Monday, November 14, 2011

Putrajaya: Pullman Resort, Pasar Malam, Alamanda, Masjid Putra, Tasik Putrajaya



Lepas solat Jumaat, aku dengan Nana bertolak ke Putrajaya dan check in hotel, dah check in, kitorang bersolat asar di Masjid Putra, Putrajaya yang cantik sangat. :)


Lepas dah solat Asar, kitorng rasa lapar, nasib baik la hari tu ada Pasar Malam pasar Tani Purtajaya, the only one pasar malam yang ada di Putrajaya, dan pasam malam dia bapak besar gila, ada 3 lorong panjang.
Lorong pertama, jual bahan basah macam ikan, ayam, sotong, sayuran, buahan, barang untuk masak. Lorong kedua pulak, jual bahan makanan mcm kat pasar malam, ada nasi, makanan bergoreng, bersup, kuih muih, minuman. Lorong ke ketiga pulak jual macam pakaian, tudung, pakaian kanak2, dan banyak lagi. 


Lepas kitorng dah beli makanan di Pasar Malam, aku dgn Nana pegi Masjid Putra semula utk solat maghrib, sebelum kitorng bertolak ke KL semula sebab nak amik Yanti. Dalam pukul 10pm baru kitorng sampai di rumah Yanti then bertolak semula ke Putrajaya ikut laluan MEPS, so takda la jauh sangat, dalam 30 minit je dari KL. 

Lepas amik je yanti, kitorng stop by kat Jambatan ni, cantik gila jambatan ni sebab dia bertukar-tukar kaler. penat gila bergambar sakan kat sini, tp aku tak upload gambar menggila kitorng sebab mmg muka cam sakai gila amik gambar terlompat-lompat mcm beruk babun. haha :p


Malam tu, aku berjakuzzi dekat bilik, kitorng tido agak lewat, pukul 2am camtu, kitorng siap masak megi cup makan kat bilik malam tu. Penat la melayan Yanti yang gila ni, sampai aku tertido awal, yanti dgn nana tido pukul 3-4am cmtu. 


Bangun pagi tu, aku dgn nana gi breakfast since voucher breakfast untuk 2 org je. While aku dgn nana gi breakfast, yanti plak berjakuzzi kat bilik. haha. Aku sempat tapaw makanan untuk yanti masuk dalam purse dowh, dulu kalau gi hotel dgn family, mak aku slalu wat cmtu, dia letak kuih ke, kek ke dlm tisu, pastu letak dlm hand bag, sebab dulu aku malas nak bangun pagi ikot mak ayah aku gi bekfast, so mak aku la yang suka tapaw untuk aku, so aku tiru la cara dia, hahaha.


Tengah hari tu hujan, kitorng plan nak gi mandi swimming pool, tp tak jadi, so tengah hari tu kitorng gi Alamanda, jalan-jalan dan lunch. 



Petang tu, kitorang ingat nak tgk event kat Tasik Putrajaya sebab ada macam program Sukan Air tak silap, tapi masa dah sampai tu even tu dah tgh penyampaian hadiah pon.. so kitorng jalan-jalan je la amik angin dan amik2 gambar view kat sekitar tasik tu..






Ops, pic di atas ni, ak taknak cita kot kat sini.. biarla rahsia.. hehe.:p Tapi thanks jugak kat diorang ni sebab sudi blanja kami makan malam tu kat Bangi. :D Kalau tak kitorang plan, nak makan megi je or pegi beli mcD ke, tapi orang dah nak belanja, kita terima je la.. ;p 

Oh, ni hasilnya pic yang mereka amik.
Korang memang professional lah. 
:)

p/s: mereka pesan jangan tag mereka kat FB, so sy assume korang taknak diketahui, kalau tak, nak je sy cerita kat sini.. 
takpelah, korang mmg takkan dilupakan :)
Thanks for made our days :p

No comments: