Sunday, August 21, 2011

Different Ward Management

Aku nak sgt jerit sekuat hati sebab aku tak ada masa yang sesuai untuk tulis blog!!! and i hate that!!! :(
2 minggu yg lepas memang aku buys dgn kerja, new environment, new management, semua nya jadi berubah. 

working in here is totally different from what I've learnt in HUKM. kalau kat HUKM, kita ada TL nurse (team leader) dan jugak cubicle nurse. ada 28 beds in one ward, ada PK (pembantu kesihatan) dan jugak of course sister. TL nurse akan jdi runner, indent barang, stok ubat, arrange patient yang nak pergi OT, Xray, CT scan, indent cssd, emergency trolley, etc. cubicle nurse job scope pulak incharge cubicle (ususally ada 4 cubicles), one cubic akan ada 6-8 beds, so one nurse incharge 6-8 patients, bagi ubat, monitor pt progress, v/s, Intake Output, follow ward round, update new orders by Drs, etc. kalau PK tu hantar pt pergi Xray, hantar specimen, bed making, dan lain2 la yg mereka membantu staff nurse.

Tapi di hospital sini, TP la kerja yg paling berat aku tengok, paling mencabar, dan paling challaneging. kalau dpt jd TL memang hebat la. pagi2 pass report, hanya TL sorang yang akan pass semua report patient (28 orang) to staff shift berikutnya. contoh TL malam akan pass report pada smua staff nurse dan TL pagi. so TL pagi yg dah amik report akan prepare any blood result/ct scan result/xray result medication chart dan pt case note utk follow ward round. masa wourd round, TL akan pass report to Dr. contoh, kalau old patient just inform psl blood result, pt v/s, temperature getting down ke tak, I/O mencapai target intake or not, pastu Dr akan either continue same management or order new special order mcm tambah antibiotik ke, order new drugs ke, order hantar pt buat any investigation ke, so TL akan jot down. dalam ward ni ada 4-5 doktor, so kalau 2-3 doktor buat ward round serentak, staff nurse yg free kne follow sbb TL ada sorang je kan, cmne nak follow. 

tak mcm HUKM satu round tu ada specialist, ada MO, ada HO ada student lagi, sister, staff nurse, semua follow. HO usually akan present case dan jot down any new special order, mungkin ni hospital universiti, so mcm ni la kita nak train new staff dan new doctor. tp kat Glen, TL nurse ni mmg serupa kerjanya dengan HO kat HUKM. bila anything goes wrong, specialist tu akan marah habis-habisan kat TL nurse (mcm HO kat HUKM usually kena) sbb dah TL yang follow ward round. kalau ada new case, TL la yang akan present new case tu pada doktor. tp usually doktor dah tahu serba sedikit new case since pt admit di emergency lagi.

bila TL dah follow semua dr buat ward round dan update any new special orders, TL akan sampaikan update tersebut pada medication nurses. contoh kalau increase dose ke, indent ubat baru ke, so medication nurse akan buat la. medication trolley sini ada dua. cubic depan dan belakang. medication nurse akan prepare ubat according to cubicle. 

lagi satu position nurse kat dlm ward ni adalah A.N dan H.A. A.N stand for Assisstant Nurse. dan H.A. stand for Hospital Aid. AN akan buat observation, 2 hourly monitor temp, 4 hourly v/s, BP, HR, apex beat, so, kalau ada abnormal, AN akan inform medication nurse, contoh: temperature more than 37.5, dia akan tulis pd kertas dan inform medication nurse, terus, med nurse akan serve pcm (ada tablet, syrup dan supp) according to their temperature la. usually kalau sgt high mcm >38.5 akan bg supp sbb cepat tindak balas dia, according to patient's medication chart/ Dr. orders.

AN dan HA akan buat linen (tukar bed sheet) dan jugak update I/O bersama2 med nurse yg tgh free (takda ubat utk serve pada akhir shift). AN dan HA jugak yang akan hantar/ambil pt pergi OT, CT scan, Xray, etc. 

at the end of shift, TL akan pass report to another shift staff dan TL. to me, kerja TL la yang paling berat aku pernah tgk kat sini. mmg serupa mcm HO. dan dekat sini kte takda HO or MO, Dr on call sini adalah dr specialist td. sbb sini doktor patient bayar, kalau patient nak dua doktor incharge, maka dua orang doc tu yg dia kne byr, harga lain2. pasal tu skang ni ada kes, dr on call tak dpt dihubungi, staff nurse nak call MO tp patient refuse sebab nti charge lain.. so bahaya jugak la kalau satu dr je yg inchage patient. 

di hosp sini jugak, yang ambil darah, insert branula, nurses yang buat. tp tak semua la, yang trained nurse je boleh buat. mungkin dalam minggu depan or lepas raya, aku kena (WAJIB) attent satu seminar ni utk blaja IV Cannulation, blaja insert branula, siap akan ada exam praktikal lg. adus. seriously banyak betul exam kat sni.. tapi takpa, aku suka sebab belajar. dari kita tak tahu apa2 dan harming patient, lagi teruk. bila belajar tu, dpt sikit ilmu dan confident..

dua minggu lepas aku ada cerita yang aku kena buat exam drug calculation. tak igt berapa soalan, 50 soalan kot, kalau salah satu boleh buat correction, kalau salah lebih dari 3 kena repeat exam. huhu. tp aku bernasib baik la tak kene repeat, cuma kena buat correction.. soalan dia mmg susah gila tahap gajah duduk la. bukan kira drug yg kita biasa buat tu (yg dose required/dose in stcok X vol in stock ) NO. bukan yg simple ni taw. tp yg kne kira body weight, pastu bahagi doses lagi, contoh kalau order 0.2gm/mL/kg, pastu kne convert ugm ke gm la, kne darab body weight, pastu bahagi lagi doses kalau yg order TDS/QID, alah pening lah. aku pon susah nak explain. pastu ada juga kira Infusion rate, drip rate, kalau children lain plak drip factor dia (60 drops), ish mengerikan la aku nak cerita satu2. masa buat tu, aku kira pakai basic math, pakai nisbah, tak ikot formula sgt, sbb dia bagi bnyk formula. tapi lega la jgk dapat jwpan yg betul.. mmg tak expect la boleh lulus, bajet mmg akan kne repeat..

minggu lepas jgk aku ken attend NNJ talk (neonatal jaundice) camne nak manage patient jaundice, sbb nanti akan ada test/exam dr yang akan bagi kat kitorng semua staff nurse ward pead, kalau salah dr akan denda, tp taktaw denda dalam bentuk mcm mana.. tapi minggu lepas takda, dan hari ni aku cuti (isnin), hari esok dan seterusnya aku petang, ntah berpeluang ke tak nk ambil test tuh. nak mmg rse nak, tp tkot kalau fail. 

Aku dah kerja 2 minggu, dan aku dah merasa tangging dgn AN dan medication nurse. aku start tag dgn med nurse mse hari ke 7 tak silap, pastu med nurse (senior) tanya aku dah berapa lama kerja, ak ckp baru 7 hari, dia pon ckp "cepatnya dah tagging dgn medication nurse", awk dri college mana? "UKM". aku tak tahu weather it was a compliment or insulting bila tanya mcm tu, but i get a good feeling that it was a compliment. anyway, i dont want to feel easy or confortable yet, sbb aku rasa aku masih lg tak competent dan perlu banyak belajar lg. i rather to be scolded rather than harming the patients or make mistakes. 

Mentor aku sangat sangat garang tapi still friendly dan baik. pada awal2 minggu hari tu aku asik kena marah je, sebab kita msih tak biasa dengan management sini, contohnya syiringe kat sini kena ambil price tag dan lekat pada patient's card voucher seb nti akan kene charge. aku terbuang tag tuh, dan ada jugak salah ambil syringe (sbb dose ubat 1gm pakai 10cc) tp aku amik 5cc, so mmg bodoh gila aku blur2 cmtu, adui. huhu.

dan bnyk lg la kesilapan bodoh yg aku dah buat, sebb management lain2 dr hukm, protokol dan standar lain, tp bukan la kesilapan yg affected patient yg mcm medication error ke, tu tak pernah lg la buat dah TAK HARAP/ SIMPANG la aku taknak buat ok. sini nak bgi ubat kne countersign, kira dua org yg kne sign med chart. dan sini setiap kali nk bg IV kne flushing, pt spigot (clamp) IV sekejar sbb nk gi toilet, nak start IV blink kne flushing, so berapa bnyk kali ntah kne flush. pastu bila flushing sni ken record. ada IV line assessment chart lgi, setiap kali flush, insert/remove kne tulis date, ada redness/pain/backfow/ semua kne chart. adoi, letih jgk la. tp aku rasa bagus kot cmni, kita akan buat dgn berhati2 sbb semuanya akan direkod incase branula bengkak ke, rosak ke, patient senang nak sue kita sebab ada record siapa yg flushing siapa yg remove/inser branula, ada nama dan sign staff nurse yg buat? huhu. x) 

kat sini tulis report berbeza dgn HUKM. sini buat fokus charting. kalau kat HUKM kita biasa buat discriptive yg tulis panjang lebar takda siapa nk baca. tp sini focus charting dia mcm ada colum utk tulis title, data dan action. contohnya, satu column ni tulis "temperature", pastu next column, tulis data " patient febrile", kat action plak, tulis "monitor temperature 2 hourly, administer pcm 500mg 4-6hourly, tepid sponge, etc.etc." camtu la. aku suka focus charting ni sbb kita nampak degan jelas sgt, tersusun sikit dri discriptive nursing note yg kte biasa buat kat HUKM tu. tiap2 shift sama je. tak terbaca pon. complicated sgt. 

patient file ada satu je. dia tak seperate BHT dan observation chart mcm kat HUKM. sini satu file. dan nursing note tak campur dgn Dr note. tapi still dalam satu file yg sama. cuma medication chart je diasingkan, sebb med chart selalunya berada dlm medication room atau dgn pt file mse dr buat ward round.

k la, panjang pulak entry aku kali ni. igt nak tulis experience jaga patient kanak-kanak, tgk la next time kalau ada mse lapang, ak cerita kat sini... best gila kerja dgn budak2. hari2 diorang menjerit kat telinga aku, aku makain sudah boleh cooperate dgn budak2 yg kuat menjerit dan aku makin lama makin pandai nak pujuk budak2. ahahaha. dlu mcm tak reti sgt. tp ni dah kerja, nak taknak kne gak pandai handle budak2. so far,I LOVE MY JOB SO MUCH. sangat HAPPY ditempatkan ke peadiatric ward. management menjaga kanak2 yang sakit tak sama dgn org dewasa.. menjaga kanak2 yang helpless dan parents yg sgt anxiety adalah bukan pekerjaan yang mudah.  

:)

1 comment:

AnneRaini said...

aduh pening kepala nak baca segala short form medical term sume tu...hehe..

dah jadi nurse ye..selamat bertugas ye...