Wednesday, June 22, 2011

final sem result, thesis, presentation, check out from kolej dan KOnvo!!!! :p

Alhamdulillah.
result exam yang memuaskan utk sem terakhir ni. 
=)
dan yang paling penting thesis aku A-. haha. mati2 aku igt akan fail sbb mse kes presentation ari tuh.
 k, nak cerita la sikit pasal presentation research aku.. aku sebenarnya malu ar nak cita pada awalnya sebab menyedihkan and sound pathetic. tapi since aku dpt A- aku rasa tak la teruk mana pon. aku je ter emosi lebih2. 

masa habis exam haritu, kiotng ada presentation research. dan diantara judges salah satunya Prof XY sorang ni. of course la lelaki tu pasal aku tulis XY chromosome. haha. garang la. habis sorang2 punya research presentation kene hentam. dan yang paling teruk nya group aku la (aku dengan Tay). 

sebelum tu, ak nak cerita sikit pasal thesis aku dgn Tay, kitorng buat tajuk research 'The Impact of patient Education on Quality of Life Amongst Haemodialysis Patients". nanti ak post entry pasal thesis ni. tp research group aku je yang lain dari lain sebab kitorang buat experimental study while semua orang group lain buat cross sectional study. 

seriously u had no idea how much time, money and energy we spent on this thesis, and thank God we received quite a lot money form ethic otherwise making this thesis would be impossible. aku dengan Tay, macam orang gila bagi patient education to every patient, every each of them, one-to-one patient education. patient kami ada 72 plak tu.


Tambahan pulak, patient aku on dialysis, so of course la mcm mana diorng nak jawab queationnaire, terpaksa la alu dgn tay tanya satu2 soalan contoh nya "pakcik, adakah pakcik berpuas hati dengan jagarawatan hemodialysis staff disini? pakcik sila pilih satu diantara 5 ini, 1 untuk sangat tidak puas hati, 2 untuk sedikit tidak puas hati, 3 biasa saja, 4 sedikit berpuas hati, dan 5 sangat berpuas hati???" pastu pakcik tu jawab "boleh tak anak ulang semula, pakcik kurang dengar la.." pastu ko pon dengan penuh kesabaran mengulang soalan itu semula. dan sampai soalan yang terakhir dimana ada dalam 60 soalan, dah habis masa 1 jam untuk soalan. lepas tu ko nak start bagi patient education, cerita pasal penyakit buah pinggang, punca penyakit, mengawal pemakanan dan air, demonstrate exercise, contoh makanan high phosphate, pastu belum lagi kalo pakcik tu banyak plak soalan, paling lama bagi education pernah sampai 2 jam., hampir 2 jam masa habis untuk satu patient. dah ko bayangkan la kalo 72 patients. 

aku dengan tay, habis je posting pukul 3, berkejar ke dialysis centre kat cheras, naik teksi, dapat interview dan bgi education dapat paling ramai pon 3 patient. ada sekali tu tak dapat patient sebab patient dialysis ni 3 kali treatment, so akan jumpa patient yang sama.. kalo lepas intrview tu, pastu balik umah dah pukul 7.30pm.. penat sgt.. penat yang amat sgt ya Allah je la yg tahu betapa penatnye nak buat research nie.. sampai suara pecah sebab banyak bercakap, nak interview, nak educate patient, ulang benda yg sama setiap2 patient..

sampai la masa reseach presentation, prof XY ckp, reseach aku ni tak sesuai/ tak reliable, result tak tepat, bias, sebab dia ckp, kalau you bagi patient ni A, you kena bagi patient yang lain A jugak. maksudnya, kalo aku educate partient A tentang satu benda, info tu kena sama untuk setiap patient.
masalahnya MR PROF XY, ini adalah patient education. something yang subjective. kalau patient A sy bagi A, patient B sy bagi A jugak, lepas tu patient B tanya, apakah cara nak kurangkan gatal2 kulit, dan saya kena la cakap kat dia "maaf pakcik, saya tak boleh bagitahu sebab info yg sy bagi kat pakcik kena sama dgn info yg sy bagi kat patient lain" tak ke lagi banganag tu? lagi la langgar ethical. patient right to get patient education ok.

mmg la reseach aku experimental, kena control dari bias, tapi pikir la ni patient education, bukan nya experiemntal mcm bagi drug ke, kalo drug/medication, bagi patient A 500mg, tapi patient B bagi 1000 mg sebab dia obese, ha yang tu boleh la ckp bias. tapi patient education, mana la nak boleh control education tu?? aku tak paham betul la prof tu boleh comment mcm tu. 

lagi satu, kitorang punya research ada gudeline. 1st, assessment, assess patient level of understanding dulu, mana datang2 terus ckp "pakcik penyakit buah pinggang ini bla bla bla" "pakcik kena kurang makan itu ini bla bla bla.." kalo pakcik tu 80 tahun , mana education dia sama dgn pakcik berumur 40 tahun? pakcik 40 tahun plak dia educated, google pasal penyakit dia, so takkan kita nak bagi patient education kat pakcik umur 40tahun sama sgn pakcik 80 tahun??? 

so, by the end memang la tak boleh nak bagi sama rata kat semua orang kan??? except la drug/medication yg mcm aku ckp tadi.. lagipon research aku mengenai nursing profession. nak buktikan yang nurses main peranan dalam educate patient dan bagaimana education yg nurse bagi tu memberi impact kat quality of life seseorang.. by the end, mmg ada significant pon kat result kitorang.. especially physical symptom improved. anyway, aku bersyukur sgt, aku dapt bagi education kat patient, free plak tu, patient pon happy, aku tak lupa ada patient bagitahu aku, "terima kasih sebab beri info, takda pon sebelum ni sesiapa yang nak ajar saya benda2 ni" ya Allah gembira aku taw bila patient appreciate kita mcm tu,  at least reseach aku ni betul2 menguji aku untuk menjadi nurse dalam educate patient. betul, sgt menguji. susah jugak nak bagi ilmu pengajaran pada pesakit, lagi2 yang dah putus asa, taknak improve quality of life, kitong dah mcm buat sesi conselling, dengar je patient luahkan perasaan tentang penyakit dia..

lepas presentation tu, prof XY tgh menjamu selera dgn lecturer yg lain, ternampak aku, pastu dia cakap kat lecturer sebelah dia, "ada satu group ni saya fail kan, yang buat pasal kidney tu"  pastu lecturer yang lain nampak aku, dia cakap, "ala prof gurau je la. dont take it seriously.." huhu, mmg dia saja je usik aku sebab kitong punya group kena hentam teruk masa present, tapi masa aku balik bilik, aku menangis terus sgt..

lagi2 masa lepas present, jumpa prof Ho, dia cakap, kita ubah semua research kita, takyah buat experimental, just amik result pre-test,buat cross sectional study utk quality of life. ak dgn tay tak setuju, sebab kalo mc tu baik takyah bagi education tu semua sgn buat post-test lagi. sia2 je.. nak pendekkan cerita, tak ubah apa2 pon reseach tu..

tapi masa balik bilik tu aku down sgt... aku menagis teruk sgt. aku rasa sia2 je aku penat2 bagi patient education, interview sorang2, dapat result yg significant pon rasa tak guna je.. 

jsut now aku check result final sem aku, Alhamdulillah dapat A- untuk thesis. prof Ho ada tnya prof XY selepas presentation tu, Prof XY tu dia mmg sengaja hentam kitorng sbb reseach kitong yg lain dari lain, so hentam la puas2, tapi dia mmg dah bagi A pon.. proses buat thesis tu semua dah ok dah. dan bias tu mana2 reseaxh pon boleh terjadi. lagi satu markah tambahan jgk sebab kitong ada buat qualitatif study. puan santhana pon suka baca thesis kitorng. dia ckp very good. huhu, dia pon mmg lecturer yg buat reseach quali, mmg la dia suka, group lain tak sure ada ke yg buat qualitative study.

