Sunday, July 31, 2011

2nd Day at Medan (Samosir Island, Parapat, Berastagi, orang Batak)

Ok, now let's talk about hari kedua aku di Danau Toba. Hari kedua seronok sikit sebab kitorang naik feri. haha. Pagi tu kitorang bagun awal la jugak, kat Medan 1 jam awal dari Malaysia, kalau Malaysia pukul 9am, Medan jam 8am. so, takde la rasa penat aclty kalau bangun awal. hehe. Pagi tu bangun bersiap untuk ke destinasi berikutnya iaitu Samosir. nak ke Samosir kami kena naik feri. Pagi tu kami berkumpul di jeti, sementara tunggu group lain sampai, aku dgn adik aku amik2 gambar pemandangan di sekitar jeti di lake toba.

keluarga chinese yang bersama  hanya bersama kami sehingga hari ke-2
Masa tu ada 2 budak kecil warga Indonesia mandi kat dalam tasik tu. Mak ai, pandai betul diorang berenang, kecil2 dah pandai, mesti sebab dah selalu mandi tasik toba. masa diorang berenang, diorang mintak "logam", diorang sebut "kak, logamnya..", aku tak paham mulanya, rupnya mereka nak duit syiling.. hehe. aku pon dgn bermurah hati la nak bagi "logam" malaysia (duit syiling Malaysia) tapi budak2 tu suro aku campak kat tgh2 dasar air tasik tu, aku pon apa lagi campak la, budak2 tu berenang masuk ke dasar tasik pegi amik logam tu. haha. pandai betul berenang! aku jadi excited, aku baling lagi jauh sikit, budak tu diving lagi masuk dalam air, seriously tasik tu dalam gila, tapi budak tu pandai berenang!!! aku baling siling 20sen, 50sem, 10sen, 5sen, hehe. tapi kalau convert dlm Rupee, mahal tu.. RM1 dalam 3, 000 Rp.




Kami naik Feri bertolak ke Samosir. perjalanan dalam 40 minit ke Samosir. aku tak tahu mcm mana nak gambarkan betapa cantiknya Tasik Toba tu.. Ya Allah bahagia betul aku kerana bertuah dapat tengok kecantikan keindahan alam semula jadi milik Allah tu. Menurut Pak Derman, Tasik Toba terhasil daripada adalah bekas Gunung Berapi yang meletus 400 juta tahun dahulu. Gunung Berapi yg meletus ni la yang telah memusnahkan spesis Dinosaur dulu. Tasik Toba adalah tasik ke-3 terbesar di dunia dan tasik pertama yang terbesar di Asia Tenggara.. Gunung berapi yang meletus 400 juta tahun dulu, telah menghasilkan kawah ditengahnya, dan kini terbentuk la Tasik semulajadi Lake Toba.. Besar gila tasiknya.. rasa mcm kat laut, tapi bukan laut. 

Menurut Pak Derman jugak, kita tak boleh sembrangan mandi kat tasik toba tu, kalau tak pandai berenang, jangan berani-berani nak berenang, sebab Tasik Toba graviti dia lagi kuat dari laut, lagipun air tasik bukan mcm air garam di laut, so orang mudah tenggelam ke dasar tasik tu. huhu, aku tak pandai berenang..tapi teringin jugak nak berenang kat Lake Toba tuh. ='(


Masa perjalanan ke Samosir, ada 3 orang kanak2 remaja yang nyanyi2 sambil ketuk gendang. Not Bad. sedap jugak suara diorang, lagu boleh tahan jugak. aku enjoy la jgk mse dalam perjalanan. Lepas diorang dah nyanyi2 tu, kita pon kne la bagi sumbangan, nothing's free okay. haha. aku bagi rm2 jadi la. hehe.




Setelah sampai ke Samosir, Pak Ramon memulakan degan penerangan yang agak detail mengenai tempat tersebut. Medan terkanal dengan kaum Batak yang perkampungan asal mereka di Pulau Samosir. Kaum Melayu menggelar Kaum Batak sebagai Kaum yang memakan orang. aku pon tak pernah dgr pasal kaum Batak, tapi masa kami kat sana, Pak Derman telah menceritakan sejarah bagaimana kaum batak dipanggil sebagai kaum yang makan orang..



Di perkampungan itu, kaya degan budaya, adat dan sangat berdisiplin. Dimaklumkan orang Batak ni, sangat garang orangnya, tapi dalam hatinya masih baik, kalau kita di Malaysia, kita cakap orang Melaka kasar orangnya, so mcm di Indonesia, Orang Batak, mereka agak kasar orangnya. dan orang Batak sampai sekarang ada yang menjadi pak polisi dan peguam kerana sifat mereka yang berani, kasar dan garang, akan tetapi mereka masih mempunyai hati yang baik, jujur, dan sanggup gadaikan nyawa demi pertahankan kawan walaupon kawannya bukan dari kaum Batak.

Perkampungan lama orang Batak yang kini menjadi sejarah
Mereka tidak suka, tidak mencuti, masa kami di shop2 kat Samosir tu, mereka paksa2 kita beli barang dia, walaupon kita tak beli, mereka takda la sampai mencuri duit kita, itu sesuatu perkara yang amat dilarang oleh mereka, sejarah nya bermula, di zaman dulu , Kaum Batak amat berdisiplin dgn peraturan. zaman dulu, kalau ada yang mencuri, merogol, atau membuat perkara yang jahat yang tidak boleh diterima masyarakat, orang tersebut akan dikurung di bawah rumah (seperti penjara) selama seminggu.

Kemudian mereka satu kampung akan adakan perjumpaan bersama ketua kampung untuk membincangkan hukuman yang bakal dijatuhkan pada orang jahat yang tertanggap ini. contohnya, jika seorang yang dituduh merogol perempuan, mereka akan dipotong anunya (tutt~), kalau mereka dituduh mencuri, maka tangan nya yang dipotong, kalau menipu, lidah yg dikerat, kemudian mereka akan dipancung lehernya, dan darahnya yang keluar dari leher tersebut akan diminum oleh ketua kampung, dan daging nya akan diratah/dimakan oleh orang kampung, bagi menunjukann betapa geram dan marahnya mereka pada si penjahat tersebut..

Pak Ramon yang mendemonstrasi semula bagaimana upacara penghukuman dijalankan oleh kaum Batak
Tapi nak dikatakan disini, ini hanyala sejarah yang pernah berlaku beribu tahun dahulu, kini tidak ada lagi berlaku di zaman sekarang, akan tetapi kaum Batak masih lagi mempunyai ciri2 garang dan kasar tu.. tapi mereka tak makan orang pon. hehe. takut kan bila dengar cerita ni??

Replika artifak yang digunakan dalam upacara penghukuman (betul ke ayat 'penghukuman'? :p)
Pak Derman ckp, mereka bukan la sesuka hati makan orang, tapi mereka dulu rasa amat marah/geram dengan penjahat/perogol/pembunuh, tapi bukan semua orang kampung yang akan makan daging manusia tersebut, sesiapa yang amat marah je la, contohnya Bapa kepada anakl gadisnya yang dirogol, dia berasa marah terlalu marah sampai dah dipancung pun, dagingnya itu digigit/dimakan, menunjukkan betapa marahnya si bapa itu..  again, saya tekankan, ini zaman dulu. ini adalah sejarah, peraturan zaman dulu.. kita skarang dan ada undang2, hal mcm ni tak lagi terjadi di Medan.

Lepas Pak Derman menceritakan sejarah orang Batak, dan tunjuk demo mcm mana penghukuman itu dijalankan kat adik aku, kitorang pon dibenarkan utk bershoping 30 minit.. masa aku dgn family aku jalan di dalam kampung tu tgk barang2 nk shopping, org2 Batak tu paksa aku beli2, sampai tarik2 tgn aku msuk kedai.. huhu. takut aku dibuatnya.. family aku dah tinggalkan aku, aku kat belakang kene tarik2.. takut sgt.. actly kalau mereka tak tarik aku mcm tu, aku nak je beli.. tapi dah paksa2, sapa suke kena paksa..

Pak Derman kata, kalau nak beli, baru tawar menawar, jgn bila dah tawar, tapi tak beli, nanti mereka marah, yela, orang Batak kan garang.. aku plak asik teringat2 cerita bab makan orang, jadi bertambah takut aku nak shopping.. 

tapi at the end aku beli jugak la kat satu kedai ni.. my first shop aku spent Rupee aku, tapi rasa dah mcm kena tipu je... diorang pandai betul manipulate kita sampai confuse.. bila balik rumah baru aku sedar kne tipu.. malas nk cite panjang mcm mana ak kne tipu, tapi biarla.. halal kan je la.. mereka pon orang susah.. terpaksa menipu nak dpt duit utk sara keluarga..

Ada T-shirt ni hara 80 000Rp, tapi aku tgk kat Parapat boleh dpt 20 000-30 000Rp.. sabar je la.  bapak aku bgi kitorng sorang 1 juta Rp, lebih kurang dlm RM360 camtu. aku habis pakai shopping, azmi azam berlebih2 siap tukar balik duit Malaysia. haha. 

Lepas shopping t-shirt dgn key chin, kitorng pon naik feri balik, pergi ke Parapat plak. Actly group tour nak bawak kita semua ke kubur zaman dulu, tapi fmily aku tak gi pon, sbb mak aku ckp tu kubur Kristian.. bukan ada apa sgt pon.. so aku tak taw la cmne kubur lama tu dlu. kitorng berpisah dgn lgi 2 group tu, kitong shopping kat Parapat dan tgk ada wayang patung kayu kat situ.


Again, aku menyesal gila tak shopping sakan kat sni, sebab aku igt kat Medan pon ada jgk tmpt shopping mcm ni, tapi rupanya takda... time ni aku simpan je duit aku tunggu nak gi Medan nti. huhu, nyesal.. lepas 30 minit kat Parapat, kitoang naik feri dan balik Danau Toba semula untuk makan tgh hari. oh ya, forgot to mention, kitong dah check out dari Hotel 4 bintang tuh, sebab next stop check in Hotel kat Berastagi plak.. dalam 4 hari 3 mlm tu, 3 hotel kitornag menginap. tu yg aku rasa mcm rugi jgk, anyone kalau nk join tourist group mcm ni, jgn la amik package yang mahal or hotel yg mahal, sebab tidur malam je, bukan nak lama kat hotel tu.. rugi kot, hotel mahal tp check in hotel 8pm, tido, pastu bgn pagi check out. haha. rugikan? so my advice, cari hotel murah je, utk tidur, sbb siang nak jalan2. - ni yg kebanyakkan mat salleh buat. hotel yg kitorng menginap tu lansung takda pelancong, semua dok hotel murah2 ja. haha.

Dah balik ke Danau Toba, kami pon gi makan tengah hari kat sau restaurant. makan nasi dagang lagi, not bad, sedap jgk. eatable. tak sakit perut. haha. time makan tgh hari la kami terpisah dgn group chinese family ni, sebab mereka amik package 5 hari 4 malam, mereka still menginap hotel 4 bintang tu, dan akan follow tourisng guide yg lain esknya.. makan, tinggal la family aku dgn group Hero-hero utk perjalanan seterusnya...

dah lepas makan, kami solat jamak kat Masjid, lepas tu kami (2 group) bertolak ke Air Terjun di Berastagi. perjalanan agak lama, dalam 1-2 jam tak silap,kat tmpat air terjun tu, pada pendapat aku tak best sgt la, sebab tgk air terjun dari jauh je.. kalau la boleh pergi lagi dekat.. kitong stop kat tempat air terjun tu, amik2 gambar, pastu beli t-shirt lagi, dlam 30 minit, pastu gerak ke tempat lain plak.

Next, kami stop kat Siantar Hotel, Berastagi, minum teh halia kat sana. aku dgn azam amik2 gambar sebab tempat tu cantik.. ala-ala cameron highland gitu. haha. sejuk la. ayah aku order teh halia utk kitorng semua termasuk group Hero-hero tu, pastu kami apa lagi, manjamu selera la teh halia dgn goreng pisang. teh halia tu.. mak ai..aku tak tahan rasa dia. rasa halia pekat gila... tapi aku paksa jgk minum. haha.

muka azmi yg memaksa diri minum teh halia pekat
Lepas dalam 30 minit nak 1 jam duduk lepak minum teh halia, kami berangkat balik ke Hotel..again, ayah aku book hotel mahal yang cantik gila, tapi takda orang. haha. hotel punya la cantik, tapi kitong sekejap je kat hotel tu malam tu sampai hotel, terus makan malam kat hotel tu, pastu check in bilik, pastu tido. mak aku sampai tak perasan rupanya ada voucher karaoke free. dah pagi baru perasan..kalau tak malam tu kitonag nak je melalak karaoke... hotel tu pon ada kolam renang, tapi kitong tak sempat nak explore kawasan hotel tu, pagi bangun terus check out blah dari hotel..
di Berastagi, selepas minum teh halia aku menjadi lebih berani :p
Rasa rugi sgt sebab tak explore hotel mahal tuh. sampai mlm terus tido, pastu pagi check out. again, aku nasihatkan, sape2 nk gi medan ikut group tour, jgn amik package mahal or hotel mahal, sia-sia je nanti.. huhu.

k la, tu je kot aku share utk hari ke 2, hari 3dan 4 nti aku tulis dlm satu entry sbb tak bnyk kot. cuma shoping je lebih. huhu.

Bubye,

WAssalam..

2 comments:

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



Hazwan Hafiz said...

Info yang menarik !