Friday, March 14, 2014

Review Pelamin Tunang D.I.Y. Engagement Dias dan Kos Perbelanjaan

Assalamualaikum.

Hello everyone. I am now struggling with severe neck pain and muscle cramps all over my body because i just had my 3rd dose of HPV (Human Papilloma Virus) vaccination and because of my delayed period!  x'(

Btw, today I'm going to share my Engagement Dais. My very simple DIY Dias.

me and abg
 our pelamin

Actually mama aku dah lama jahit langsir masa aku di brunei lagi, dia dah awal2 beli kain dan jahit langsir. Masa aku balik dari Brunei kami cuma tinggal nak beli bunga, kain untuk sarung bantal kecil, dan bahan2 mentah yang lain.

Kos Perbelanjaan Bahan untuk D.I.Y. pelamin : 

1. Plastik Sampah (untuk cover tingkap, mengelakkan cahaya masuk) = RM5.90
2. Kain langsir merah RM3.50 x 6 meter = RM21
3. Kain langsir putih bercorak RM4.50 x 6 meter = RM27
4. Kain langsir putih satin tebal RM7.50 x 12 meter = RM90
5. 6 pcs bantal kecil (2 pinjam mama, 2 pinjam azmi, 2 pinjam dr tipah)
6. Kain satin (maroon, pink) untuk bantal kecil beli di Nagoya RM2.50 x 3.75 meter = RM9.38
7. Lampu spotlight 2 pcs ( beli di Plaza City One sebelah Semua House) RM75 (for 2 pcs)
8. Pasu bunga kecil RM9.90 x 2 pcs = RM19.80 
9. Bunga untuk hiasan pelamin dalam lebih kurang RM2.00 - RM3.50 sejambak = RM44.30
10. Sewa Papan pentas dan alas bulu2 (sewa dari kawan abg acip) = RM60
13. Alas bulu-bulu Ikea (Faux Sheepskin) = RM39.90
12. Bantal duduk pinjam 
13. Lampu kelip-kelip = ?? 

Total Cost (estimated) = RM392.28 

Ini adalah total average saja.. Mungkin lebih dan mungkin kurang sebab masa aku beli bunga banyak2, bunga yang aku gunakan ada separuh untuk pelamin dan ada untuk hiasan hantaran. kalau nak banding dengan harga sewa yang range RM350 - RM600, lebih kurang saja. cuma bezanya kalau DIY kena rajin dan kreatif, dan kalau DIY ni yang best barang2 yang aku beli menjadi hak milik aku (kecuali yag sewa dan pinjam). 

Oh ya, BTW Alhadulillah, dalam seminggu je, aku sempat membuat pelamin sendiri, dan deco hantaran sendiri. Takda yang tempah orang buatkan. Dengan bantuan mama, kami berjaya hasilkan pelamin yang sederhana can cantik, hiasan hantaran 7 dulang, doorgift yang simple (small cupcakes), cuma catering je kami tempah, tak larat la nak masak untuk 200 orang.

Overview of our simple Dias..





Okey. thats all from me. Thank you for reading. if anyone nak mintak pendapat ke, nak mintak tolong buatkan pelamin ke or nak sewa barang2 pelamin ke, boleh la message or comment here, maybe I can help. Thank you for reading everyone! I love u all. Bye. :)

No comments: