Friday, November 29, 2013

Bride To Be : How i Met Him

Assalamualaikum.

berbulan-bulan lamanya aku tak update blog. urgh. bosannya menjadi diri aku. mungkin terlalu komited dengan kerja. dan aku pon makin jauh ketinggalan dengan kehidupan kuala lumpur dan jugak perkembangan kawan-kawan dan keluarga. tiap kali balik KL aku rasa macam aku pelancong. haha. okey. whatever it is, I'm going to start blogging again, and now with a new chapter of life, no more story of student teenage life, but a bride to be. Insha Allah. tujuan aku tulis bukan untuk bermegah atau menunjuk2, tapi sebagai aku memberi semangat pada diri sendiri dan counting days dan appreciate apa saja yg datang dalam hidup aku sekarang. Alhamdulillah. segalanya aku serahkan padaMu ya Allah, yg menentukan segala ketentuan dan aku hanya hamba Allah yang merancang perjalanan kehidupanku.

lets start !

how I  Met/ Know Him

hehe.. malu la nak cerita.. malu...malu... maluuu... (poyo sgt dah ni). okey, mulanya mcm ni, 3 tahun lepas, aku ikut sepupu aku ke majlis kawin kawan offis sepupu aku sorang ni.. masa majlis kawin ni, aku takda pon berhubung or bercakap or malah face to face of bertentang mata pon dengan dia lansung takda. yang aku ingat kami ada ambil gambar ramai-ramai. itu pon kebetulan sebab nak penuhkan gambar so dia dan jugak aku ada dalam gambar tu.. secara faktanya, aku lansung takda apa2 komunikasi dengan dia, until bila dah habis majlis dan kami balik KL, esok lusa selepas majlis tu sepupu aku ada msg aku bagitahu ada kawan ofis dia nak berkenalan. time tu aku masih student. dan aku masih tahap mentah2 dan mungkin jugak sebab aku masih student, dengan kepoyoannya aku reject dia bulat2. tanpa selidik siapa gerangan orangnya yg nak kenal aku, aku terus2 reject. aku caabkap kat sepupu aku, ' kalau dia nak kenal, dia sendiri cari aku, jangan melalui sepupu', bajet hot sangat dah time tu aku boleh cakap mcm tu. hahaha.

so.. bila aku dah ckp mcm tu.. takde la dia berani nak berkenalan dgn aku.. tula kau wanie. jual mahal lagi. haha.. until la sepupu aku ni kawen tahun ni ( june 2013), aku attend wedding function dia.. dan dia pon datang jugak majlis sepupu aku ni.. dia tak tahu aku orang yang sama yg reject dia 3 tahun lepas. tp according dari cerita dia, dia tak tahu pon aku orang yang sama. tp lepas majlis sepupu aku tu, dia cari sepupu aku lagi tanya ' siapa perempuan yang pakai baju kelabu tudung hitam tu?'. sepupu aku pon ckp kat dia 'tu la sepupu yang reject kau 3 tahun lepas'. 

malas pulak nak cerita panjang. tp akhirnya dia add aku kat FB dan kami start berchatting2. tetibe mcm ngam la pulak dgn dia. haha. aku kenal dia dalam masa 4 hari je, terus aku ajak dia jumpa family aku. time tu bulan puasa. so aku jemput dia dtg berbuka puasa di rumah aku, kebetulan aku balik KL weekend. 

nak dimalaskan cerita lagi, selepas aku bawak dia jumpa keluarga, terus kami decide nak tunang nak kawen bagai. haha. aku tahu. bunyi mcm 'oiii cepatnyee..gile ke apa..'. tapi kalau benar dia jodohku, dan begitu mudah segala urusan bila kita benar2 dah jumpa jodoh kita, jadi aku percaya, semuanya ketentuan Allah. tak sangka smooth je segala urusan aku dgn dia.. masa dia dtg berbuka puasa.. masa raya aku datang beraya dirumah dia.. masa keluarga dia datang merisik.. semuanya smooth je.. segalanya berjalan dgn baik dgn lancar. sederhana.. Alhamdulillah. kadang2 tu ada la gaduh2 dgn dia. tp lepas gaduh tu, hubungan jadi lebih baik dan lebih akrab..

panjang pulak novel aku ni. nanti kalau aku rajin aku tulis lagi detail.. oh ya, sebelum aku kenal dgn dia, pada malaam nisfu syaaban, sebelum bulan puasa, aku ada buat solat hajat, baca yassin, solat sunat taubat, dan berdoa pada Allah.. aku berdoa pada Dia supaya dipermudahkan dan dipercepatkan aku bertemu jodohku.. dan seminggu sebelum aku bagi tahu mama ayah aku yang aku nak bawak lelaki datang rumah utk kenalkan pada meraka, ayah ada berdoa supaya aku cepat bertemu jodoh.. aku tak tahu la suratan dan kebetulan dan ketentuan Allah.. mungkin dia benar2 jodohku.. dan aku harap jodohku dengannya berkekalan hingga ke syurga.

Alhamdulillah. sekarang ni persiapan kami, kami insha Allah akan bertunang pada bulan January.. aku plak akan habis kontrak bulan 2.. balik Malaysia kerja di Malaysia dan Alhamdulillah aku dapat interview kerja bulan 1 nanti..  dan kami merancang akan lansungkan perkahwinan bulan june..

takut aku nak cerita kat sini sebenarnya. aku belum ready nak bagitahu ramai orang.. malah beberapa kawan rapat aku yang tahu pon terkejut bila aku bagitahu aku nak kawen next year, diorng mcm tak percaya ingat aku bergurau. . aku takut kalau akhirnya tak menjadi ke apa nauzubillah taknak sgt jadi mcm tu.. tapi Alhamdullilah, tarikh pun dah tetap, ada beberapa vendors dah pun booking.. ada la sikit2 persiapan kami yang dah buat.. keluarga pon sangat supportive.. Alhamdulilah. semoga segalanya berjalan dengan baik.. 

ok lah. sampai sini saja.  Bye2. 
Assalamualaikum. 


gambar 3 tahun lepas. dia yang berbaju hitam. melutut. aku pon berbaju hitam. mungkin dah jodoh :p



1 comment:

Aemy Karmart said...

awww...so sweeeet. baca baca baca psl brush end up ke sini.. :)