anyway, gembira sgt, aku puas hati la dpt A- pon, tak sia-sia penat habis masa habis tenaga, habis air mata menangis buat reseach ni, by the end, aku dapat kredit, patient aku pon happy dapat banyak free education. Alhamdulillah. takda siapa rugi disini. =)


yess.. sem ni aku bole dpt dekan lagi ke?. haha. boleh ke?
sem ni 3.62. so, PNGK 3.47, huh naik 0.01 je.. tp takpe la, Alhamdulillah.
sepatutnya sebelum ni dpt 3 anugerah dekan, tp dapat 1 je sbb yg lagi 2 tu tak tuntut, dah burn sijil tu. masa year 2.. collect lambat sgt, akk kat pej akademik tu kata dah buang la sbb tak tuntut awal2. haha. leh lak cmtu kann. yg satu ak dpt ni mse sem 2 year 3 punya.. ni dpt 3.62 leh la dpt lgi satu kan?? kan?? huhu.. nak nak nakkkk nak sijillll..nak lagii.. huwaaa... =')


oh ya, Amalan Kejururawatan II aku dapat B+ tu adalah paper law and ethic.
huhu, aku ni tak terer la paper law.. kalo aku terer dah lama aku amik course lawyer ok..
dan aku ni dikategorikan nurse takda etika la ni? sebab tak dapat A? kalo aku kene sue dengan patient, sure kalah la nie? ahahaha. 

Fakulti lain siap ada Majlis Anugerah Dekan, bertuahnya korang. kami mana ada anugerah2 ni. kalau kita dapat anugerah dekan, kita sorang2 je la tahu. itu pon kalau tahu, kalau tak tahu, habis burn sijil macam sijil aku masa tahun 2, dah burn sebab tak tuntut, sebab aku tak tahu.. anyway, apa yang bestnye sijil ni? boleh membantu ke dapat keje? aku tak rasa sijil ini membuktikan seseorang tu pandai.. kadang2 rasa macam nonsense je sijil anugerah dekan ni. anyway, alhamdulillah, dapat satu pon, at least ada dari takda..

oh ya, aku malu nak tunjuk gambar ni, tapi ni la bilik kolej aku masa tengah exam week. sorry la, aku memang lintang pukang time exam, tak makan, tak minum, tak tidur, tak mandi, tak mengemas, bersepah terbungkang bilik aku time exam. haha. ni la bilik tidur kolej aku yang telah membantu aku mendapat 4A- dan 1B+, so kalau sapa2 rasa ini memberi sumber inspirasi, sila la follow perangai aku. haha.


before

kalau macam bosan kan, kita boleh main game cari barang tersembunyi di sini.. ('=
ada topi, jam, double A paper, medal, HP, apa lagi.. best ni, boleh buat game! =')

 
after
 ni plak dah masa last dah check out dari kolej.. bersih kosong bilik aku. ok la, satu kereta je nak punggah semua barang..kira ok what.. takda la banyak sgt barang aku kan.. tapi satu kereta pon, mak aku drive kereta tu, semua orang macam pandnag pelik.. mungkin penuh sgt kot.. huhu.

sekarang ni tunggu result LJM.. risau gak, rasa macam susah sgt exam LJM ari tu. takotnya kalau fail.. kalau fail aku kena repeat bulan 9.. time tu suppose bulan KOnvokesyen. aku nak konvo. taknak repeat paper. huhu. takot. ='(


 aku dah nak bayar rm110 untuk konvo ni, jgn cakap tak jadi plak sebab kene repeat exam. TAKNAK!!!!!





bismillahirahmanirahim. AKU NAK LULUS LJM! ='(
nak jadi nurse, nurse NURSE jugak!
tak muhu jadi benda lain, nak jadi nurse jugakkkkk...
wuwuwuwuwuuuu.. (TT.TT)

oh ya, nak update Graft aku!!!
dari sem 1 sampai la sem 8. hehe.
sem 1 hancusss..
menangis mcm org gila aku time tu bila kene repeat paper.
siyes menanges macam ada org mati!!!!
(^_^)v

4 comments:

RevVING NOTES said...

Panel thesis mmg suka saiko. Sbb kita final year kan, dan diorg amik peluang keemasan ini dgn sebaiknya.

Tahiah sbb berjaya mengharungi waktu yg btl2 mnguji kamu!

Wow, result dia. Gile kentang. Tahniah!

norshazwani nasaruddin said...

tu la, kita kena saiko sampai nages2 bengkak2 mata. hahaha. TQ.
(^_^)

si gadis said...

akak..kalau buat non-experimental as in..buat cross sectional study markah kurang eh

norshazwani nasaruddin said...

takda la, buat mana2 pon as long as the process in correct, dapat la markah. tp kalo buat experimental mcm at risk sikit, so kalau bagus mmg high point la. =)