Friday, November 29, 2013

Urban Decay Naked 1 Original Eyeshadow : Product Details, Price, Swatches

Assalamualaikum.
Hye.

belum terlambat kalau aku buat product review Urban Decay Naked Original Eyeshadow. haha. rasanya aku beli eyeshadow ni dah hampir berbulan-bulan lepas. tapi since aku dah lama tak berblog so kali ni aku nak tulis review Urban Decay Eyeshadow yang menjadi kegilaan ramai make up geek sekarang ni.

PRODUCT DETAILS :

Product: Eyeshadow
Brand: Urban Decay Naked Palette Original (1st Version)
Price: RM179 (bought at Sephora Bukit Bintang)
Total eyeshadow: 12 colours ( Virgin, Sin, Naked, Sidecar, Buck, Half Baked, Smog, Darkhorse, Toasted, Hustle, Creep, Gunmetal)


Masa aku beli eyeshaow ni, ada 2 palate masa tu, Naked 1 dan Naked 2. Aku pilih Naked 1 sebab kalernya lebih sesuai untuk kulit orang Melayu yg kuning coklat sikit macam aku. sekarang ni Urban Decay dah keluarkan Naked 3 which is wayyy more sesuai utk kulit orang Asia. nak tahu kenapa? kerana kaler eyeshadow Naked 3 lebih pink dan cerah.

Aku tak tahu la orang lain, tapi aku tahu jenis tone kulit aku. dan mata aku jenis deep eye set which is tak berapa sesuai untuk kaler tone eyeshadow yang gelap.. kalau aku pakai eyeshadow yang tone kaler gelap mat aaku dah macam panda pakai eyeshadow. haha. so aku suka kalau eyeshadow yang kaler cerah pinkish. mungkin sebenarnya aku boleh pakai tone kaler gelap, tapi mungkin aku tak cukup berani lagi.. haha

From left to right : Toasted, Hustle, Creep, Gunmetal

From left to right : Buck, Half Baked, Smog, Darkhorse

From left to right : Virgin, Sin, Naked, Sidecar

My Favorite Color :
1. Toasted
2. Hustle
3. Sidecar 
4. Half Baked
5. Smog

Semua colour memang sangat cantik. tapi Top 5 yang ni yang aku selalu pakai. yang lain jarang aku pakai. kalau attend function then baru aku pakai. mungkin sebab aku nak cepat kalau pergi kerja selalunya aku pakai eyeshadow Toasted. kalernya natural, sesuai untuk aku ke tempat kerja. pada mereka yang tak tahu, i am a nurse, so I dont really wearing make up to go to work except foundation, eyeshadow, blusher, lip butter. thats all. simple. ( not really wearing make up la sangat ? *berdusta* )

  
Colour For Hightlight : sesuai untuk highlight bawah kening,lower eyelid, atas cheekbone
1. Virgin 
2. Sin
Colour for Contouring :sesuai untuk shading sisi hidung
1. Naked
2. Buck
Colour for Eyebrow : sesuai untuk defining eyebrow 
1. Darkhorse


weee....santik tak mata ku. with Urban Decay Naked Eyeshow Palatte mataku bertambah-tambah santikk !! haha


Original picture : not edited
Edited with Instagram. color lebih POP ! :p

Ok. Thats all for today review. kalau aku rajin aku akan buat tutorial gunakan eyeshadow ni. huhu.
thank you for reading.
Bye2

Assalamualaikum.

Tempah baju kurung moden murah

Assalamualaikum.

aku nak bagitahu, tempah baju kurung di Brunei tersangatttt la murahhh. mungkin sebab currency dlm Bnd (brunei dollar), so bunya macam murah. tapi memang murah pon kalau convert ke RM. aku tempah baju kurung moden yang kainnya ada design princess cut Bnd 35 dalam RM 80. 

aku tak tahu la range harga tempah baju kurung yang murah di area KL. kalau ada please tolong reccommend kat aku. sebab aku memang dah terjatuh cinta dah tempah2 baju ni. di Brunei kebanyakkan orang disini tempah baju dari membeli baju siap. di KL memang payah la since harga tempah sangat mahal dan hampir sama dengan harga beli. so orang Malaysia lagi suka membeli yang dah terus siap, ready made. tapi actly kalau tempah lagi puas hati sebab ikut badan. aku nanti dah habis kontrak balik Malaysia, aku dah tak tahu nak tempah baju kurung kat mana lagi yang murah di area KL tu.. huwaa... ;'( anyone ada suggestion mana nak tempah baju kurung area KL do let me know!!! 

kat Brunei tempah baju melayu lelaki Bnd13 dalam RM 32. tu yang termurah la. 
Baju kurung biasa dlm Bnd 18 = RM 35. baju kurung moden kalau yang ada lining Bnd 35. 
best woi kalau tempah baju kat cni.. heaven! 

ok. ni kos baju kurung moden aku:

Kain chiffon 4 meter : Bnd10 (RM25) 

Lining 4 meter : Bnd1 x 4 = Bnd4 (RM10) 

Tempah kurung moden berlining : Bnd35 (RM87) 

Total : Bnd 49 ( RM122)

ni hasil baju aku



ok tak? bagi aku sangat ok. happy. cantik. ngam. gembira. happy !! x)




Bye2.
Assalamualaikum

Bride To Be : Merisik 26 Oktober 2013

Alhamdulillah dia dan keluarganya telah datang merisik aku pada tarikh 26 Oktober 2013. :))

Alhamdulillah. terima kasih ya Allah atas limpah rahmat dan kasih sayangMu pada kami ya Allah. Terima kasih atas kebahagiaan yang Kau pinjamkan pada aku. Akan aku jaga hubungan ini sebaik mungkin. Permudahkan urusan kami untuk urusan seterusnya. permudahkan segala persiapan kami.  Insha Allah. Amin. Ya Robbal Al Amin. 




Bye2.
Assalamualaikum

Bride To Be : How i Met Him

Assalamualaikum.

berbulan-bulan lamanya aku tak update blog. urgh. bosannya menjadi diri aku. mungkin terlalu komited dengan kerja. dan aku pon makin jauh ketinggalan dengan kehidupan kuala lumpur dan jugak perkembangan kawan-kawan dan keluarga. tiap kali balik KL aku rasa macam aku pelancong. haha. okey. whatever it is, I'm going to start blogging again, and now with a new chapter of life, no more story of student teenage life, but a bride to be. Insha Allah. tujuan aku tulis bukan untuk bermegah atau menunjuk2, tapi sebagai aku memberi semangat pada diri sendiri dan counting days dan appreciate apa saja yg datang dalam hidup aku sekarang. Alhamdulillah. segalanya aku serahkan padaMu ya Allah, yg menentukan segala ketentuan dan aku hanya hamba Allah yang merancang perjalanan kehidupanku.

lets start !

how I  Met/ Know Him

hehe.. malu la nak cerita.. malu...malu... maluuu... (poyo sgt dah ni). okey, mulanya mcm ni, 3 tahun lepas, aku ikut sepupu aku ke majlis kawin kawan offis sepupu aku sorang ni.. masa majlis kawin ni, aku takda pon berhubung or bercakap or malah face to face of bertentang mata pon dengan dia lansung takda. yang aku ingat kami ada ambil gambar ramai-ramai. itu pon kebetulan sebab nak penuhkan gambar so dia dan jugak aku ada dalam gambar tu.. secara faktanya, aku lansung takda apa2 komunikasi dengan dia, until bila dah habis majlis dan kami balik KL, esok lusa selepas majlis tu sepupu aku ada msg aku bagitahu ada kawan ofis dia nak berkenalan. time tu aku masih student. dan aku masih tahap mentah2 dan mungkin jugak sebab aku masih student, dengan kepoyoannya aku reject dia bulat2. tanpa selidik siapa gerangan orangnya yg nak kenal aku, aku terus2 reject. aku caabkap kat sepupu aku, ' kalau dia nak kenal, dia sendiri cari aku, jangan melalui sepupu', bajet hot sangat dah time tu aku boleh cakap mcm tu. hahaha.

so.. bila aku dah ckp mcm tu.. takde la dia berani nak berkenalan dgn aku.. tula kau wanie. jual mahal lagi. haha.. until la sepupu aku ni kawen tahun ni ( june 2013), aku attend wedding function dia.. dan dia pon datang jugak majlis sepupu aku ni.. dia tak tahu aku orang yang sama yg reject dia 3 tahun lepas. tp according dari cerita dia, dia tak tahu pon aku orang yang sama. tp lepas majlis sepupu aku tu, dia cari sepupu aku lagi tanya ' siapa perempuan yang pakai baju kelabu tudung hitam tu?'. sepupu aku pon ckp kat dia 'tu la sepupu yang reject kau 3 tahun lepas'. 

malas pulak nak cerita panjang. tp akhirnya dia add aku kat FB dan kami start berchatting2. tetibe mcm ngam la pulak dgn dia. haha. aku kenal dia dalam masa 4 hari je, terus aku ajak dia jumpa family aku. time tu bulan puasa. so aku jemput dia dtg berbuka puasa di rumah aku, kebetulan aku balik KL weekend. 

nak dimalaskan cerita lagi, selepas aku bawak dia jumpa keluarga, terus kami decide nak tunang nak kawen bagai. haha. aku tahu. bunyi mcm 'oiii cepatnyee..gile ke apa..'. tapi kalau benar dia jodohku, dan begitu mudah segala urusan bila kita benar2 dah jumpa jodoh kita, jadi aku percaya, semuanya ketentuan Allah. tak sangka smooth je segala urusan aku dgn dia.. masa dia dtg berbuka puasa.. masa raya aku datang beraya dirumah dia.. masa keluarga dia datang merisik.. semuanya smooth je.. segalanya berjalan dgn baik dgn lancar. sederhana.. Alhamdulillah. kadang2 tu ada la gaduh2 dgn dia. tp lepas gaduh tu, hubungan jadi lebih baik dan lebih akrab..

panjang pulak novel aku ni. nanti kalau aku rajin aku tulis lagi detail.. oh ya, sebelum aku kenal dgn dia, pada malaam nisfu syaaban, sebelum bulan puasa, aku ada buat solat hajat, baca yassin, solat sunat taubat, dan berdoa pada Allah.. aku berdoa pada Dia supaya dipermudahkan dan dipercepatkan aku bertemu jodohku.. dan seminggu sebelum aku bagi tahu mama ayah aku yang aku nak bawak lelaki datang rumah utk kenalkan pada meraka, ayah ada berdoa supaya aku cepat bertemu jodoh.. aku tak tahu la suratan dan kebetulan dan ketentuan Allah.. mungkin dia benar2 jodohku.. dan aku harap jodohku dengannya berkekalan hingga ke syurga.

Alhamdulillah. sekarang ni persiapan kami, kami insha Allah akan bertunang pada bulan January.. aku plak akan habis kontrak bulan 2.. balik Malaysia kerja di Malaysia dan Alhamdulillah aku dapat interview kerja bulan 1 nanti..  dan kami merancang akan lansungkan perkahwinan bulan june..

takut aku nak cerita kat sini sebenarnya. aku belum ready nak bagitahu ramai orang.. malah beberapa kawan rapat aku yang tahu pon terkejut bila aku bagitahu aku nak kawen next year, diorng mcm tak percaya ingat aku bergurau. . aku takut kalau akhirnya tak menjadi ke apa nauzubillah taknak sgt jadi mcm tu.. tapi Alhamdullilah, tarikh pun dah tetap, ada beberapa vendors dah pun booking.. ada la sikit2 persiapan kami yang dah buat.. keluarga pon sangat supportive.. Alhamdulilah. semoga segalanya berjalan dengan baik.. 

ok lah. sampai sini saja.  Bye2. 
Assalamualaikum. 


gambar 3 tahun lepas. dia yang berbaju hitam. melutut. aku pon berbaju hitam. mungkin dah jodoh :p