Friday, May 13, 2011

susah sangat ke nak jadi seorang yang rajin mengemas? senang sangat ke nak jadi pengotor? kita kan duduk satu rumah. sama-sama la mengemas!

sesiapa yang skang tengah blaja dan tinggal bersama housemate, tolong la jadi housemate yang baik. ak memang dah simpan benda ni dalam hati cukup lama dah, tak tahan aku, muka je baik, orang kat luar tu semua taw ko tu baik, aku pon rasa ko tu baik, tapi ade sesetengah benda buat aku menyampah dan meluat ko tau tak.

sorry ar since ko pon dah tak jadi housemate aku, aku peduli apa, kita bukan kawan pon. kita cuma ex-housemate. (aku tengah geram la jugak utk entry kali ni, so kalo ada yang terasa, peduli apa aku, pergi ar menangis sorang2 dalam bilik kalo ko tersa hati kecik ati, i dont HELLL CARE.)

ini blog aku, aku memang suka complaint kat sini, sebab blog aku ni ibarat therapy aku nak release tension, dan aku peduli apa orang kekcik ati, ko tak suka, sila BLAH dari sini.

k, mula-mula toilet. semenjak ko pindah dalam rumah ni, ko tak pernah nak cuci toilet. at least cuci la singki. dah la tak tolong nak cuci sama-sama, ko kumpul plak rambot ko dalam longkang shower, pastu kalo dah mandi tu, ko tinggalkan spentot ko tergantung berbulan-bulan time ko cuti. ko ingat aku nak tolong angkatkan dan letak kat tombol pintu bilik ko ke? ak nak angkat buang dala tong sampah pon tak sanggup ok. aku lebih rela cuci pampers pakcik makcik yang bedridden tu, lagi bagus, dapat pahala. dah tinggalkan spentot, kadang-kadang ko tinggalkan towel kat dalam toilet, sampa berbau, aku nak mandi tiap-tiap kali kena tahan nafas mcm orang nak mati.

aku dah belikan glove, aku beli pencuci toilet, berus jamban, aku letak kat toilet tu hope ko nampak dan ambil initiative nak cuci toilet, tapi haram, tak pernah lansung, masa aku pergi intermship kat UK dua bulan, aku balik umah, ya Allah, sampai hijau singki, sampai tersumbat singki penuh dengan rumpai, rambut bergulung-gulung kat longkang shower, aku balik dari UK 2 bulan, benda pertama aku buat bukan unpack barang, tapi cuci toilet dulu. time tu,fine..takpe..aku bersabar je.. aku malas ar nak merungut.. aku pon memang suka bab mencuci-cuci ni, at least aku melatih diri sndiri jadi pembersih sikit.

aku taw la ko blaja medik, penat studygroup la bagai, tapi cuci toilet tu, sampai ko dah kawen ko ada anak, ko kena la rajin sikit, takkan ko nak harap orang gaji, mungkin ko dah kaya la kot nak hire orang gaji, tapi memang BULLSHIT la kalo ko igt aku ni cam orang gaji ko nak tolong cuci toilet tiap masa.

2 tahun aku tinggal dengan ko, satu kali pon tak pernah ko nak cuci. pastu bila aku dah cuci, pandai plak ko ak berterima kasih "wani, thanks ye tolong cuci kan toilet". hampeh betul. ko ingat ko sorang je nak study jadi doktor, aku pon busy gak nak study jdi nurse, aku memang nak maki je, tapi aku diam malas nak cakap kang ko kecik ati.

pastu dalam peti ais plak, ko dah makan tu makan ni, ko tinggalkan leftover kat dalam peti ais tu berkurun sampai berulat. aku jugak yang amik tolong buangkan. kadang2 aku nak simpan barang aku pon tak muat sebab penuh dengan SAMPAH kau.

pastu, kadang2 pas makan, ko buang lebihan makan tu dalam sinki sampai tersumbat, pastu ko kumpul pinggan mangkuk tak bercuci tepi sinki untuk bagi aku nampak dan tolong cucikan. aku memang taknak cucikan, tapi kalo dah seminggu kat sini, aku TAK TAHAN tengok tau tak. aku ringan kan tangan dan berdoa ya Allah tolong la bukak pintu hati housemate aku ni jadi rajin sikit sambil cuci pinggan mangkuk ko tu. tersiksa jiwa raga aku dengan perangai buruk ko nih.

