Monday, February 17, 2014

“SEGALANYA MUNGKIN BLOG CONTEST”- (Semuanya disini!!!)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setelah aku selesai tulis Tugasan 1 dan Tugasan 2, akhirnya aku berjaya mencari ruang dan masa aku untuk menulis entry Tugasan ke-3 ini walaupun aku teramat-amat la busy menguruskan penghabisan kontrak aku bekerja di Brunei, urusan dengan excess bagage aku, cancellation employment pass, urusan kerja sebelum aku berhenti, menguruskan rumah sebelum pindah barang ke Malaysia, urusan gaji, last payment, unclaimed AL, benefits, gratuity, bla2 and the list goes on. Dan paling amat penting uruskan hal kawen lagi yg mana tak settle lagi, aduhai. pening.

Btw, harini aku masih di sini, Negara Brunei Darussalam, 2 March, adalah hari yang aku nanti-nantikan untuk aku balik ke Malaysia. PERMANENTLY. Alhamdulillah..

Dear Pameran Pengantin Malaysia..
I am truly sorry for not being there and how much i wish i can attend to that amazing exhibition. However, I am truly blessed because I have my fiance, my mom, my brother and his girlfriend, my aunts and my cousins they all went there happily without me... haha. ='(

  My bakal adik ipar, Tipah. 
 My brother Azmi and Tipah, their wedding will be next year after me. 
 Tipah and my mom. 

I have 3 months more to go before my big event (insha Allah 7 June 2014)  although i have booked some of the vendors for my wedding, still, i need to look for more. Like, doorgift, professional make up artist untuk ketiga-tiga majlis pon takda lagi, pelamin nikah pon takda lagi, decoration meja makan pengantin untuk majlis sanding dengan tandang lagi, baju bertandang pon tak decide lagi,  hantaran tak cari lagi, ya Allah, permudahkanlah urusan ku. nebes kemain bila fikir banyak yang tak prepare lagi since aku kat Brunei dan tak dapat nak buat apa sangat.. :'/

 Mama, Tipah dan aunty aku bertanya mengenai pakej perkahwinan. 


 Booth De'Iffa Bridal. Aku mungkin nak booking make up untuk majlis nikah aku dari vendor ni. Insha Allah, bulan depan. Belum sempat jumpa untuk booking lagi. 


According to my family and my fiance, banyak info yang mereka dapat pada majlis tersebut. Yang bestnya harga pakej yang ditawarkan sangat berbaloi. Sepupu aku yang nak kawen tahun depan pon dapat booking pakej photography. Tunang aku plak suka dia dapat test food, sedap2 katanya. dia cakap rugi aku tak pegi. haha. Btw, takde plak gambar tunang aku dalam ni sebab dia pergi hari Sabtu, mama azmi tipah dgn aunty and cousin aku pergi hari Ahad. Encik Tunang plak malu nak bergambar. Mama plak dah dapat cari catering. since catering utk kawen aku tak booking lagi, so dia dah compare2 yang mana sedap dan pakej mana yang berbaloi. Azmi dengan Tipah pon dapat survey2 pakej perkahwinan since next year plak giliran dia kawen. Mama cakap ada event pertandingan Ukir Inai, Ish2. kalau lah aku dapat join sure aku menang sebab aku memang kreatif bab-bab melukis nih. (hua3..xD terlebih angkat bakul)

Keseluruhannya, mereka cakap syiok la. Mama pon 1st time pegi wedding exhibition, dia cakap rugi aku dah booking certain pakej sebab dia jumpa banyak lagi pakej yang lebih berbaloi.. sabar je la kan. buat aku rasa bersalah. huhu.

Gambar sekitar pameran Pegantin Malaysia 2014 yang sedang dijalankan di Wangsa Walk Mall.


 

 Cantik kan!!! Ni hasil kerja Ari Wedding Couture Okey! Tahu sangat dah!! :p



Anyway, Thank you to Azmi adik aku yang telah tolong ambilkan gambar2 sekitar Pameran Pengantin Malaysia selepas disuruh olehku "Mie, kau tolong amik gambar bebanyak2. Aku join blog contest nih." Thank you for your cooperation. :p

Pameran Pengantin Malaysia yang dianjurkan oleh Urban Vibe Event telah dijalankan selama 3 hari berturut-turut iaitu 14 Feb 2014 Jumaat bermula jam 10pagi hingga 10 malam. Selain dari exhibition, Pameran Pengantin Malysia turut menganjurkan aktitivi seperti Permainan Tradisional Congkak, Let's Purchase and Win, Kuiz di Fanpage, Demo Sampin, Pertandingan Gubahan Bunga Tangan, Pertandingan Booth Terhebat, Persembahan Kompang, Demo DIY Bunga Tangan, Demo Ukiran Inai, Pertandingan Ukiran Inai, dan banyak lagi. 

*Picture credited to Facebook of Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event.

Antara penaja-penaja yang terlibat dalam menjayakan Pameran pengantin malaysia 2014 adalah seperti Ari wedding Couture, The Fotokraft, Allya Mysara, Shadila Izani, Lensagrafix dan Henna Dayu Design.

 *Picture credited to Facebook of Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event.

Aturaca Majlis Pameran Pengantin Malaysia 2014 

Manakala vendors yang turut serta dalam Pameran Pengantin Malaysia bagi mempromosikan pakej-pakej yang mereka sediakan adalah seperti MyCutemoment, Anak Wayang, Nasi Beriyani Gam Kampung Baru, Butik Adam & Hawa, Felda D'saji, De Rias Bridal House, Zarith Events & Catering, KrulMATRIC Photography & Videography, Pakej Kad Kahwin Seri Sireh Avenue, Nurul Izzah Catering, Mahligai Impian Catering dan banyak lagi.

Untuk melihat Youtube Pameran Pengantin Malaysia, sila klik di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=AqQxNHqJIdk

 Mama dan tipah yang bertanya mengenai pakej videography. time ni mama call aku di Brunei tanya if aku nak amik pakej videography. Aku nak. tapi takut tak cukup budget. tengok lah nanti mcm mana. Insha Allah kalau ada rezeki lebih aku akan ambil pakej videography. Doakan rezeki aku murah. Amin..


 My Cute Moment booth
KrulMATRIC Photography & Videography booth.
 Mesra Kad Kahwin booth. Alhamdulillah. aku telah pun booking kad kahwin aku dengan Mesra Kad Kahwin pakej RM890. Boleh lihat draft kad kahwin aku yang telah pun siap di sini:

 Beriyani Gam Kampung Baru booth. 
De'Gemilang Catering booth.

Itu saja entry yang aku sempat tulis untuk Tugasan ke-3 ini. Mungkin komen dan pendapat aku tidak cukup since aku tidak berada di sana, banyak yang aku kena study dan explore lagi, tapi aku yakin event Pameran Pengantin Malaysia 2014 yg dijalankan di Wangsa Walk Mall telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Semestinya event seperti ini terus diadakan pada masa-masa akan datang kerana ia banyak membantu pada bakal-bakal pengantin untuk membuat persiapan dan turut membuka pintu-pintu rezeki bagi vendors perkahwinan dalam dunia perniagaan. Alhamdulillah dan tahniah pada semua yang terlibat.

Insha Allah di masa akan datang jika umur masih panjang jika ada rezeki dan peluang saya pasti dapat pergi ke event yang dianjurkan oleh Urban Vibe Event - Pameran Pengantin Malaysia.


Untuk membaca entry aku mengenai penganjur Pameran Pengantin Malaysia 2014, Urban Vibe Event sila ke entry Tugasan 1:
http://wanieamylee.blogspot.com/2014/01/segalanya-mungkin-blog-contest-urban.html

Untuk membaca entry aku mengenai penaja utama Pameran Pengantin Malaysia, Ari Wedding Couture, sila ke entry Tugasan 2:
http://wanieamylee.blogspot.com/2014/02/segalanya-mungkin-blog-contest-ari.html

Terima kasih kerana sudi membaca. Thank YOU! :)

                                   http://instagram.com/shazwaninasa

1 comment:

Rose Azadir said...

Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com