Sunday, October 30, 2011

hampir mati

Pernah tak kita rasa sebelum ni, yg kita akan mati tapi akhirnya kita masih hidup bernafas? Mesti pernah at least sekali pon. Contohnya accident dan kita igt kita akan mati. Aku pernah rasa dan alami. tpi belum pernah lagi accident yang dahsyat2 tu, Nauzubillah, taknak la pikir pasal accident yg dahsyat2 tu. :(

1. masa aku umur 10 atau 11 tahun kot, waktu tu aku darjah 3 kot, tak igt umur berapa, tai aku masih igt, waktu tu satu family pergi desa water park, mandi manda kat sana. masa kecik2 dulu tempat tu kan baru bukak, so famous jugak tempat tu, pernah sekali tu aku mandi kat satu kawasan ni, tak ramai org, yg macam longkang besar tu yang kat hujung2 tu, panjang gila longkang tu, yang pusing satu desa water park, kalau sapa pernah pergi, mungkin tahu kot, waktu tu aku tak pakai pelampung, sepatutnya kena pakai pelampung sebab air deras laju,  aku berenang sorang sebab adik2 aku kat depan dengan pelampung. masa tengah berenang2 tu, aku terpijak kawasan dalam, tak tahu kawasan tu dalam, sedar2 je kaki aku tak capai lantai, aku lemas gila time tu, memang waktu tu aku dah telan banyak air, aku terkapai2 sebab tak reti berenang, mmg dalam hati aku ckp, aku akan mati, lama dalam air tu, mungkin 3 minit kot, pastu tiba2 ada sorang abang ni angkat dukung aku, pastu dia cakap mana pelampung awak, jangan berenang sorang2, waktu tu aku dah batuk2 sebab telan air banyak.. tapi aku tak pengsan la, aku memang separuh sedar, dia angkat aku, aku duduk batuk2, pastu aku blah je tinggalkan abang tu.. =(

2. ok, yg tu pasal lemas.. yg kedua masa aku naik basikal balik dari sekolah agama, sekolah petang, time tu masa darjah 4 ke darjah 5... time hujan.. bawak beskal mcm org gila laju sebab baju basah.. aku kene langgar dgn keta, basikal aku kemik habis, aku tercampak jauh, memang ada luka2, tp alhamdulilah tak patah riuk. aku menggigil balik umah, masa balik aku nangis2, aku taknak bgtaw mak aku sebab takot kne marah.. aku igt mak aku takkan tahu, rupanya besok tu mak aku dpt tahu kot, sebab sepupu aku nampak aku accident sebab dia kat belakang aku jgk, naik basikal.. dia report kat mak aku.. aku kene marah teruk.. aku nangis lagi.. sedih.. basikal aku kemik dow, banhagian tayar lak tu.. tp aku ketuk2 repair sendri.. huhu. yang langgar aku tu makcik, pompuan, dia punya la takut sbb dah langgar aku ckp nk bwk aku gi hospital, tapi aku taknak, aku amik basikal aku, terus tinggalkan dia.. sebab waktu tu aku dah cuak gila, aku yg salah sebab tak pandnag kiri kanan lintas, laju je kayuh beskal tu.. so aku takot. aku cuak, aku blah je tinggalkan makcik dgn keta dia tu. =(

3. aku accident lagi. yg ni bukan kenderaan langar aku, tapi aku langgar tiang. aku pernah cita kat blog ni dlu, yg aku langgar tiang, masa tu time bulan puasa, nak raya, aku langgar tiang yg bleeding teruk. sampai kepala aku kene jahit depan blakang. sampai skang parut ni ada kat dahi aku. kat belakang tengkorak aku pon, aku still boleh rasa parut tu dgn jari..dua tiga hari lps tu aku muntah teruk banyak kali, sampai kne x-ray, aku tak igt la doc bg apa, pastu aku ok je.. tu accdient yg paling teruk kat bhg kepala aku penah alami sebab aku rasa banyak memory hilang la, pastu aku ni cepat lupa, cpt lupa nama org, nama tempat, nama jalan, tp muka org aku boleh igt. kalau kwn tu dah knl 4-5 tahun pon aku boleh lupa nama dia. ='(

k la, banyak actly masa2 aku rasa yang aku akan mati. tp taknak la kongsi.. taknak igt pon, takut.. aku bersyukur aku masih lagi hidup bernafas di bumi Allah ni.  dah 23 tahun pon hidup. mungkin 10 tahun dulu nyawa aku hampir dicabut, tapi Dia masih beri aku peluang untuk aku hidup, untuk aku lalui dugaan dan cabaran duniawi ini, dan mungkin untuk aku perbaiki diri ini sebelum aku betul2 bersedia menempuh waktu kematian aku nanti.. 


Tuesday, October 18, 2011

Beautiful Niqab & Hijab



Surah an-Nur ayah 31 states:


"And say to the believing women that they cast down their looks & GUARD their PRIVATE PARTS & do NOT DISPLAY their ORNAMENTS except what appears thereof, & let them WEAR their HEAD-COVERINGS OVER their BOSOMS, & NOT DISPLAY their ornaments EXCEPT to their husbands or their fathers, or the fathers of their husbands, or their sons, or the sons of their husbands, or their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their women, or those whom their right hands possess, or the male servants not having need (of women), or the children who have not attained knowledge of what is hidden of women; & let them not strike their feet so that what they hide of their ornaments may be known; & turn to Allah all of you, Oh believers! so that you may be successful.(Qur'an 24:31) 







Thursday, October 13, 2011

I do better on my own..

aku ada satu perangai ni, bukan perangai, tapi mcm prinsip hidup. prinsip hidup aku, jangan bergantung kepada orang. mungkin sebab aku kakak dan anak sulung, aku rasa macam I can live alone with no one tells me what to do, aku ada satu prangai, I dont hell care what people think, what people said, as long as I know what im doing, as long a know how to decide in my own way for the sake of my OWN LIFE. 

dat why aku tak suka ada kawan baik sejak zaman skola lagi, susah seseorang nak jadi kawan rapat, sebab aku suka buat benda sorang2, study sorang2, join apa2 pon sorang2, dan sampai skarang aku happy bukan sebab aku alone, tapi aku happy bila aku tahu, aku masih lagi boleh teruskan kehidupan, tak jatuh sakit pon, tak stress pon, tak mati pon, tak bahaya pun, aku masih lagi boleh berdiri kalau tiba2 aku jatuh.

aku tak suka kalau ada orang kongkong hidup aku, dan aku tak suka kongkong hidup orang, u decide ur life, i deciede my own, memang dari kecil lagi, mak ayah aku biarkan aku buat keputusan sndri contohnya "ma ayah, wani nak join karate", dia pon bayar yuran utk aku, "ma ayah, wani dah pilih matrik penang, sebab wani nak rasa berjauhan dgn ma ayah", diorng pon dont bother, mungkin sebab aku anak perempuan, they dont really concern whether i'll be someone one or not one day, I think they're just concern of their boys, Azmi dan Azam. dan sejak kecil lagi aku struggle utk buat mama ayah impress untuk aku, aku nak sangat ma ayah cakap kat aku "good girl", "good idea", "pandai la akak", any compliment, tapi parents aku tak macam tu, dulu even aku dapat pergi UK, bila aku ckp je, "ma ayah, wani nak pergi UK, UKM sponsor wani", first thing yg ayah ckp "kenapa UK? kenapa jauh sgt?". tak lansung aku dgr, "betul ke? wahh! ayah gembira utk anak ayah sorang nie!!" atau "ma tumpang gembira utk akk, bangga mama dapat anak mcm akk ni". TAK. they dont pampered me with those kind of words. until now, aku rasa tak puas dgn apa yg aku ada sebab, aky tertanya apa sebenarnya yg diorang nak? apa yg boleh membuatkan ma ayah aku at least appreciate aku? mungkin diornag appreciate, cuma diorng jenis tak bagitahu OR mungkin diroang tak ambil peduli sebab again, "cuma anak perempuan". pernah jugak terkeluar dari mulut mak aku yg sedang ckp dgn makcik aku, dgn kwn dia ke,ntah la sape, tp dia mention .." anak perempuan tak kisah la sangat, anak lelaki ni, kita risau apa jadi masa depan dia..". it was really crushing my heart...

thats why, dont blame me if was like this, I am the person who self-centered, doesn't care about surrounding, im not selfish, i do give hands when people asking or needs my help, but it just i think i can be better by my own, i can live better without ones tell me what to do and whatsoever.. sebab dari kecil aku memang dah trained utk buat keputusan sndri..

aku susah susah susahhh sgt nak get engaged dgn orang, cuma orang orang tertentu je yg berjaya buat aku rasa diorang kawan the best yg aku pernah ada. tak semua aku gelar kawan, (dan jgn ckp boifren, guyfriends, soulmate, and stuff like that la, sebab lagi aku benci sebab aku tahu boy stuff memang akan jenis melampau2 nak kongkong hidup aku nanti), aku just harap one day kalau aku ada jodoh, aku taknak dia kongkong hidup aku, me with my life, me decide my life, you decide your own. but again, let me emphasize here, I decide my life, base on what i've learnt from you. means, kawan2 baik yang aku gelar kawan the best yang pernah aku ada, adalah bukan jenis kawan yang "wani, ko kena buat tu, buat ni". NOPE. diorang adalah kawan yang aku pilih sebagai role model aku, mcm Veena dlu, pandai dlm kimia dan add math, aku sgt jealous dgn kepandaian dia, setiap kali exam mesti dia lebih sikit dari aku, Veena jugak jenis lasak, dalam karate, dia mesti kesukaan senpai dan senior sebab dia jenis lasak, so aku jealous sgt dgn dia dan cuba nk kejar dia, dan aku pulak jenis, get close with enemy, and get away with love, so aku dulu menyampah gila kat veena, so aku pon nak lawan dgn dia, nak bersaing dgn dia, ended up, we became best-friend. veena, mesti ko bengang bila baca post ni, but it was the truth :p tapi sampai akhirat la veena, ko kawan sejati aku.. dulu pon aku pernah jealous sbb ramai junior suka kat ko taw,  jealousnyyeeww!!. ahahaha :p

kawan special dekat matrik, asmidar (ashua), mungkin dia anggap aku kawan biasa, tapi dulu aku suka kwn dgn dia, sebab aku kejar dia jugak. sebab dia pandai sgt dalam biology. tp ashua dgn veena lain, veena pon jenis jealous dgn aku (aku tahu apa dia rasa), tp ashua jns yg "fuiyoo!!! terer ar wanishua!!!" dia suka bagi encouragement kat aku. dia bukan jenis "wnishua kena wat camni la, wat camtu" tp dia jenis "wnishua rasa patut buat apa? pendapat ashua mcm ni mcm tu, tp wnishua buat la keputusan trbaik utk wnishua k". haa. dia jenis yg suka pujii puji aku, at the same time bila aku buat kputusan yg salah or tak tahu buat kputusan, dia tak ckp aku salah pon, tu asmidar, another friend that i assume my best friend i ever had after raveena. 

i don't know where and when im going o find a friend like them again.. I am sooo thankful i've met them in my life.. now we had 'separated' already.. wish both you still by my side everyday which is impossible.. Kalau la aku, veena dan asmidar lemas dalam laut, aku akan bermati-matian selamatkan diorang ni, walaupon aku tak reti berenang. ok. perumpamaan bodoh. kalau la diorang lemas dalam lautan, aku akan mintak tolong orang pandai berenang selamatkan diorang ni, dan aku akan buat basic life support give rescue breathing and start chest compression 30:2 in five cycles, sampai aku pengsan sebab tak cukup oksigen. :'( ish, mintak benda baik2 sikit wani, boleh tak? ada plak fikir kawan lemas dalam laut. :(


Tuesday, October 11, 2011

Majlis Konvokesyen UKM (Fakulti perubatan dan Universiti)

aku tahu memang dah hampir 3 minggu aku konvo, tapi peduli apa kan, aku nak letak jugak gambar konvo aku dalam blog ni. semenjak kerja ni, memang takda masa nak tulis2 blog la, sedih betul, so letak gamber je la. haihh~ ='( 

oh ya, gambar sebelum ni cuma pre-konvo je, saja je dok test2 jubah camwhore sekejap dgn kawan2, tp ni gambar masa hari konvo. thanks to Azmi, adik aku yang tolong amik gambar.

Ibunda dan Ayahnda Tercinta. 
Ayahnda Dekan Fakulti Perubatan UKM
Ayahnda Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail UKM
Kak Jeha my Ex-Housemate. RINDU KAK JEHA. =')
Kak Ika, Ex-Bendahari Jaksa
Wan Nadhirah dan Tuo Mamin. Sweet Friends I ever had. =)
Kak Zila, my Ex-Housemate (sama dgn Kak Jeha. I WILL MISS U KAK ZILA..=')


nak tgk gambar sekecik ni, sila click to enlarge, kalau tak memang boleh dapat glaucoma=')




OK. SORRY FOR BEING CAMWHORE 
=')