Thursday, November 24, 2011

Responsible of being a Peadiatric Nurse

Being a pead nurse, i have to take care the children age from 1 day up to 13 years old, and they all are having different kind of behavior, personality, emotions, and i have to learn and get to know them better before working with them, - ish leceh la. :(

1. Bila code pink, aku kena tengok baby tu dan tahu berapa umur dia, at least estimate size badan dia sebab bila nak bagi larygeoscope, size branula, ETT size, semuanya berbeza! - urgh! pening! semalam code pink drill, aku tersalah bagi ETT size, sebab baby tu umur 7 bulan.. ='(

2. Bila nak bagi ubat, especially budak2 diorng makan ubat syrup, tak mcm tablet, kalau adult, PCM kita amik 2 biji, walaupon ada label kat ubat diorang, tapi as a nurse, aku kena jugak calculate dosage dari body weight budak tu, alahai leceh sgt.. Pernah terjadi Farmasi tersalah label dosage, dan nurse pon bagi ubat ikut dosage yg dah label, Doktor pon tak perasan, ended up budak overdose ubat, so siapa nak disalahkan, kita salahkan farmasi, farmasi salahkan doktor, doktor salahkan nurse, sebenarnya semua yang terlibat SALAH. yang jadi mangsa those innocent child.. 

3. Bila kita bagi ubat kat budak, mummy diorang manja sgt, bila anak dia nangis, dah mummy refuse ubat, taknak bagi ubat, so tak payah la masuk hospital kalau taknak bagi anak ubat. mmg la takda sapa suka makan ubat, tp mcm mana nak baik, kadang2 takleh jugak nak manja2 sgt, kena paksa budak makan ubat, ibu bapa zaman skarang mmg sangat manjakan anak2. Terlampau manja, dah besar mungkin mengada kot budak tu nanti. So as a nurse, cabaran aku bukan saja nak handle budak, tapi nak handle ibu bapa jugak.. ish.. penat la.. budak tak meletihkan aku, tapi mak bapak diorang yang meletihkan aku. 

4. again, parents problem, bila gaduh2, bercerai berai, anak yang sakit jadi mangsa. diorng nak perhatian, tapi mak bapak tak serasi, kesian kat budak. aihh.. banyak betul pengajaran bila dah kerja kat wad kanak2 ni.. kita nak kesian pon xle buat apa kalau dah mak pak diorng camtu.. ada jugak parents yang malas, tukar pampers lambat2, ubat pukul 8am nak amik pukul 10am sebab malas nak bangun dan malas nak kejutkan budak makan ubat, nebulizer pkul 4am, refuse sebab malas, kesian nak kejutkan budak, please, hospital is not a hotel or tempat percutian, kena la sacrifice sikit kalau nak budak sihat cepat. ni asik nak malas2 je.. ada jugak mom yang taknak buat susu anak, tak reti takpe, kita boleh ajar bancuh susu, ni taknak belajar, expecting nurses yang buatkan susu, feeding the child, even nak bagi susu pon takot, suro nurse bagikan.. oh my god.. pernah jugak aku jumpa budak umur 2 tahun, tapi masih tak start weaning food lagi, masih minum susu botol lagi, tak start solid food, anak kurus kering.. pastu bila bagi ubat, refuse sebab tak pernah rasa benda lain selain susu. urgh, bukan salah budak tu, tp salah mak bapak dia. oh ya, i mentioning MAK BAPAK, bukan salah mak je, bapak pn sama, jangan ingat tangungjawab anak tu mak sorang je kne pikul. bapak pon same je.. :'(

Buy anyway, i do love my job, aku rasa aku dah serasi jadi pead nurse, aku rasa job ni bersesuaian dengan aku, walaupon penat sikit, tapi aku puas sangat bila penat tu berbalas bila budak2 sihat, senyum gelak happy gembira bila diornag nak baik (discharged).. ada sekali tu satu budak ingat aku bila terjumpa kat luar, alahai touching gila, budak cina umur 3-4 tahun kot, hahaha, terharu.. (T.T)

P/S: taking care of other's child makes me wanting so much to have my OWN too !! demn. :(




Monday, November 14, 2011

Putrajaya: Pullman Resort, Pasar Malam, Alamanda, Masjid Putra, Tasik Putrajaya



Lepas solat Jumaat, aku dengan Nana bertolak ke Putrajaya dan check in hotel, dah check in, kitorang bersolat asar di Masjid Putra, Putrajaya yang cantik sangat. :)


Lepas dah solat Asar, kitorng rasa lapar, nasib baik la hari tu ada Pasar Malam pasar Tani Purtajaya, the only one pasar malam yang ada di Putrajaya, dan pasam malam dia bapak besar gila, ada 3 lorong panjang.
Lorong pertama, jual bahan basah macam ikan, ayam, sotong, sayuran, buahan, barang untuk masak. Lorong kedua pulak, jual bahan makanan mcm kat pasar malam, ada nasi, makanan bergoreng, bersup, kuih muih, minuman. Lorong ke ketiga pulak jual macam pakaian, tudung, pakaian kanak2, dan banyak lagi. 


Lepas kitorng dah beli makanan di Pasar Malam, aku dgn Nana pegi Masjid Putra semula utk solat maghrib, sebelum kitorng bertolak ke KL semula sebab nak amik Yanti. Dalam pukul 10pm baru kitorng sampai di rumah Yanti then bertolak semula ke Putrajaya ikut laluan MEPS, so takda la jauh sangat, dalam 30 minit je dari KL. 

Lepas amik je yanti, kitorng stop by kat Jambatan ni, cantik gila jambatan ni sebab dia bertukar-tukar kaler. penat gila bergambar sakan kat sini, tp aku tak upload gambar menggila kitorng sebab mmg muka cam sakai gila amik gambar terlompat-lompat mcm beruk babun. haha :p


Malam tu, aku berjakuzzi dekat bilik, kitorng tido agak lewat, pukul 2am camtu, kitorng siap masak megi cup makan kat bilik malam tu. Penat la melayan Yanti yang gila ni, sampai aku tertido awal, yanti dgn nana tido pukul 3-4am cmtu. 


Bangun pagi tu, aku dgn nana gi breakfast since voucher breakfast untuk 2 org je. While aku dgn nana gi breakfast, yanti plak berjakuzzi kat bilik. haha. Aku sempat tapaw makanan untuk yanti masuk dalam purse dowh, dulu kalau gi hotel dgn family, mak aku slalu wat cmtu, dia letak kuih ke, kek ke dlm tisu, pastu letak dlm hand bag, sebab dulu aku malas nak bangun pagi ikot mak ayah aku gi bekfast, so mak aku la yang suka tapaw untuk aku, so aku tiru la cara dia, hahaha.


Tengah hari tu hujan, kitorng plan nak gi mandi swimming pool, tp tak jadi, so tengah hari tu kitorng gi Alamanda, jalan-jalan dan lunch. 



Petang tu, kitorang ingat nak tgk event kat Tasik Putrajaya sebab ada macam program Sukan Air tak silap, tapi masa dah sampai tu even tu dah tgh penyampaian hadiah pon.. so kitorng jalan-jalan je la amik angin dan amik2 gambar view kat sekitar tasik tu..






Ops, pic di atas ni, ak taknak cita kot kat sini.. biarla rahsia.. hehe.:p Tapi thanks jugak kat diorang ni sebab sudi blanja kami makan malam tu kat Bangi. :D Kalau tak kitorang plan, nak makan megi je or pegi beli mcD ke, tapi orang dah nak belanja, kita terima je la.. ;p 

Oh, ni hasilnya pic yang mereka amik.
Korang memang professional lah. 
:)

p/s: mereka pesan jangan tag mereka kat FB, so sy assume korang taknak diketahui, kalau tak, nak je sy cerita kat sini.. 
takpelah, korang mmg takkan dilupakan :)
Thanks for made our days :p

Putrajaya with High School Girlfriends

actly kan, aku dah taip panjang2 nak nak cerita psl Percutian kat purtajaya, tapi aku dah delete semua balik. so nah, tgk je la gambar2. hehe :p