Wednesday, May 25, 2011

Pengalaman Mengerikan masa di MAtriks (part 2)

sorry sorry sorryy sangat2 sebab lambat tulis part 2 untuk cerita pengalaman di matriks, tak sangka plak ramai yang request nak tahu sambungan cerita tu. huhu
k, sesape yang belum baca part 1, sila click sini.
kalau tak, korang takkan paham cerita ni. and MANY THANKS AGAIN yang sudi baca entry part 1 dan part 2 nih, aku ingatkan cerita aku macam boringg. tp macam boring la jugakkan, kecuali mereka yang suka baca novel, maybe boleh la endure this kinda long entry. ahahaha ;p

PART 2.

semua cerita ni berlaku masa aku naik sem 2. dalam hati aku memang aku nak attack je fara ni, nak stop semua ni, tapi rasa dendam tu lebih kuat dari rasa nak berhenti. aku terus kawan dengan dia, at the same time, aku hilang kawan-kawan baik aku, sebab aku rasa kawan2 aku macam dah salah faham dengan aku. mungkin diorang ingat aku ni jahat dan lesbian kot. diorang tahu fara dah tipu aku, tapi aku still kawan dengan fara, diorang mungkin ingat aku suka perempuan. masa sem 2 kat matrik, aku withdraw dari kawan2 praktikum aku especially As, aku duduk baris depan dalam dewan kuliah, aku duduk sorang2 dalam kelas, aku tak sure sama ada aku yang withdraw atau kawan2 aku yang dah taknak kawan aku..

aku terus berpura-pura kawan dengan fara, sampai la satu masa tu, dua bulan sebelum final, aku give up, aku cakap dengan zaer, aku dah taknak kawan dengan dia, aku cakap dengan fara, aku taknak kawan dengan dia, sebab aku nak fokus study untuk final sem.. masa tu, aku still lagi tak berkawan balik dengan As dan budak praktikum aku. masih lagi withdraw diri sendiri.. Fara dengan Zaer terus menerus message aku, tapi aku tak balas, dan sampai lah dia dah bosan kot, sebab aku tak balas, dia pon terus senyap..aku sepanjang kawan dengan fara, tiap2 kali pas solat berdoa supaya dia ni berubah dan bukak hati untuk berhenti menipu aku. aku boleh terima berkawan dengan dia, but not base on lie.

sampai la sebulan kot, dia tak kacau aku dah..aku dengan hidup aku, study je.tiap kali balik kuliah, aku akan balik bilik, study. malam pon study. masa time ni, aku dengan roomate aku bergaduh besar.. aku taknak cerita kat sini, nanti lagi panjang plak. dua orang housemate aku  budak fizik, sorang ni gaduh dengan kitorang berdua sampai tukar bilik. so tinggaal la aku dengan shaz, tapi shaz pon asik ada study group malam2, so aku sorang je la tinggal sorang2 kat bilik bila malam. siyesly, hidup aku bosan, takda kawan nak borak. slalunya time tu aku study dengan As kat bilik dia, tapi aku gaduh dengan dia time tu, so ak study sorang2..  masa time ni, ada budak fizik, lelaki nak kenal dengan aku. tapi aku taknak, sebab dah trauma kot.. dia kawan shaz, dia minta izin aku nak no tepon aku dari shaz, dia macam ok, tapi waktu tu, aku dah macam tertutup pintu hati kot sebab bila fikir, senang betul oranag nak bodohkan aku macam apa yang zaer/fara dah buat kat aku. aku rasa tak berani nak kawan dengan mana2 lelaki  buat masa tu. tapi aku memang bodoh, bila aku fikir skang budak fizik tu memang honestly nak kawan dengan aku. huhu. =(

aku tak ingat camne aku boleh gaduh dengan As, kitorang tak bercakap agak lama, hampir sampai akhir sem.
memang aku mengaku aku berubah masa kat matrik masa akhir tahun sebab benda ni semua, orang ingat jahat kan, fine! aku jadi jahat. korang ingat aku dah terpesong kan, fine, aku jadi jahat. maksud aku jadi jahat kat sini, aku berubah. to be truth, aku tak ada kekuatan lagi nak cakap benda ni, tapi aku cakap jugak, sebab aku menyesal attitude aku mcm tu.. maksud aku jahat tu, aku freehair. aku geram, aku peduli apa korang nak cakap, bila once oranag dah cakap aku jahat, aku memang akan jadi jahat. last time aku freehair masa kat sekolah, especially masa latihan karate do dan masa sukan, sebab dulu pon sekolah perempuan, bila naik matrik, aku ingat taknak dah freehair, nak berubah, tapi bila benda ni dah jadi kat aku, aku geram, aku nak marah, nak memberontak. AKU NAK TUNJUKKAN DIRI AKU JAHAT SEBAB ORANG DAH COP AKU JAHAT. KORANG SEMUA SALAHKAN AKU, SEMUA PANDANG SEMACAM KAT AKU. aku geram, aku geram lagi kenapa kawan2 aku tak lansung nak support aku, malahan ingat aku ni jahat.
tapi, sampai sekarang aku menyesal, sebab aku freehair.. aku menyesal ok.. saat ni aku dah menangis bila aku tulis entry nie.. kalau la aku boleh pusing masa..aku taknak buat perangai macam tu lagi.. tapi dah terlambat.. dah jadi sejarah.. korang mungkin akan terus ingat aku jahat.. 

sepanjang satu bulan aku lost contact dengan fara/zaer, ada benda pelik berlaku kat sekitar aku. contohnya, bila aku gi kafe, ada beberapa budak perempuan yang aku tak kenal, jeling2 tajam kat aku macam marah, macam nak cari gaduh. pernah sekali tu, masa aku beli burger kat kafe B waktu malam (time ni aku freehair), ada sorang girl ni langgar bahu aku tapi tak toleh belakang or minta maaf ke apa, memang macam sengaja langgar bahu aku, ada juagak selaki tu masa lunch aku beli makanan, ada dua tiga orang tengah berborak sambil pandang aku, jeling2 buat muka meluat.. aku tak kenal pon diorang. aku ada buat salah ke sampai diorang wat camtu?

sampai la satu hari ni, ada sorang pompuan datang bilik aku ketuk pintu, time tu aku tengah buat latihan kimia, dia ketuk pintu, aku bukak, dia tanya,
"awak wanie ke?" aku pon jawab la ya, kenapa? "em, saya A, kawan M, awak busy ke,nak tanya sesuatu kat awak la.." (aku tak ingat nama dia dan si M ni apa, so konon2 la nama dia A dan M k)
waktu tu dia (A) kat luar pintu, dia tanya aku, awak kenal zaer ke?" once bila dia cakap nama Zaer tu, aku terkejut betul, dah sebulan aku tak tahu apa cerita si Zaer/Fara, tetiba pulak muncul seseorang yang tanya aku nama tu. aku terus tarik si A masuk bilik aku utk continue borak dengan dia.

aku cakap kat dia, "emm..kenal.. napa ek???" aku nak dengar cerita dia dulu, so, aku tanya dia. dia pon cerita la.. " takde la, kawan baik saya ni, M, girlfriend Zaer, baru je diorang ni couple sebulan camtu, tapi masalahnya si Zaer ni, selalu buat M marah la. Zaer slalu cerita pasal Wanie. cakap, wanie ni sopan dan cantik la, puji wani itu ini, Zaer dah couple dengan M, takyah la nak cerita pasal pompuan lain. tu saya tertanya2 siapa wani ni sampai la saya jumpa awak skang ni. Zaer slalu cerita pasal wanie kat M, dan M slalu cerita kat kitorang (kawan2 M)".

aku pon tanya la dia balik, "emm,zaer cerita pasal saya pasal apaa ek kat korang???"

