Sunday, October 30, 2011

hampir mati

Pernah tak kita rasa sebelum ni, yg kita akan mati tapi akhirnya kita masih hidup bernafas? Mesti pernah at least sekali pon. Contohnya accident dan kita igt kita akan mati. Aku pernah rasa dan alami. tpi belum pernah lagi accident yang dahsyat2 tu, Nauzubillah, taknak la pikir pasal accident yg dahsyat2 tu. :(

1. masa aku umur 10 atau 11 tahun kot, waktu tu aku darjah 3 kot, tak igt umur berapa, tai aku masih igt, waktu tu satu family pergi desa water park, mandi manda kat sana. masa kecik2 dulu tempat tu kan baru bukak, so famous jugak tempat tu, pernah sekali tu aku mandi kat satu kawasan ni, tak ramai org, yg macam longkang besar tu yang kat hujung2 tu, panjang gila longkang tu, yang pusing satu desa water park, kalau sapa pernah pergi, mungkin tahu kot, waktu tu aku tak pakai pelampung, sepatutnya kena pakai pelampung sebab air deras laju,  aku berenang sorang sebab adik2 aku kat depan dengan pelampung. masa tengah berenang2 tu, aku terpijak kawasan dalam, tak tahu kawasan tu dalam, sedar2 je kaki aku tak capai lantai, aku lemas gila time tu, memang waktu tu aku dah telan banyak air, aku terkapai2 sebab tak reti berenang, mmg dalam hati aku ckp, aku akan mati, lama dalam air tu, mungkin 3 minit kot, pastu tiba2 ada sorang abang ni angkat dukung aku, pastu dia cakap mana pelampung awak, jangan berenang sorang2, waktu tu aku dah batuk2 sebab telan air banyak.. tapi aku tak pengsan la, aku memang separuh sedar, dia angkat aku, aku duduk batuk2, pastu aku blah je tinggalkan abang tu.. =(

2. ok, yg tu pasal lemas.. yg kedua masa aku naik basikal balik dari sekolah agama, sekolah petang, time tu masa darjah 4 ke darjah 5... time hujan.. bawak beskal mcm org gila laju sebab baju basah.. aku kene langgar dgn keta, basikal aku kemik habis, aku tercampak jauh, memang ada luka2, tp alhamdulilah tak patah riuk. aku menggigil balik umah, masa balik aku nangis2, aku taknak bgtaw mak aku sebab takot kne marah.. aku igt mak aku takkan tahu, rupanya besok tu mak aku dpt tahu kot, sebab sepupu aku nampak aku accident sebab dia kat belakang aku jgk, naik basikal.. dia report kat mak aku.. aku kene marah teruk.. aku nangis lagi.. sedih.. basikal aku kemik dow, banhagian tayar lak tu.. tp aku ketuk2 repair sendri.. huhu. yang langgar aku tu makcik, pompuan, dia punya la takut sbb dah langgar aku ckp nk bwk aku gi hospital, tapi aku taknak, aku amik basikal aku, terus tinggalkan dia.. sebab waktu tu aku dah cuak gila, aku yg salah sebab tak pandnag kiri kanan lintas, laju je kayuh beskal tu.. so aku takot. aku cuak, aku blah je tinggalkan makcik dgn keta dia tu. =(

3. aku accident lagi. yg ni bukan kenderaan langar aku, tapi aku langgar tiang. aku pernah cita kat blog ni dlu, yg aku langgar tiang, masa tu time bulan puasa, nak raya, aku langgar tiang yg bleeding teruk. sampai kepala aku kene jahit depan blakang. sampai skang parut ni ada kat dahi aku. kat belakang tengkorak aku pon, aku still boleh rasa parut tu dgn jari..dua tiga hari lps tu aku muntah teruk banyak kali, sampai kne x-ray, aku tak igt la doc bg apa, pastu aku ok je.. tu accdient yg paling teruk kat bhg kepala aku penah alami sebab aku rasa banyak memory hilang la, pastu aku ni cepat lupa, cpt lupa nama org, nama tempat, nama jalan, tp muka org aku boleh igt. kalau kwn tu dah knl 4-5 tahun pon aku boleh lupa nama dia. ='(

k la, banyak actly masa2 aku rasa yang aku akan mati. tp taknak la kongsi.. taknak igt pon, takut.. aku bersyukur aku masih lagi hidup bernafas di bumi Allah ni.  dah 23 tahun pon hidup. mungkin 10 tahun dulu nyawa aku hampir dicabut, tapi Dia masih beri aku peluang untuk aku hidup, untuk aku lalui dugaan dan cabaran duniawi ini, dan mungkin untuk aku perbaiki diri ini sebelum aku betul2 bersedia menempuh waktu kematian aku nanti.. 


No comments: