suka makan tu, suka buat ni, hobi itu ini, dan banyak lagi la.. masalahnya skang, Zaer ni suka compare kan wani dengan M.. M bengang la sebab dibanding2kan dengan wani.. saya dah nasihat kat M jangan layan zaer, tapi zaer ni suka topup kan lan, bagi tu bagi ni, M pon melayan je, M kawan baik saya, tapi saya tak suka Zaer main2kan perasaan M, lagi2 nak comparekan M dengan Wani. tu yang saya siasat sapa wani ni, tu yang saya jumpa awak ni, Zaer ada mention wani budak hayat. saya dengan M budak account. so saya nak tanya la wani apa hubungan wani dengan zaer.."

ok.. aku tarik nafas..dalam..dalam..fuhh... aku memang rasa nak pitam time tu bila dengar si A ni cerita.. aku pon cakap dengan dia, 

"awak, mana M? boleh tak saya jumpa dia. sekarnag jugak. "
"eh wani, awak jangan la marah, M tak tahu saya jumpa awak ni, awak takyah la jumpa dia"
"saya kena jugak jumpa M, sebab Zaer tak wujud, ok. Zaer tu perempuan. nama dia Fara. dia tipu awak jadi Zaer, dia nak kenakan saya."

waktu tu, si A memang dah terkejut beruk ar. nak pendekkan cerita, si A deal dengan dengan aku untuk bawak M jumpa aku nanti. 

pada hari yang sama, aku message As, aku cakap, nak jumpa dia, nak come clean semua ni, siyesly, i cant take it anymore, is was too much. aku ingat dah sebulan dia tak kacau, dah ending semua ni, tapi jadi macam ni pulak. aku jumpa As hari yang sama, kat blok dia. waktu tu Fara dah pindah blok. dia duduk dengan kawan yang lain.

masa kat bilik As, as kata kat aku, "wani, shua nak wani jumpa x- roomate Fara dan ceritakan apa yang terjadi.. Shua dah lama sangat nak settle benda ni semua, tapi tak berani nak jumpa wani" (SHua, tu nama timangan aku dan As = Ashua, Wanishua) .

so, aku jumpa ex-roomate fara yang duduk searas blok As, dengan As dalm satu bilik ni. aku ceritakan apa yang terjadi semua kat roomate dia. Fara ada bagi aku cincin, teddy bear dengan coklat, aku plakk memang geliga ada ambil gambar coklat dan teddybear tu, sebelum tu, aku dah pulangkan teddybear tu kat Fara sebab taknak ada apa2 hubungan dengan Zaer/fara. Zaer ada bagi aku cincin, cincin tu plak time tu aku simpan lagi, aku tak buang, aku tunjuk kat x-roomate fara, dia terkejut gila. dia cakap, 

"saya pernah outing dengan fara, dia beli cincin, sama sebijik dengan awak tunjuk ni, dia cakap nak bagi kat adik sedara dia". x-roomate dia tak caya mula2 dengan story aku, bila aku tunjuk cincin tu, baru dia percaya yang zaer tu fara..

dia cakap, "patut la fara macam pelik, dia selalu keluar dari bilik bila bercakap dalam tepon, macam ada benda yang dia sorokkan dari kitorang.. (sebab dia tengah berborak dengan aku, menyamar jadi zaer,).. 

aku cerita kat as pasal M dngan A nak jumpa aku pasal zaer ni, one day ni, aku, As dengan Mash, kitorang study kat dalam bilik sakit kat blok B, waktu malam, lagi 3 minggu nak final exam sem, so A datang, bukan saja bawak M, tapi ada lagi 5-6 orang kawan dia bawak ke bilik sakit time tu. so, malam tu, kiroang bukak semua cerita A sampai Z pasal Zaer dan Fara, aku cerita part aku, M cerita part dia, dan yang lain semua jadi pendengar. kawan M bagitahu aku,

"wanie, sorry la..kiotang mati2 ingat wani ni pompuan jahat.. bila zaer cerita dia pernah kiss wani kat leher, wani pakai sexy depan dia, wani selalu kuar malam dengan dia, kitorang dah cop wani ni pompuan murahan.."

"oh..ok.. so, korang la yang selalu jeling2 kat saya masa kat kafe..korang la yang slalu langgar2 bahu saya tu sume.. saya pelik jugak sape la korang ni jeling2 langgar bahu saya. "

"takla, kitoang geram gak si zaer tu selalu puji2 wani, sorry la, kitaong kat belakang, kutuk2 wani  ni pompuan murahan, senang betul zaer nak kiss kiss wani, tapi kitornag memang tak sangka rupanya zaer ni penipu..tak snagka rupanya dia perempuan. wani kitorang minta maaf sangat2 sebab dah cerita benda2 buruk pasal wani.."

seriously, even aku pon tak pernah jumpa zaer, dan jumpa fara sekali dua je masa outing dnegan masa makan lunch sama2, dan KISS KISS LEHER? WATTA HELL????? SAMPAI MACAM TU SKALI FARA DAH FITNAH AKU???

aku marah+sedih+MARAH! memang gila2 marah, sebab sanggup fara buat cerita macam tu! sanggup buat FITNAH sampai macam tu skali? apa aku dah buat kat dia? samapi dia nak kenakan aku macam tu skali?

 malam tu aku menangis teruk sangat.. cukup la kawan baik aku jauhkan dari aku, cukup la budak praktikum aku pon ada yang withdraw dari aku, dan sekarang ntah sape2 yang aku tak kenal ni plak benci aku kerana fitnah yang fara dah buat... aku sedih gila..semalaman aku nangis sampai lebam mata..rasa nak give up study..dah la nak final exam time tu lagi 3 minggu.. malam tu, aku message fara, aku cakap aku nak jumpa dia malam tu jugak. dia cakap, dia pon nak jumpa aku, tapi dia taknak aku bawak kawan2 aku jumpa dia..

as dengan geng2 M nak teman aku jumpa fara malam tu, tapi aku tolak. aku cakap biar aku settle semua ni sendiri. malam tu jam 10 camtu, As ikut aku jumpa Fara, waktu tu aku memang masam gila, muka tension, muka macam 'pompuan murahan yang jahat yang nak balas dendam'. haha. 

aku nampak fara kat tangga bawah blok B depan kafe, aku datang kat dia pastu aku tolak bahu dia (korang bayang la sendiri macam dalam drama korea ;p) aku cakap, "napa fara buat wani camni..apa salah wani kat fara.." waktu tu dah ada orang lalu lalang nampak kitorang bergaduh kat tangga, waktu tu jugak As tarik tangan aku, "wani, sabar wani.. jangan camni.. kita settle benda ni elok2..." waktu tu fara diam je. aku tolak2 bahu dia, As tarik2 aku, aku plak dah menangis time tu, As mungkin ingat aku nak tampar muka fara ke, or nak tumbuk fara, tu yang dia dok tarik2 tangan aku tenang kan aku. haha. kelakar la bila ingt balik.. As suruh fara balik bilik, sebab aku time tu emotional, dia taknak keadaan jadi lagi buruk, so as tenangkan aku.

tapi malam tu aku jumpa fara dalam kol 3am kat kafe yang gelap gelita time tu, kitoang berdua je.. fara mengaku salah..dia mengaku yang dia tipu aku, dan minta maaf.. dia cakap, dia rindu kat aku pasal tu dia 'couple' dengan M sebab nak hilangkan rindu kat aku. masalahnya dia create cerita 'kiss' cerita aku pakai sexy, keluar malam2 dnegan dia, seolah2 aku pompuan murahan, dia FITNAH aku. pompuan mana tak sedih kalu kena fitnah?

aku cakap dengan fara, "tolong la fara, jangan ganggu aku lagi.. cukup la, tolong berhenti, " malam tu dia bersetuju taknak ganggu aku lagi. tapi selepas 2-3 hari tu dia msg aku, "wani, turun bawah, fara nak bagi cake. sempena birthday wani. fara dulu dah janji kat wani nak bagi cake, so tolongla terima untuk kali terakhir, fara takkan kacau wani lagi". aku dah tolak, cakap taknak terima, tapi dia insist jugak suruh aku terima sebab dia dah beli pon.. time tu bulan 4. birthday aku bulan 3. so aku terima la jugak, aku turun bawah, ambil cake, tak cakap banyak dengan dia, terus naik atas. aku potong2 cake tu, aku ketuk pintu setiap bilik kat aras blok aku, aku bagi kat semua orang yang ada kat aras blok aku sambil ucap "goodluck for your final exam". diorang semua cam pelik pahal la aku semangat bagi cake utk wish goodluck semata. hahaha. aku tak makan lansung cake tu. tapi sayang nak buang, so aku bagi la kat semua orang.


aku dengan fara memang dah lost contact sampai skarang, cuma ada masa2 dia akan message aku or email aku, tapi aku tak balas. dah 4 tahun dah. aku takkan lupa pengalaman ni. memang pengalaman bodoh, tapi pengalaman ni dah mendewasakan aku..3 bulan aku kena tipu oleh fara, 5 bulan aku hilang kawan baik aku, 5 bulan aku hilang diri sendiri, dan mungkin 50 tahun kot, baru aku boleh lupankan semua ni by that time aku dah ada alzhemier kot untuk lupakan semua ni.. dan semua 5 bulan tu aku tak dapat balik, dah jadi sejarah hitam dalam hidup aku. 

da good thing benda ni jadi kat aku, aku skang jadi 'kuat'. maksud aku, since kes nih, bila ada je orang message nak berkenalan dengan aku, aku tak layan, aku tak balas, so aku jadi 'kuat' disitu. tapi sampai skang jugak la aku masih single sebab tak melayan lelaki dah. ahahaha. 

dan masa final sem 2, pointer aku 3.8, tak la bagus mana, tapi lagi better dari sem 1, mungkin sebab aku study je memanjang, withdraw dari orang luar, hidup seorang diri dan study kot..

another good thing benda ni jadi kat aku, aku menyesal dan mahu berubah.. bila skang aku fikir benda bodoh yang aku dah buat dulu, aku rasa nak berubah. aku menyesal dan rasa nak berubah. aku betul2 dah menyesal. dan aku harap kawan2 aku boleh terima aku balik.. sampai skang, aku masih lagi terasa 'withdrawal' dari kawan2 aku. walaupon kitorang ada contact2, tapi dalaman hati diorang tu, mungkin diroang masih tak suka aku lagi..

the bad thing,, aku hilang diri sendri masa nak abis matrik tu.. aku jadi orang lain.. aku jadi 'jahat'.. aku rebellous, nak tunjuk yang aku ni jahat.. aku geram sangat..

aku boleh terima kalau ada perempuan suka aku, tapi bukan dengan menipu aku. maksud aku suka tu, orang suka kita, apa masalahnya?dan aku aku straight ok even masa aku kat sekolah dulu, ada dua perempuan  yang sorang ni tomboy, suka kat aku dan aku jadikan diroang adik angkat aku, takda masalah, aku boleh terima mereka, aku tak benci pon budak2 lesbian ke, budak2 tomboy ke, budak2 pengkid ke, tak salah aku berkawan dnegan diorang. tapi once bila orang dah menipu aku, aku tak boleh terima. bukan saja menipu, memfitnah aku plak lagi tu.

teringin nak cerita kisah adik2 angkat aku yang toboy ni, kisah diorang ni bergaduh berebut aku jadi kakak angkat. kisah sejarah masa kat 'perkemahan' tu dulu... bahaha. bajet faymes. ;p zaman sekolah, biasa la, sekolah perempuan, benda ni sentisa berlaku... nanti la kalau ada permintaan untuk cerita adik2 angkat aku, baru aku cerita kot.. takut boring plak nanti.. lagi2 vna terlibat dalam cerita tu, kang kecik hati dia.. hehe. :p

 k, itu saja cerita pengalaman mengerikan di matriks.. thank you yang sudi baca entry yang sangat panjang nie. rasa lega sedikit sebab aku dapat luahkan cerita ni akhirnya. 
thank you again.
=)

Monday, May 16, 2011

being a nurse equal to 1 time satisfaction & 10 times dissatisfaction

dah pukul 2am.. aku tak boleh tidur.. for the first time in my life i realized im going to be a NURSE.
aku masa kecil tak pernah bercita-cita nak jadi nurse..
aku masa sekolah menengah dan sampai aku pilih course nursing pon aku main ambil je.. takda pulak sikap aku mse dulu yg ada ciri seorang nurse..
masa kecil ada yang ckp, "wanie, ko boleh jadi lawyer la sebab ko suka lawan cakap orang, dan ko mesti ada je point nak lawan orang.. dah dulu aku memang suka melawan cakap mak aku.. aku menagku. anak degil. haha.

pastu ada jugak cousins aku yg ckp aku boleh jadi counselor sebab aku pandai bagi nasihat, dan pandai memberi semangat kat orang.. lagi2 kat adik2 sedara aku yang suka tanya aku macam mana nak study la bagai..
sampai skarang pon ada jugak masih bertanya tu semua, macam mana study kat U, Universiti mana yang bagus, sampai makcik aku cakap "cikmah nak bawak si kembar ni jumpa kak wani ni ha, dengar kak wani bagi nasihat, kot- kak wani ada tips ke". hehe. comel je si kembar tuh. ;p

ada jugak kawan-kawan aku suruh aku jadi cikgu..sebab aku pandai mengajar.. diorang cakap bila aku explain tu macam simple dan senang nak faham..even masa tengah study ni pon, bila ada presentation ke, budak kelas aku ada gak komen bila aku explain, macam dengar lecture, macam boleh faham la sebab aku suka explain detail sesuatu topik tu...


aku tak pernah terlintas la dalam fikiran nak jadi seorang NURSE..aku tak pernah terfikir yang aku ni akan menjaga orang sakit.. dan orang bukan sakit jugak.. aku kena alert setiap masa pastikan orang sekeliling aku sihat dan selamat..contohnya, dengan family aku, azam dan ayah yang opration, aku kena follow up progression diorang, masa program KSP pon, sebab tak ramai student nurse yg join, mse KSP II, ada budak terseliuh, aku kena tolong, KSP III pon ada budak cramp sampai terjatuh, aku tolong dia, ketua kumpulan accident kepala sampai bleeding aku kena tolong jugak. the thing is, AKU KENA TOLONG, kalau tak, AKU AKAN RASA BERSALAH SEBAB DAH BELAJAR TAPI TAK GUNAKANNYA. 

ok. normal people, bila dia tak dapatnak ubah fakta, at least dia buat sesuatu untuk cuba mengubah fakta itu, tapi masih tak dapat ubah fakta tu, by the end, dia still akan rasa "oh, at least aku dah buat sesuatu, so aku tak rasa kecewa/rugi".. tapi berbanding aku seorang bakal NURSE, contohnya, in case kalau satu hari nanti ada orang awam depan mata aku collapse sebab heart attack.. kalau aku tak buat apa2, aku akan menyesal seumur hidup dan kecewa/marah/hampa. tapi, kalau aku buat sesuatu contohnya aku buat CPR, by the end aku still tak dapat selamatkan dia, aku akan rasa lagi MENYESAL/KECEWA/HAMPA/MARAH dengan diri sendiri sebab tak dapat selamatkan rang tu.. walaupon aku mungkin dah buat sesuatu, tapi kalau aku masih tak dapat unah fakta untuk selamatkan orang tu, aku MASIH rasa kecewa dan sedih..

kenapa aku pilih kerjaya ni? kerjaya yang buakan sebenarnya buat aku rasa gembira, tapi lagi kita selamatkan/jagakan orang tu, lagi kita rasa kecewa..contohnya, aku dah cuba sedaya upaya nak adik aku sembuh dari operation lutut dia.. aku ada belikan stocking khas. aku advice dia makan tu makan ni, suruh dia beli supplement utk ligament, buat physio, exercise, tapi skang dia mengadu kat aku, "wani, apa nak buat untuk kuatkan lutut ni balik?" dia mengadu sebab tak dapat main bola since lepas operation. dah 7 bulan kot operation tuh.. skang, aku rasa kecewa sebab tak tahu nak buat apa dah. aku nak dia dapat main bola semula, favorite game dia tue, dia wakil sekolah, active in sport, tapi skang dia tak dapat main bola sebab lutut dia sakit. even nak lari pon rasa sakit.... aku kecewa sangat.. rasa termenangis pon ada.. aku nak dia dapat main bola balik, aktif sukan balik..tapi aku dah buat sedaya upaya..aku rasa tak guna ada kakak nurse tapi adik masih lagi dalam kesakitan, adik aku masih tak dapat buat sesuatu yang dia nak buat.. 

jadi nurse ni, rasa kepuasan selamatkan/merawat orang tu sekejap je, mungkin 5 minit, mungkin 1 hari je, tapi bila kita tak dapat selamatkan/rawat orang, atau jaga seseorang tu,rasa kecewa 50 minit, 1 bulan, 1 tahun, 10kali ganda dari rasa kepuasan tu...

='((

dah la..nak tido la.. tak leh lelap mata bila pikir adik aku tanya aku camtu.. tak tahu nak buat apa.. aku buntu sangat..


Sunday, May 15, 2011

OSCE YEar 4 Sem 2. memang menunjukkan keb@ngangan yang sangat jelas dan nyata.....

ok dulu ak suka update exam kat sini, so ak nak update sikit lah exam yg agak hampeh kali ni.
hari ni last day exam, OSCE lak tuh.
ada 11 station.


1. Immunization injection Hib, IPV, HepB dan DPT. 
Hancus. sebab ak tak cakap 'aku dah cuci tangan surgically', pastu masa bukak cap dari niddle, terpelanting plak cap bodoh lagi ketat tuh, pastu paling bodoh dah bagi immunisasi baru gi ckp indication utk setiap vaksin tuh, (T.T). muka cik jenny garang.. cam bengang je aku takleh perform dgn baik..

2. Ryles tube feeding prmature baby
memang paling hancus ah.dah check position r/tube guna stethoscope, dah bagi feeding, nak cepat punya pasal, terlupa nak check pakai litmus paper. last aku explain ak supposed check pki litmus paper, tp KJ tu ckp dia tak bagi markah sebab tak buat. ARGHH!!!! strict betul!!! pastu lastly aku ckp la kene burp baby. masalahnya yang bangangnye, aku salah teknik burp baby.. patutnya mengiringkan je, aku gi angkat premature baby tu mcm baby normal yg slalu aku buat.. yela.. dah pakai patung, aku campak baby tu pon takpe. hahaha. memnag tak guna otak time tu yg aku tgh burp premature baby.. so angkat je la patung tu.. haish..  

3. Top and Tail
bengong. aku  tak bagitahu indication/purpose wat top and tail. pastu aku tak perasan ada pampers dan baju baby yg baru kat atas meja, aku gi pakai pampers lama. bangang. pastu aku ckp au nak buat balik, dan pasang baju dan pampers baru. tapi mmg dah tak terabur. cilakak je. ;(

4. (tak ingat )

5.Female CBD catheterization
CBD dia kecik, pastu dah masuk  pon mcm tak masuk habis ketat semacam, pastu tak sempat dah abis masa aku belum gantung dekat katil.

6.Home care teaching patient discharged with CBD
teaching aku mcm ok je kot, cuma tak sequence.. kejap cakap pasal infection, pastu safety las kali utk prevent injury plak.. kelam kabot, time tu perut dah cuak.. nasib baik tak ada thought block.

7.Serve amlodipine utk patient hypertension
bangang gila bangang nak mampos sebab aku gi crush ubat tu sebab aku tengok umur patient tu 65. tp memang bodh nak mampos ar, tak ke pahit kalo makan yg crush! dia letak crusher kat situ nak kasi student keliru je. pastu mse last aku ckp sepatutnya takyah crush ubat tu except kalo dia opn ryles tube. ntah la bole terima ke tak. Argh!!! tension aku bila pkir bodoh sangat gi crush ubat tuh!!!!! BANGANGG!!!

8.Written station: drug calculation
station yg paling menenangkan..hahahahhaha..

9.Suction ETT
KJ suruh aku rush takot tak sempat. boleh plak kan.. mse aku terangkan indication nak wat suction, dia suh aku cepat-cepat takot tak sempat.. haish. wat aku bertambah kelam kabot..

10. Advice patient on anti-depression medication
bila aku tanya patient ada soalan tak, banyak plak soalan ko ye.. sakit jiwa aku. ahahaha. tapi membantu jugak la soalan tu bila dia tanya boleh ke dia beli ubat kat luar.. aku pon ckp la jgn beli OTC drug yang doktor tak prescribed. dia tanya nak makan bila depress je ke? hmm,aku tak sure la plak. ak ckp kena makan ikot time yg dah schedule, utk ubat tu BD, so BD la dia kena makan.

11. Breast examination
memang la finding ada lump kat breast kiri, tapi aku ni lembap sangat macam blur, patutnya kena inform patient ade lump so kne wat follow up infestigation utk lump tuh. tapi ku cam blur je. bila puan tanya, baru jawap. haihh... :(

aku memang tak layak jadi nurse lagi..
hancus osce aku..
kecewa..
nak tuka course lah camni..
nak jadi surirumah sepenuh masa..
='(

Friday, May 13, 2011

susah sangat ke nak jadi seorang yang rajin mengemas? senang sangat ke nak jadi pengotor? kita kan duduk satu rumah. sama-sama la mengemas!

sesiapa yang skang tengah blaja dan tinggal bersama housemate, tolong la jadi housemate yang baik. ak memang dah simpan benda ni dalam hati cukup lama dah, tak tahan aku, muka je baik, orang kat luar tu semua taw ko tu baik, aku pon rasa ko tu baik, tapi ade sesetengah benda buat aku menyampah dan meluat ko tau tak.

sorry ar since ko pon dah tak jadi housemate aku, aku peduli apa, kita bukan kawan pon. kita cuma ex-housemate. (aku tengah geram la jugak utk entry kali ni, so kalo ada yang terasa, peduli apa aku, pergi ar menangis sorang2 dalam bilik kalo ko tersa hati kecik ati, i dont HELLL CARE.)

ini blog aku, aku memang suka complaint kat sini, sebab blog aku ni ibarat therapy aku nak release tension, dan aku peduli apa orang kekcik ati, ko tak suka, sila BLAH dari sini.

k, mula-mula toilet. semenjak ko pindah dalam rumah ni, ko tak pernah nak cuci toilet. at least cuci la singki. dah la tak tolong nak cuci sama-sama, ko kumpul plak rambot ko dalam longkang shower, pastu kalo dah mandi tu, ko tinggalkan spentot ko tergantung berbulan-bulan time ko cuti. ko ingat aku nak tolong angkatkan dan letak kat tombol pintu bilik ko ke? ak nak angkat buang dala tong sampah pon tak sanggup ok. aku lebih rela cuci pampers pakcik makcik yang bedridden tu, lagi bagus, dapat pahala. dah tinggalkan spentot, kadang-kadang ko tinggalkan towel kat dalam toilet, sampa berbau, aku nak mandi tiap-tiap kali kena tahan nafas mcm orang nak mati.

aku dah belikan glove, aku beli pencuci toilet, berus jamban, aku letak kat toilet tu hope ko nampak dan ambil initiative nak cuci toilet, tapi haram, tak pernah lansung, masa aku pergi intermship kat UK dua bulan, aku balik umah, ya Allah, sampai hijau singki, sampai tersumbat singki penuh dengan rumpai, rambut bergulung-gulung kat longkang shower, aku balik dari UK 2 bulan, benda pertama aku buat bukan unpack barang, tapi cuci toilet dulu. time tu,fine..takpe..aku bersabar je.. aku malas ar nak merungut.. aku pon memang suka bab mencuci-cuci ni, at least aku melatih diri sndiri jadi pembersih sikit.

aku taw la ko blaja medik, penat studygroup la bagai, tapi cuci toilet tu, sampai ko dah kawen ko ada anak, ko kena la rajin sikit, takkan ko nak harap orang gaji, mungkin ko dah kaya la kot nak hire orang gaji, tapi memang BULLSHIT la kalo ko igt aku ni cam orang gaji ko nak tolong cuci toilet tiap masa.

2 tahun aku tinggal dengan ko, satu kali pon tak pernah ko nak cuci. pastu bila aku dah cuci, pandai plak ko ak berterima kasih "wani, thanks ye tolong cuci kan toilet". hampeh betul. ko ingat ko sorang je nak study jadi doktor, aku pon busy gak nak study jdi nurse, aku memang nak maki je, tapi aku diam malas nak cakap kang ko kecik ati.

pastu dalam peti ais plak, ko dah makan tu makan ni, ko tinggalkan leftover kat dalam peti ais tu berkurun sampai berulat. aku jugak yang amik tolong buangkan. kadang2 aku nak simpan barang aku pon tak muat sebab penuh dengan SAMPAH kau.

pastu, kadang2 pas makan, ko buang lebihan makan tu dalam sinki sampai tersumbat, pastu ko kumpul pinggan mangkuk tak bercuci tepi sinki untuk bagi aku nampak dan tolong cucikan. aku memang taknak cucikan, tapi kalo dah seminggu kat sini, aku TAK TAHAN tengok tau tak. aku ringan kan tangan dan berdoa ya Allah tolong la bukak pintu hati housemate aku ni jadi rajin sikit sambil cuci pinggan mangkuk ko tu. tersiksa jiwa raga aku dengan perangai buruk ko nih.

one more thing aku yang sedih sangat ngan perangai ko nih, ko blah dari umah ni ko tinggalkan semua sampah sarap ko kat dalam umah ni. dah la tak say goodbye. at least akak-akak final year tu ada la jugak kemas-kemas cuci toilet dan salam-salam peluk cium aku say goodbye sebelum diorang check out.

aku tak tahu pon ko pindah sebab barang ko kat toilet, dengan tuala mandi tergantung kat toilet ada lagi, barang ko kat dalam peti ais pon ada lagi. so, aku ingat ko tak pindah lagi, tetibe kelmarin ada budak nursing year 1 check in 3 orang dan masuk bilik ko.. aku pelik gak. rupanya ko dah pindah bilik.. budak year 1 tu plak tanya aku apa nak buat dengan barang ko kat dalam bilik dia, dengan bantal, whitecoat, baju, buku,dan SAMPAH SARAP segala bagai, aku cakap letak dulu kat luar bilik, nanti akk bgtaw dia suh amik, dan skang kat ruang tamu ni penuh dengan SAMPAH ko kat depan bilik aku susah aku nak jalan nak bukak peti ais sbb penuh barang ko. ya Allah. tertekan aku. tolong lah, aku dah bgitaw ko amik barang, kalo ko tak datang amik arini, memang aku campak je kat luar umah biar makcik tukang sapu yang pembersih tu tolong bersihkan. geram aku.

to be true, ko memang baik, rajin gi surau, rajin study, sopan, manis, cantik orangnya, pandai plak tu, bila aku tanya pasal soalan medical, ko tolong aku, ko memang pandai, aku rasa ko bakal jadi doktor yang pandai, aku memang respect dengan ko masa awal2 ko kat sini, aku segan ko nak berkawan orang yang seperfect cam ko ni, tapi bila kes "TIMBALAN PENGARAH HARI SISWI" yang ko tak buat satu kerja pon, tapi ko letak jawatan ko tu dalam manifesto pilihanraya untuk tarik undi, aku sebagai PEMANTAU program memang menangis ar pikir yang aku dengan ahlijawatankuasa yang lain bertungkus lumus untuk program tu, yang ko timbalan tak pernah datang meeting tolong apa2, dan LANSUNG tak join pon program tu, ko boleh letak jawatan tu dalam manifesto ko yang pertama plak tu, ko berbangga betul, sedangkan kami yang penat lelah ni buat kerja, orang lain plak nak dapat nama, memang bullshit betullah time tu.

skang aku dah tak kisah pon pasal tu. ko pon dah BLAH dari rumah ni, aku senang hati sikit. ko tak say goodbye pon aku tak kisah. ko buat-buat tak kenal aku pon aku tak kisah. buat apa aku nak simpan kawan yang macam ni.

cuma aku kecewa dengan peragai ko, behavior ko, aku sebagai housemate ko, ko pon dah kawen kan. semoga ko rajin sikit la pas ni, nanti dah ada anak lagi, nak buat kerja rumah lagi, please la change your behavior.. mungkin husband ko sangat baik kot nak buat semua untuk ko.

im just nobody to you, tak layak nak advice ko, tapi kalau ada perempuan kat luar sana, tolong lah latih diri dari sekarang, jangan dah kawen baru nak belajar mengemas.. tak rugi kalo ko cuci toilet, mengemas dari sekarang dari harap orang lain buat, dari harap orang gaji buatkan, sebab kalo dah kawen baru ko nak buat, memang tak terbuat la. kalo rajin dari sekarang, at least lepas dah kawen tak terasa beban sikit, seba  dah bias buat kerja rumah...

anyway, aku pon bukan lah rajin sangat, bukan la pandai masak pon, aku pon nak jugak kejar cita2, nak study sungguh2, takda masa gak nak mengemas, sian kat mak aku asik mengemas umah, nanti la cuti2 ni aku nak jadi rajin sikit mengemas umah, tolong mama masak, nak blaja memasak, sebelum ni aku ada alasan 'study' pasni dah takda lagi alasan aku nak bermalas-malasan.. skang baru aku rasa apa mak aku rasa mesti dia hangin je aku kekadang malas nak mengemas. so, memag Allah tu maha berkuasa la turun kan balik rasa apa yang mak aku rasa kat aku. hahaha. takpe, aku dapat pengajaran dari sini..

semoga aku menjadi wanita yang lebih rajin mengemas dan menjadi yang solehah lepas nie....semoga haousemate aku menjadi isteri yang rajin. dan dia memang isteri yang solehah pon. cuma rajin mengemas je la kureng sikit...haha.

screw you if you upset on this entry. you had no idea how upsetting i was for 2 years already. 

Wednesday, May 11, 2011

20 wanita disimbah asid oleh lelaki gila di area KL (tips apa nak buat kalau kita kena simbah asid)

"Attention!Currently, in KL areas like Brickfields, Jln Bukit Bintang, Jln Pudu, Bangsar, there r 2 Indian men on a motorbike, likely to be crazy throw acid unto pretty girls. So far 20 ladies already splashed with acid. Beware and inform all yr female frens or loved Attention to all females! If you're a guy, be aware to and let your girl friends know about this too.Beware of "acid man"."

people are getting insane because their life sucks. 
makin ramai pulak yang sakit mental skang ni. 
ok wanie! cepat jadi mental health nurse. 
banyak orang sakit otak kat luar sana memerlukan rawatan kau!!!!! 
hahaha

ok, sesiapa yang terbaca thread ini, saya sebagai bakal jururawat terlatih  (pergh!)
ingin menyahut peluang semua wanita diluar sana, agar berhati-hati jika terjumpa lelaki gila.
lelaki gila. gila dan gila. lelaki semua gila? 
oh, tak semua lelaki gila.

tetapi ada lelaki gila diluar sana mungkin dah gila,
sebab tertentu, mungkin tertekan kerana ditinggalkan awek,
mungkin tertekan kerana awek yang menipu,
dan banyak lah alasan yang lelaki suka bagi menuduh kaum hawa.
dan lelaki gila ni, sesuka hati makbapaktiri dia nak menyimbah asid kemuka kaum hawa
sebab nak balas dendam, atau mungkin sebab awek dia cantik sangat dan tinggalkan dia, so dia nak hodohkan sebeberapa ramai awek yang mungkin.

kalau SAYA, AKU, KAU, dan KAMU awek yang seterusnya, slia ambil langkah ini:

1. once kalau dah kena simbah asid, kau tolong la, TOLONG LA, jangan nak cari air paip nak basuh muka tu, sapai tahun depan la kau tak jumpa, sampai mata kau dah buta, asid dah masuk dalam hidung dan paru-paru, dah tak guna pon kalo jumpa paip air.

2. masa aku belajar dulu, doktor pesan, kalau muka kena simbah asid, kalu jumpa longkak busukk yang penuh dengan cacing dan lipas sekali pon, kau basuh muka kau yang cantik tu dengan air longkang tuh! kalau air longkang tu lah yang paling terdekat dengan kau. 

3. kalau time tu ko tengah pengang airsirap bandung ke, teh o ais limau ke, ko bilas muka yang kena asid tu dengan air tu, tolong la jangan buang masa cari paip air. menurut dalam cerita wanita kat bawah ni, dia cari paip air, memang 'pandai'.. tak pasal2 buta dah..

3. then, JANGAN gosok dengan kain ke, rubbing, tenyeh sebab ko lagi macam paksa asid tu masuk ke dalam sel-sel tissue kulit muka.. memang bertambah jahanam la muka hang tuh.

4. tundukkan muka, sebab kalau ko dongakkan muka, asid yang mungkin dah masuk hidung tu boleh masuk paru-paru, bernafas ikut mulut, jangan bernafas ikut hidung, kalau termasuk mulut, ludah sebanyak mungkin. 

5. basuh, bilas dengan APA2 air yang ada berdekatan samdan cepat-cepat pergi ke emergency department (A&E) untuk dapatkan rawatan lanjut. 

6. oh ya, aku terlupa nak cakap, tak kisah la air longkang tu kotor penuh bakteria, sebab hospital ada ANTIBIOTIK yang boleh treat kalau air tu kotor sekali pon.
tapi once kulit dah kena asid, dan asid tu akan penetrate masuk dalam tissue kulit, absorb dalam kulit sangat cepat. itu sangat menjahanamkan kulit anda SELAMANYA. kalau kene simbah alkali, lagi TERUK! ALKALI lagi KUAT dari ASID. lagi dahsyat effect dia... dan kalau kena mata pon, bilas air longkang tu masuk dalam mata pon takpa, jangan masa cuci dengan air tu pegi tutup mata pulak, takpa, air longkang pon, nanti boleh correct balik dengan antibiotik.. 

ok! itu je dari saya untuk tips skin care hari ini!!!! 
selamat mencuba! 
hahaha.
esok nak exam gerantology! aku kena study!!! dada!!! 
muahxx. 
<3
 



Wednesday, May 4, 2011

lucky things to appreciate

nothing much to write since im in the study week mood, however i don't want to miss updating my current precious life-moment since life is too short to be wasted.

Thank You.

Thank You, so many good things happen in my life. hopefully i'll keep reminding myself how lucky i am so far.
another lucky thing that might happen to me in the future (hopefully):

1.  finishing study. bubye student life!!!!
2. graduating and holding a scroll.
3. my supervisor gonna publish our research.
4. holiday trip with my family (we're probably going to Bandung) yipie. :'D
5.finding a job near to my hometown, so i don't need to look for rental house (really wish for the best!!!))
6. marrying a prince and get an adorable child :'D hahahahaha..

ok. study mode.
:")

Tuesday, May 3, 2011

supplement

one more,
im currently taking lactoferrin supplement for my immune system.. just started 4 days ago.
lately I've been having flu continuously, vitamin C didn't help much, hope this one would help. i bought this one by online because they don't sell it at pharmacy or any drugstores. in Wikipedia, it said Lactoferrin is high in colostrum. but this one im taking is the one from cows la(of course :p).

and Evening Primrose, which consists gamma-linolenic acid (GLA) and linoleic acid (LA). been taking for a month and just started the second bottle. this one really really amazingly works wonders on my deathly menstrual period pain. ='( and also my insomnia. =)

ok. thats all.
i don't care how much money i wasted, as long as im happy.
and its my money.
:)

how to kill your self without in pain

"Whoever kills himself with an iron instrument will be carrying it forever in hell. Whoever takes poison and kills himself will forever keep sipping that poison in hell. Whoever jumps off a mountain and kills himself will forever keep falling down in the depths of hell." - prophet Muhammad.

noting much to write. 
just a reminder for myself and whoever had a thought to kill self,
haha. i know. im silly. 
sometimes our life are just so miserable and feel like wants to jump out from the window..
 Astaghafirullahalazim. ='(


currently studying Euthanasia for Law and Ethic papers.
wish me luck.
=')