dia jawab,
"zaer bagitahu wani ni ex-girlfriend dia, dulu wani slalu dating dengan dia, Zaer pernah bawak wani gi jalan2 waktu malam, Zaer cerita yang dia pernah kiss wani kat leher (SIYESLY! AKU NAK MUNTAH TULIS NIH!!!), dia pernah tengok wani pakai sexy, wani sangat friendly, cantik, penyayang, suka makan tu, suka buat ni, hobi itu ini, dan banyak lagi la.. masalahnya skang, Zaer ni suka compare kan wani dengan M.. M bengang la sebab dibanding2kan dengan wani.. saya dah nasihat kat M jangan layan zaer, tapi zaer ni suka topup kan lan, bagi tu bagi ni, M pon melayan je, M kawan baik saya, tapi saya tak suka Zaer main2kan perasaan M, lagi2 nak comparekan M dengan Wani. tu yang saya siasat sapa wani ni, tu yang saya jumpa awak ni, Zaer ada mention wani budak hayat. saya dengan M budak account. so saya nak tanya la wani apa hubungan wani dengan zaer.."

ok.. aku tarik nafas..dalam..dalam..fuhh... aku memang rasa nak pitam time tu bila dengar si A ni cerita.. aku pon cakap dengan dia, 

"awak, mana M? boleh tak saya jumpa dia. sekarnag jugak. "
"eh wani, awak jangan la marah, M tak tahu saya jumpa awak ni, awak takyah la jumpa dia"
"saya kena jugak jumpa M, sebab Zaer tak wujud, ok. Zaer tu perempuan. nama dia Fara. dia tipu awak jadi Zaer, dia nak kenakan saya."

waktu tu, si A memang dah terkejut beruk ar. nak pendekkan cerita, si A deal dengan dengan aku untuk bawak M jumpa aku nanti. 

pada hari yang sama, aku message As, aku cakap, nak jumpa dia, nak come clean semua ni, siyesly, i cant take it anymore, is was too much. aku ingat dah sebulan dia tak kacau, dah ending semua ni, tapi jadi macam ni pulak. aku jumpa As hari yang sama, kat blok dia. waktu tu Fara dah pindah blok. dia duduk dengan kawan yang lain.

masa kat bilik As, as kata kat aku, "wani, shua nak wani jumpa x- roomate Fara dan ceritakan apa yang terjadi.. Shua dah lama sangat nak settle benda ni semua, tapi tak berani nak jumpa wani" (SHua, tu nama timangan aku dan As = Ashua, Wanishua) .

so, aku jumpa ex-roomate fara yang duduk searas blok As, dengan As dalm satu bilik ni. aku ceritakan apa yang terjadi semua kat roomate dia. Fara ada bagi aku cincin, teddy bear dengan coklat, aku plakk memang geliga ada ambil gambar coklat dan teddybear tu, sebelum tu, aku dah pulangkan teddybear tu kat Fara sebab taknak ada apa2 hubungan dengan Zaer/fara. Zaer ada bagi aku cincin, cincin tu plak time tu aku simpan lagi, aku tak buang, aku tunjuk kat x-roomate fara, dia terkejut gila. dia cakap, 

"saya pernah outing dengan fara, dia beli cincin, sama sebijik dengan awak tunjuk ni, dia cakap nak bagi kat adik sedara dia". x-roomate dia tak caya mula2 dengan story aku, bila aku tunjuk cincin tu, baru dia percaya yang zaer tu fara..

dia cakap, "patut la fara macam pelik, dia selalu keluar dari bilik bila bercakap dalam tepon, macam ada benda yang dia sorokkan dari kitorang.. (sebab dia tengah berborak dengan aku, menyamar jadi zaer,).. 

aku cerita kat as pasal M dngan A nak jumpa aku pasal zaer ni, one day ni, aku, As dengan Mash, kitorang study kat dalam bilik sakit kat blok B, waktu malam, lagi 3 minggu nak final exam sem, so A datang, bukan saja bawak M, tapi ada lagi 5-6 orang kawan dia bawak ke bilik sakit time tu. so, malam tu, kiroang bukak semua cerita A sampai Z pasal Zaer dan Fara, aku cerita part aku, M cerita part dia, dan yang lain semua jadi pendengar. kawan M bagitahu aku,

"wanie, sorry la..kiotang mati2 ingat wani ni pompuan jahat.. bila zaer cerita dia pernah kiss wani kat leher, wani pakai sexy depan dia, wani selalu kuar malam dengan dia, kitorang dah cop wani ni pompuan murahan.."