one more thing aku yang sedih sangat ngan perangai ko nih, ko blah dari umah ni ko tinggalkan semua sampah sarap ko kat dalam umah ni. dah la tak say goodbye. at least akak-akak final year tu ada la jugak kemas-kemas cuci toilet dan salam-salam peluk cium aku say goodbye sebelum diorang check out.

aku tak tahu pon ko pindah sebab barang ko kat toilet, dengan tuala mandi tergantung kat toilet ada lagi, barang ko kat dalam peti ais pon ada lagi. so, aku ingat ko tak pindah lagi, tetibe kelmarin ada budak nursing year 1 check in 3 orang dan masuk bilik ko.. aku pelik gak. rupanya ko dah pindah bilik.. budak year 1 tu plak tanya aku apa nak buat dengan barang ko kat dalam bilik dia, dengan bantal, whitecoat, baju, buku,dan SAMPAH SARAP segala bagai, aku cakap letak dulu kat luar bilik, nanti akk bgtaw dia suh amik, dan skang kat ruang tamu ni penuh dengan SAMPAH ko kat depan bilik aku susah aku nak jalan nak bukak peti ais sbb penuh barang ko. ya Allah. tertekan aku. tolong lah, aku dah bgitaw ko amik barang, kalo ko tak datang amik arini, memang aku campak je kat luar umah biar makcik tukang sapu yang pembersih tu tolong bersihkan. geram aku.

to be true, ko memang baik, rajin gi surau, rajin study, sopan, manis, cantik orangnya, pandai plak tu, bila aku tanya pasal soalan medical, ko tolong aku, ko memang pandai, aku rasa ko bakal jadi doktor yang pandai, aku memang respect dengan ko masa awal2 ko kat sini, aku segan ko nak berkawan orang yang seperfect cam ko ni, tapi bila kes "TIMBALAN PENGARAH HARI SISWI" yang ko tak buat satu kerja pon, tapi ko letak jawatan ko tu dalam manifesto pilihanraya untuk tarik undi, aku sebagai PEMANTAU program memang menangis ar pikir yang aku dengan ahlijawatankuasa yang lain bertungkus lumus untuk program tu, yang ko timbalan tak pernah datang meeting tolong apa2, dan LANSUNG tak join pon program tu, ko boleh letak jawatan tu dalam manifesto ko yang pertama plak tu, ko berbangga betul, sedangkan kami yang penat lelah ni buat kerja, orang lain plak nak dapat nama, memang bullshit betullah time tu.

skang aku dah tak kisah pon pasal tu. ko pon dah BLAH dari rumah ni, aku senang hati sikit. ko tak say goodbye pon aku tak kisah. ko buat-buat tak kenal aku pon aku tak kisah. buat apa aku nak simpan kawan yang macam ni.

cuma aku kecewa dengan peragai ko, behavior ko, aku sebagai housemate ko, ko pon dah kawen kan. semoga ko rajin sikit la pas ni, nanti dah ada anak lagi, nak buat kerja rumah lagi, please la change your behavior.. mungkin husband ko sangat baik kot nak buat semua untuk ko.

im just nobody to you, tak layak nak advice ko, tapi kalau ada perempuan kat luar sana, tolong lah latih diri dari sekarang, jangan dah kawen baru nak belajar mengemas.. tak rugi kalo ko cuci toilet, mengemas dari sekarang dari harap orang lain buat, dari harap orang gaji buatkan, sebab kalo dah kawen baru ko nak buat, memang tak terbuat la. kalo rajin dari sekarang, at least lepas dah kawen tak terasa beban sikit, seba  dah bias buat kerja rumah...

anyway, aku pon bukan lah rajin sangat, bukan la pandai masak pon, aku pon nak jugak kejar cita2, nak study sungguh2, takda masa gak nak mengemas, sian kat mak aku asik mengemas umah, nanti la cuti2 ni aku nak jadi rajin sikit mengemas umah, tolong mama masak, nak blaja memasak, sebelum ni aku ada alasan 'study' pasni dah takda lagi alasan aku nak bermalas-malasan.. skang baru aku rasa apa mak aku rasa mesti dia hangin je aku kekadang malas nak mengemas. so, memag Allah tu maha berkuasa la turun kan balik rasa apa yang mak aku rasa kat aku. hahaha. takpe, aku dapat pengajaran dari sini..

semoga aku menjadi wanita yang lebih rajin mengemas dan menjadi yang solehah lepas nie....semoga haousemate aku menjadi isteri yang rajin. dan dia memang isteri yang solehah pon. cuma rajin mengemas je la kureng sikit...haha.

screw you if you upset on this entry. you had no idea how upsetting i was for 2 years already. 

No comments: