Friday, July 29, 2011

1st Day at Medan

Assalamualaikum,

Aku dan familyku kali ni bercuti ke Medan, Indonesia. actly aku lagi suka gi bandung sebab Bandung is the place of heaven for shopaholic mcm aku nih. haha. tp kitorng pegi Medan sebab nak just nak bercuti tengok tempang orang, tgk keindahan dan kecantikan bumi Tuhan, iaitu Danau Toba..


Kitrong bertolak dari rumah jam 5.30am sebab flight jam 8am. Dah le mlm tu aku tido lewat jam 3.30 am, kene bangun pkul 4.50am, kitorang solat subuh di perhentian sebelum sampai di LCCT, then check in flight, pastu gi makan sarapan pagi.


Flight bertolak jam 8.30am cmtu, 30 minit je kot dah sampai Medan, gila cepat, naik basikal pon dah sampai. haha. so, kami sampai jam 9am cmtu, tapi mse kat immigresen, kitong beratur kat belakang skali, hampir sejam lebih kot nk lepas immigresen di Medan.

Dah lepas Immigresen, kitong terus keluar dari airport, pastu ada pakcik ni sambut ayah aku dan family ke sebuah bus.. masa nak ke bus tu, ada orang minta bag untuk angkat ke bus.. aku tengok ayah dgn Azmi bagi bag kat dia, so aku pon bagi la bag aku kat org tu, aku ingat orang tu pekerja bus tu, tolong angkatkan bag..rupanya tidak... kat Medan tu, kalau ada orang tolong sikit, even tolong tunjukkan jalan pon, kita kena bagi tips. tapi masalahnya, orang sana tahu kita ni orang Malaysia, kadang2 tips yg diminta sampai rm20 just cuma angkat bag/ tunjukkan jalan.. ni apa yg diberitahu oleh Pak Derman our tourist guide (pakcik yang sambut kitorng kat airport tu).


Masa naik bus, dah macam ramai dalam bus tu, rupanya ada lagi 2 group yang dah tunggu lama.. sian diorng tunggu kitong sejam lebih sebab diorng naik flight lain, maybe dah sampai awal.. satu group adalah family chinese 6 orang dewasa, satu group lagi mcm group kawan-kawan 4 orang.


Bus yang kitornag naik, kecil je, cumil je. hehe. yela, dah kitong nak jalan jauh, jalan raya pon kecil je, nak naik bus besar mcm payah je nak lalu kat jalan2 kampung tu. so sape2 yg nak gi Medan pasni, jgn ikut group tour yang besar, sebab naik bus besar, dan menyusahkan bila bus besar tu lambat, betul tak?



Masa on the way kitorng nak ke Danau Toba (yang mengambil masa 3 -4 jam kot), mak ai ko jgn cakap la jalan raya dia.. jalan raya takda high way, so ikut jalan kampung, jalanraya yang sempit, tapi kereta dia banyak. pastu kereta, bus, motor, beca, lori-lori besar punya la laju,diorng style kat sana suka bunyi hon. kita kat Malaysia kalau bunyi hon tandanya marah. tapi sana, nak potong sikit, bunyi hon, nak masuk selekoh sikit, bunyi hon (tanda amaran, takut berlanggar) tp hon dia bukan hon yang panjang dan lama tu la. bunyi dia mcm "pin", "pin". camtu je. hehe,, aku takleh plak nak demonstrate bunyi dia cmne..


Kenderaan kat sana berhimpit-himpit makan jalan sampai jalan raya tu dari 2 lane, nmpk mcm 3 lane, lane tengah untuk potong, tapi org sana takda la marah kalau kenderaan lain makan jalan dia. mmg dah style camtu.. bagus jugak la.. kat Malaysia ni org Malaysia ego tinggi, tak boleh ada kereta nk potong sikit, dia tak bagi, tak pon bunyi hon tanda marah. pastu mencarut2..


Hampir 4 jam kot tak silap nak ke Danau Toba, tapi kami berhenti makan tengahhari di restaurant, best jugak makanan di sana. sana terkenal dengan Nasi Padang. nasi Padang sama je konsep dia dengan nasi putih ada lauk. tapi lauk dia best jgk la, ayam kampung tu wajib ada. heheh , aku tetibe mcm lapar plak..

Group Hero2 4 orang
Group Chinese Family 6 orang

Lepas makan kami gerak semula ke Danau Toba, yang lain semua dah tertido kat dalam bus sebab lama sgt nak sampai kat Danau Toba. tapi aku tak la tido sgt, aku suka tengok jalan raya, pemandangan.. Kat Medan tu sedih aku tengok.. kalau kita rasa kesian kat negara kita ada org miskin hidup susah, kat sana lagi kesian kot.. kalau kat trafi light tu, wajib mesti ada kanak-kanak yang ketuk2 tingkap minta sedekah..


yang sedihnya, aku nak gak tolong bagi sedekah..tapi bapak aku pesan dan jugak Pak Ramon, kalau kita bagi sedekah, lagi ramai berkerumun kat kita nanti minta sedekah.. lagi kesian.. so, aku dalam bus tengok je la diorang ketuk2 bus mintak sedekah.. tak dpt nak membantu.. kanak2 tu kecil lagi, mcm baru umur 7-8 tahun pon ada, kalau kat Malaysia tengah tengok tv sambil makan piza, tapi kat sini, dengan kusut masai, kulit terbakar sebab berjemur, baju pon dah serupa dgn kain lap kaki, sian sgt.. ='(


Perjalanan diteruskan ke Danau Toba, akhirnya kami sampai jugak, family aku dgn family chinese tido kat satu hotel 4 bintang ni, tapi yang group "hero2" (bak kata Pak Remon, haha) tidur kat hotel biasa je.. tapi siyes aku ckp, aku dgn family yg chinese tunyesal tido kat hotel mahal tu. satu sebab atas bukit (tinggi sikit dari tasik toba, kedua, bilik kitong tak mengadap pon pemandangan lake toba). yg chinese tu lagi kesian, duduk situ 2 hari. yang group Hero2 plak even stay kat hotel biasa, tp hotel diorng kat bhg bawah, dekat dgn tasik toba. diorng sempat mandi kat dalam tasik tu lagi. huhu. jeles2. ='(


tapi aku dgn azmi dgn azam plak, petang tu aktiviti kitong, mandi kolam renang kat hotel 4 bintang tuh. gila sejuk. dah la kat gunung, kitong boleh plak berenang2 dalam kolam tuh. haha. penat gak la. sampai petang tu balik hotel, semua tertido, aku dgn mak aku satu bilik, azmi, azam dgn ayah satu bilik.


mahgrib tu, semua tertido, yg lagi teruknya, azmi azam dgn ayah yg tido kat bilik sebelah lansung tak sedar2 bunyi tepon tak angkat, ketuk pintu tak bukak, tekan loceng tak dgr, tv terpasang kuat, sampai aku dgn mak aku gi kat kaunter mintak master key. Pak Ramon yg uruskan kitong pon trpaksa tunggu sebab nak pastikan yg kitong makan malam.

malam tu dah semua makan, dah kenyang, balik tido kat bilik.. aku sedih gila sebab tak dpt tgk bola Malaysia Vs Singapore 1st match tu.. bukak tv tu, berita indonesia, tv lain ada drama Indonesia, ada siaran bola mlm tu, tp indonesia lawan apa ntah, aku tak tgk.

pagi2 tu bgn adik aku bgtaw, yg Malaysia kalah 5-3 kat Singapore.. huhu. sedih. ='(
k la, nanti aku cerita hari ke-2 dan ke-3 dalam entry yg lain. huhu.

ni pemandangan sekitar Danau Toba dan pekan-pekan kecil.