"oh..ok.. so, korang la yang selalu jeling2 kat saya masa kat kafe..korang la yang slalu langgar2 bahu saya tu sume.. saya pelik jugak sape la korang ni jeling2 langgar bahu saya. "

"takla, kitoang geram gak si zaer tu selalu puji2 wani, sorry la, kitaong kat belakang, kutuk2 wani  ni pompuan murahan, senang betul zaer nak kiss kiss wani, tapi kitornag memang tak sangka rupanya zaer ni penipu..tak snagka rupanya dia perempuan. wani kitorang minta maaf sangat2 sebab dah cerita benda2 buruk pasal wani.."

seriously, even aku pon tak pernah jumpa zaer, dan jumpa fara sekali dua je masa outing dnegan masa makan lunch sama2, dan KISS KISS LEHER? WATTA HELL????? SAMPAI MACAM TU SKALI FARA DAH FITNAH AKU???

aku marah+sedih+MARAH! memang gila2 marah, sebab sanggup fara buat cerita macam tu! sanggup buat FITNAH sampai macam tu skali? apa aku dah buat kat dia? samapi dia nak kenakan aku macam tu skali?

 malam tu aku menangis teruk sangat.. cukup la kawan baik aku jauhkan dari aku, cukup la budak praktikum aku pon ada yang withdraw dari aku, dan sekarang ntah sape2 yang aku tak kenal ni plak benci aku kerana fitnah yang fara dah buat... aku sedih gila..semalaman aku nangis sampai lebam mata..rasa nak give up study..dah la nak final exam time tu lagi 3 minggu.. malam tu, aku message fara, aku cakap aku nak jumpa dia malam tu jugak. dia cakap, dia pon nak jumpa aku, tapi dia taknak aku bawak kawan2 aku jumpa dia..

as dengan geng2 M nak teman aku jumpa fara malam tu, tapi aku tolak. aku cakap biar aku settle semua ni sendiri. malam tu jam 10 camtu, As ikut aku jumpa Fara, waktu tu aku memang masam gila, muka tension, muka macam 'pompuan murahan yang jahat yang nak balas dendam'. haha. 

aku nampak fara kat tangga bawah blok B depan kafe, aku datang kat dia pastu aku tolak bahu dia (korang bayang la sendiri macam dalam drama korea ;p) aku cakap, "napa fara buat wani camni..apa salah wani kat fara.." waktu tu dah ada orang lalu lalang nampak kitorang bergaduh kat tangga, waktu tu jugak As tarik tangan aku, "wani, sabar wani.. jangan camni.. kita settle benda ni elok2..." waktu tu fara diam je. aku tolak2 bahu dia, As tarik2 aku, aku plak dah menangis time tu, As mungkin ingat aku nak tampar muka fara ke, or nak tumbuk fara, tu yang dia dok tarik2 tangan aku tenang kan aku. haha. kelakar la bila ingt balik.. As suruh fara balik bilik, sebab aku time tu emotional, dia taknak keadaan jadi lagi buruk, so as tenangkan aku.

tapi malam tu aku jumpa fara dalam kol 3am kat kafe yang gelap gelita time tu, kitoang berdua je.. fara mengaku salah..dia mengaku yang dia tipu aku, dan minta maaf.. dia cakap, dia rindu kat aku pasal tu dia 'couple' dengan M sebab nak hilangkan rindu kat aku. masalahnya dia create cerita 'kiss' cerita aku pakai sexy, keluar malam2 dnegan dia, seolah2 aku pompuan murahan, dia FITNAH aku. pompuan mana tak sedih kalu kena fitnah?

aku cakap dengan fara, "tolong la fara, jangan ganggu aku lagi.. cukup la, tolong berhenti, " malam tu dia bersetuju taknak ganggu aku lagi. tapi selepas 2-3 hari tu dia msg aku, "wani, turun bawah, fara nak bagi cake. sempena birthday wani. fara dulu dah janji kat wani nak bagi cake, so tolongla terima untuk kali terakhir, fara takkan kacau wani lagi". aku dah tolak, cakap taknak terima, tapi dia insist jugak suruh aku terima sebab dia dah beli pon.. time tu bulan 4. birthday aku bulan 3. so aku terima la jugak, aku turun bawah, ambil cake, tak cakap banyak dengan dia, terus naik atas. aku potong2 cake tu, aku ketuk pintu setiap bilik kat aras blok aku, aku bagi kat semua orang yang ada kat aras blok aku sambil ucap "goodluck for your final exam". diorang semua cam pelik pahal la aku semangat bagi cake utk wish goodluck semata. hahaha. aku tak makan lansung cake tu. tapi sayang nak buang, so aku bagi la kat semua orang.


aku dengan fara memang dah lost contact sampai skarang, cuma ada masa2 dia akan message aku or email aku, tapi aku tak balas. dah 4 tahun dah. aku takkan lupa pengalaman ni. memang pengalaman bodoh, tapi pengalaman ni dah mendewasakan aku..3 bulan aku kena tipu oleh fara, 5 bulan aku hilang kawan baik aku, 5 bulan aku hilang diri sendiri, dan mungkin 50 tahun kot, baru aku boleh lupankan semua ni by that time aku dah ada alzhemier kot untuk lupakan semua ni.. dan semua 5 bulan tu aku tak dapat balik, dah jadi sejarah hitam dalam hidup aku. 

da good thing benda ni jadi kat aku, aku skang jadi 'kuat'. maksud aku, since kes nih, bila ada je orang message nak berkenalan dengan aku, aku tak layan, aku tak balas, so aku jadi 'kuat' disitu. tapi sampai skang jugak la aku masih single sebab tak melayan lelaki dah. ahahaha. 

dan masa final sem 2, pointer aku 3.8, tak la bagus mana, tapi lagi better dari sem 1, mungkin sebab aku study je memanjang, withdraw dari orang luar, hidup seorang diri dan study kot..

another good thing benda ni jadi kat aku, aku menyesal dan mahu berubah.. bila skang aku fikir benda bodoh yang aku dah buat dulu, aku rasa nak berubah. aku menyesal dan rasa nak berubah. aku betul2 dah menyesal. dan aku harap kawan2 aku boleh terima aku balik.. sampai skang, aku masih lagi terasa 'withdrawal' dari kawan2 aku. walaupon kitorang ada contact2, tapi dalaman hati diorang tu, mungkin diroang masih tak suka aku lagi..

the bad thing,, aku hilang diri sendri masa nak abis matrik tu.. aku jadi orang lain.. aku jadi 'jahat'.. aku rebellous, nak tunjuk yang aku ni jahat.. aku geram sangat..

aku boleh terima kalau ada perempuan suka aku, tapi bukan dengan menipu aku. maksud aku suka tu, orang suka kita, apa masalahnya?dan aku aku straight ok even masa aku kat sekolah dulu, ada dua perempuan  yang sorang ni tomboy, suka kat aku dan aku jadikan diroang adik angkat aku, takda masalah, aku boleh terima mereka, aku tak benci pon budak2 lesbian ke, budak2 tomboy ke, budak2 pengkid ke, tak salah aku berkawan dnegan diorang. tapi once bila orang dah menipu aku, aku tak boleh terima. bukan saja menipu, memfitnah aku plak lagi tu.

teringin nak cerita kisah adik2 angkat aku yang toboy ni, kisah diorang ni bergaduh berebut aku jadi kakak angkat. kisah sejarah masa kat 'perkemahan' tu dulu... bahaha. bajet faymes. ;p zaman sekolah, biasa la, sekolah perempuan, benda ni sentisa berlaku... nanti la kalau ada permintaan untuk cerita adik2 angkat aku, baru aku cerita kot.. takut boring plak nanti.. lagi2 vna terlibat dalam cerita tu, kang kecik hati dia.. hehe. :p

 k, itu saja cerita pengalaman mengerikan di matriks.. thank you yang sudi baca entry yang sangat panjang nie. rasa lega sedikit sebab aku dapat luahkan cerita ni akhirnya. 
thank you again.
=)