Tuesday, April 8, 2014

1st Reunion Nursing Batch UKM Year 2007-2011 at Times Square

Assalamualaikum w.b.t.

Aduh. teruknya. aku rasa teruk sangat sebab lamaaa tak bukak blog. Dah sebulan lebih aku menganggur, rilek2 kat rumah sambil prepare wedding tapi still x berkesempatan nak tulis blog. So entry kali ni aku nak tulis tentang reunion Nursing Batch 207-2011 yang diadakan di Times Square 9 April 2014 Jumaat lepas.

Alhamdulillah, setelah 2 tahun tak berjumpa dengan kawan batch Nursing, akhirnya kami dapat berkumpul di Times Square walupun tak semua yang hadir, cuma 9 orang, tapi itu pun dah cukup bermakna. Mungkin 2nd Reunion akan lebih ramai dan lebih banyak aktiviti. Insha Allah.

1st Reunion ni kami xda banyak aktiviti kecuali makan di Kenny Rogers dan jalan2 di sekitar Times Square. myb lepas ni kena plan aktiviti apa nak buat untuk 2nd Reunion. Reunion sekolah rendah aku SKDK yg 1st dulu pon takda banyak aktiviti dan tak ramai yang datang. cuma lepak di McD saja. then 2nd 3rd and seterusnya baru ramai yang datang dan banyak aktiviti: Bowling, Raya, Berbuka Puasa, attend wedding, dan insha Allah dulu plan nak bercuti ke Pulau, tapi senyap je sampai skrng. hehe.

Masing2 memang busy, setiap orang ada perjalanan hidup masing2, kadang2 masa reunion kita masing2 nak cerita tentang hidup masing dan kita nak dengar cerita perkembangan hidup orang lain, tak kira hidup kita atau hidup orang lain, setiap orang ada kesenangan dan kesusahan masing2. So, kita tak boleh nak judge or compare hidup kita dengan hidup kawan2 kita yang lain..

Dulu aku takut nak pegi reunion, sebab aku segan, kalau kawan2 lebih maju ke hadapan dari aku, sebab kita semua tahu bila ada je event 'REUNION' kita akan expect utk membandingkan diri kita dengan orang lain bila kita tahu perkembangan orang tersebut.. 

Tapi apa yang aku dapat belajar bila kita attend Reunion ni, benda positive yang aku rasa bagusnya reunion ni bila aku dapat jumpa kawan2 lama, kawan2 ni yang dulu sama susah sama senang masa belajar, masa nak dapat degree dulu, yang sama2 ambil exam soalan yang sama, yang bantu aku bila aku susah, aku perlu rujukan, so lepas reunion, aku akan rasa lebih bersemangat untuk hidup.. Rasa nak buat yang terbaik dalam segala urusan hidup aku bila aku lihat kawan2 yang dulu susah senang seperti aku dan sekarang berjaya, kenapa tidak aku.

Banyak sangat kebaikkan reunion yang aku tak tertulis, insha Allah, aku akan cuba sedaya upaya untuk datang reunion tak kira sekolah rendah, university, sekolah menengah, etc, sebab bagi aku 'REUNION' ni adalah satu bentuk Psychological Therapy untuk aku. 

Btw, aku ada upload gambar ketika 1st Reunion Nursing Batch UKM. Takut gambar hilang, so upload kat blog lebih selamat.

To all my friends, Nurisng Batch 2007-20011,  I wish you all the best, semoga segala yang dihajati dimakbulkan. Semoga perjalanan hidup kita lancar dan baik. Semoga persahabatan ini kekal dunia akhirat. Insha Allah.

 










No comments: