Wednesday, January 29, 2014

“SEGALANYA MUNGKIN BLOG CONTEST” - (Urban Vibe Event, You Rock!!)

Assalamualaikum

Apa itu Urban Vibe Malaysia.

Secara jujurnya aku pun jarang dengar or tahu mengenai Urban Vibe Event ni, sehinggalah kebelakangan ini aku tercari-cari vendor perkahwinan dan akhirnya aku terjumpa Facebook Urban Vibe Event Pameran Pengantin Malaysia. 

Aku tahu aku agak terlewat dan last minute, aku start planning wedding aku Oktober 2013, dan Insha Allah tarikh kami disatukan pada 6 Jun 2014. Untuk aku, yang tinggal jauh dari Malaysia, apatah lagi jauh dari KL walaupon asal aku dari KL, jadi agak payah untuk aku survey vendors seperti butik perkahwinan, official photography, kad kahwin, dan sebagainya. Jadi, terima kasih pada Urban Vibe Event yang menganjurkan Pameran Pengantin Malaysia secara tak lansungnya dapat membantu bride to be and groom to be untuk cari vendors perkahwinan. tapi sayangnya, aku bukan di KL pada event yang bakal dijalankan. kecewa, Sangat mengharap Urban Vibe Event akan anjurkan lagi pada tarikh march or april ke. :p  tapi kali ni tunang aku or mama aku sure pergi event yang dianjurkan kali ini sebab event tersebut bakal diadakan di Wangsa Walk Mall which is sangat la berdekatan dengan rumah aku, bersebelahan saja  dan lebih2 lagi banyak sangat preparation yang tak buat lagi ni, walupon aku tak dapat pergi, aku ada ramai wakil yang dapat pergi untuk aku. (:

Pada pendapat aku mengenai Pameran Pengantin malaysia yang dianjurkan oleh Urban Vibe Event adalah sangat membantu untuk bakal2 pengantin salah satunya seperti aku untuk mencari vendor-vendor perkahwinan. Bukan saja membantu memudahkan aku dalam survey mencari vendor, malah memberi peluang untuk bakal2 pengantin berinteraksi, bertukar pendapat, dan mendapatkan khidmat nasihat mengenai persediaan dalam merancang perkahwinan.

Dan yang paling bestnya kalau kita datang pameran-pameran pengantin yang macam ni, kita boleh dapat diskaun :p hehe, maksud aku, kita lebih berpeluang untuk mendapatkan promosi-promosi atau pakej yang lebih berbaloi yang disediakan oleh vendor.

Event Pameran pengantin malaysia bukan saja memberi kemudahan kepada bakal pengantin untuk mencari vendor, malah membuka peluang pada vendor dalam menyediakan servis dan khidmat pada pelanggan dan ini secara tidak lansung membantu dalam mengembangkan perniagaan dan mempromosikan produk dan khidmat yang disediakan. pendapat aku, kedua-dua pihak mendapat kemudahan dan 'advantage/ atau kebaikkan melalui event Pameran Pengantin yang dijalankan.

More about Urban Vibe Event...


oh ya, Urban Vibe Event adalah salah satu event management company yang menganjurkan dan menguruskan event seperti pameran, exhibition, promosi, show dan sebagainya. Event yang dianjurkan diterajui oleh team yang berpengalaman, yang aktif, kreatif dan produktif dalam melibatkan diri dengan event seperti salah satu event terbesarnya Pameran Pengantin Malaysia. Seperti tahun yang lepas, Urban Vibe Event banyak menganjurkan Pameran Pengantin malaysia di sekitar Lembah Klang dan Selangor.






Urban Vibe Event bukan sahaja menyediakan servis dalam menguruskan pameran dan exhibition, malah turut menyediakan khidmat perundingan, entertainment scheduling, site preparation and decoration.  Pelanggan yang menggunakan khidmat Urban Vibe Event adalah seperti syarikat-syarikat pelaburan, produk kesihatan dan kecantikan, kraftangan, hotel, katering, pakaian dan perhiasan, butik pengantin, elektronik, perabot rumah, fitness dan spa dan banyak lagi.

Terkini, Urban Vibe Event akan menganjurkan Pameran pengantin Malaysia 2014. 
Info mengenai pameran tersebut:

Pameran Pengantin Malaysia 2014

Tarikh: 14 februari 2014 - 16 februari 2014
Tempat: Wangsa Walk 
Waktu: 10pagi - 10 malam

*masuk percuma*

kawan-kawan boleh la ke Facebook/Blog Urban Vibe Event - Pameran Pengantin Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pameran tersebut. 

1 comment:

siti zaliha said...

bila mau adakan pameran di Kelantan .. ?