Friday, January 31, 2014

Bride To Be: Review D.I.Y. Hantaran Tunang, Engagement preparation.

Assalamualaikum.

Masih lagi rasa amat bersyukur kerana Majlis Tunang pada 19.January 2014  berjalan dengan baik. Preparation untuk tunang boleh tahan kepenatannya tapi puas hati kerana kebanyakkan persediaan yang dibuat adalah D.I.Y. sendiri hanya dalam masa seminggu saja! Yup. believe me. I able to managed to prepare my Engagement Day within only one week and able to cut cost and save money by doing D.I.Y. project. (:

Untuk entry kali ini aku nak share hantaran tunang. Next entry kalau kelapangan aku akan tulis review pelamin D.I.Y. pulak okey. Kami decide untuk hantaran tunang mostly adalah makanan. Hantaran nikah nanti baru lebihkan barang2 keperluan. Hantaran tunang kami yang kami rancang sepatutnya 5 berbalas 7. Tapi dia datang bawak 7 dulang jugak. haish, kalu tahu aku balas 9 kan. :p



FOR HIM
1. Sirih Junjung
2. Chocolate and Cookies
3. Fish Baulu Cake
4. Towel and Sephora shower and bath products
5. Baju Melayu Nikah 
6. Cupcakes
7. Buah-buahan

FOR ME
1. Tepak Sirih
2. Cincin Tunang
3. Chocolates
4. Baju Kurung Nikah
5. Buah-buahan
6. Cupcakes
7. Chocolate cakes

~FOR HIM~

1. Sirih Junjung

Aku membuat sendiri sirih junjung ni pakai hentam je gubah ikut kreativiti sendiri. Aku beli daun sirih dan bunga segar sehari sebelum majlis tunang di pasar tani di masjid India. Bunga segar aku beli banyak sebab murah gila aunty tu jual, setangkai dalam RM1.50 berbanding kedai lain RM3. total cost utk bunga segar (untuk sirih junjung dan bunga tangan) serta sirih junjung dalam RM20 - RM25


2. Chocolates and cookies

Khairul suka Fererro Roche dan Famous Amos. Pada awalnya aku dah asingkan chocolate dengan biskut berasingan dulang. Tapi sebab last minute bestfriend aku, Nana sponsor Kek baulu ikan, so aku gabungkan chocolate dengan biskut. nasib baik muat. hehe.


3. Kek Baulu Ikan

Terima kasih pada best friend aku Nana yang sudi sponsor kek baulu ikan. Nana kawan baik aku since sekolah menengah. Dia tak dapat datang masa aku tunang sebab dia kena balik Johor last minute jugak. sedih aku. tapi takpa la, harap masa aku kawen dia dapat datang.


4. Towel and Sephora products

Towel tu mama dah gubah awal2 lagi sebelum aku balik KL. Tq ma for sponsor towel. dia gubah bentuk buah oren. cantik. Tapi aku saja menambahkan lagi produk Sephora (body scrub, shower gel, etc).


5. Cupcakes

Cupcakes aku tempah dari M&M Cupcakes Facebook. Aku tempah untuk hantaran dan untuk makan2. boleh tahan sedap jugak. Aku tempah seminggu sebelum majlis. dah usha FB cupcakes ni sebulan seblum majlis lagi dah. aku self pick up kat keramat sehari sebelum majlis.

Link ke FB M&M Cupcakes:


6. Baju Melayu Nikah

Baju melayu nikah dia dan baju kurung nikah aku kami dah beli awal2. tak tempah pon sebab takut tak sempat. Kami beli dah siap di Semua House. mahal jugak. mungkin aku akan alter baju nikah aku di brunei. nak tukar design. tetibe rasa baju tu macam simple. Bukan la aku menyesal beli baju tu. cuma rasa agak mahal dan simple je. Baik aku tempah kat Brunei lagi murah dan design cantik. Hmm. tengok la nanti..


7. Buah-buahan

Buah-buahan aku beli sehari sebelum majlis. Beli kat pasar tani Masjid India jugak, tempat yang sama beli bunga segar. Buah-buahan kat sana murah. Tips untuk buah nampak cantik, mama aku cakap letak sikit minyak masak bagi buah tu nampak berkilat.


So total 7 hantaran aku bagi pada Khairul. Alhamdulillah, aku berjaya decorate sendiri hantaran ni. Insha Allah next entry aku akan tulis mengenai D.I.Y. hantaran kalau ada kelapangan masa.. :)

~For Me~
Pihak lelaki memberi 7 dulang hantaran. Aku tak pasti nak cakap 7 atau 6 sebab Khairul cakap tepak sirih dengan cincin tunang digabungkan sekali. Tapi entah la. tak kisah la, :p

1. Tepak Sirih


2. Chocolates



3. Buah-buahan


4. Baju Kurung Nikah



5. Chocolate Cake made by his sister (sedapppp)



6. Cincin tunang



7. Cupcakes


Okey. Thats all for my Engagement Hantaran review. Syukur alhamdulilah majlis kami yang simple dan sederhana berjalan dengan lancar. Ramai jugak family yang datang. Mama dan ayah tempah makanan untuk 200 orang. Kebanyakkan jemputan dari ahli keluarga aku, ada yang dari Negeri Sembilan pun datang. Jiran2 di blok rumah aku, kawan baik mama ayah, kawan baik aku sorang je yang datang, Yanti Muneera, Thank You Yanti. i love you, semua cousin2 aku datang, Thank You so much. Dan terima kasih pada ahli keluarga Khairul ramai jugak yang hadir, dalam 30 orang katanya. Alhamdulillah. terima kasih semua. Diharapkan hubungan dan silaturahim yang dijalinkan antara dua buah keluarga berkekalan dunia akhirat.

Thank you for reading.

4 comments:

Fiza Basman said...

Salam, 1st time lawat kat sini. Congrate dear :)

Umi Azureen said...

Congrats dear. Bju utk nikah tu u beli kt mana ya?

wanie lee said...

thank u Fiza and Uni. :D
baju nikah beli di semua house.
rm225 x silap..

Cahaya Az-Zahra said...

Hmm buat sendiri memang lagi jimat.Tengah usha2 blog akk saja nak cri inspirasi dari orang2 yg da bertunang.Tahniah :)