Friday, April 18, 2014

Universal Studio Singapore Review ,Tips dan Overall Cost Perbelanjaan

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu lepas aku dan family serta yang 'tersayang' telah pergi bercuti di Johor dan Singapore. Sejak dari Brunei lagi memang aku dah berniat nak sponsor family ke Universal Studio Singapore, Alhamdulilah hajat tercapai. Satu pengalaman yang seronok sangat dapat bercuti di USS dengan family dan en. tunang :p

Sehari sebelum kami ke USS, aku pun rajin la review blogger lain tentang USS dan aku terjumpa post yang ada share macam mana dia dapat tiket dengan harga yang murah (tanpa perlu pakai kredit card bagai). Pada mulanya kami plan nak beli tiket di kaunter sana, tapi bila baca review org better beli online sebab beratur panjang nak beli tiket je dah habis masa sejam. 

with my fiance :) 
Azam. my brother. 


So, alhamdulillah, aku dapat beli tiket melalui seorang agent ni (kalau sesiapa nak tahu contact numbernya or mcm mana nak beli tiket, boleh comment, pm or msg aku). Pada awalnya agent ni bagi harga RM145 untuk seorang tapi kami sebab dah last minute sgt beli dan dia tak sempat nak prepare sebab kena link dgn agent di JB, so dia bagi aku tiket RM163 yang ada termasuk SGD10 utk voucher makan, SGD5 utk voucher souvenir, dan parking free di USS. kira untung jugak cuma bayar another RM18 untuk SGD15 (RM38) dan voucher semuanya digunakan. Alhamdulillah. tak membazir.

Kami bertolak dari KL ke JB hari Jumaat 5pm dan sampai JB jam 11pm, kami menginap di homestay. Sabtu pagi jam 6am kami bertolak ke Tune Hotel sebab kena ambil tiket dari agent dan beli tiket bus di sana. 

P/S : kalau nak ke USS dengan bus di Tune hotel, korang kena ambil bus jam 7.30am. Hanya ada 2 timing, 7.30 am dan 8.30 am. tapi kalau korang ambil 8.30 korang sampai lewat, sebab kami naik 7.30am pun sampai USS jam 11am. Sebab dalam bus nanti kena turun 2 kali untuk Immigresen check up, check passport check bag dan yg teruknya jam gila.. 

Tiket bus boleh beli on the spot pagi tu di kaunter di Tune hotel bukak jam 6am tak silap. So, after kami dah ambil tiket dari agent, dan beli tiket bus, kami beli makanan utk breakfast dalam bus. Sepanjang dalam bus kami tidur sebab penat tak hilang lagi, dah la kena bangun awal.

kami 6 orang kesemua, mama dgn azmi x banyak gambar dalam hp aku. 




Sampai di USS, kami memang excited gila bergambar di pintu masuk. Masa kami sampai di USS, cuaca tak begitu baik, hujan renyai2..tapi tengah hari tu dah start panas, Alhamdulillah.

TIPS: Jangan lupa ambil pemplet di pintu masuk, sebab pamplet ada peta dan info2 kalau korang nak tahu mana tempat makan halal, surau, money changer, dan tempat2 permainan. 

Kalau aku nak cerita semua games memang tak larat. So aku akan tulis raking permainan yang aku suka.

1. Transformer: The Ride, The Ultimate 3D Battle (Sci-Fi City)
Permainan yang paling panjang beraturnya adalah Transformer: The Ride. SATU JAM kami beratur. en. tunang hanya dapat bertahan 40 minit, lepas tu tak sanggup dah sebab dia tak tahan nak ke toilet. Dia keluar awal dan tak dapat main. Aku dengan 2 orang adik aku sanggup tunggu sejam but akhirnya it was worth it. MEMANG BEST GILA. ranking 5/5 stars! walaupun dapat main sekali je, nak main 2 kali kena tunggu lagi sejam, tapi memang puas hati sangat2!

TIPS: Pegi toilet buang apa yang patut sebelum masuk, kalau tak korang bertahan la sejam tu.






2. Revenge of The Mummy (Ancient Egypt)
Dapat no 2 dalam ranking aku. memang best gila roller coster ni. Tak mcm kebanyakan roller coster yang lain mostly outdoor, Roller coster The Mummy adalah indoor, gelap, x nampak apa2, menakutkan the scariest roller coster yang aku pernah main. En Tunang yang tak takut pada ketinggian dan tak suka roller coster akhirnya main dua kali sebab aku paksa. hua3 xD
4/5 stars. waiting time 40 mins. 

TIPS: letak barang korang dalam loker. 1st 55 minutes adalah free. more than that kena bayar SGD3 utk 1 hour tambahan. Loker disediakan di pintu masuk roller coster tersebut. 






ketika bratur menunggu sebelum naik roller coster 





3. Shrek 4D Adventure (Far Far Away)
Best gila. sesuai untuk seisi keluarag tak kira berapa umur. Macam tengok wayang, tapi effect 4D seperti ada angin, air, kerusi bergerak2, dan paling menakutkan ada feel labah2 bawah kerusi. so berjaga2 ya. haha. aku terjerit jugak bila ada rasa labah2 bawah kerusi. :D
4/5 stars. waiting time 15mins. 

(gambar tak banyak sebab kebanyakkan dalam kamera canon. camere hp x bnyk since batery low)
*malas nak upload gambar dari canon :p

4. Lights, Camera, Action! by Steven Spielberg (New York)
Dapat lihat effect yang sebenar seperti dalm filem2 by Steven Spielberg, suasana ribut taufan yang berlaku di Ney York, seriously rasa real walaupun hanya effects saja.
3/5 stars. waiting time 15 mins.





5. Jurassic Park Rapids Advanture (The Lost World)
Game ni sesuai untuk seisi keluarga. macam kita naik pelampung yang muat 9 orang dan pelampung tu mengembara ke banyak tempat2. 

TIPS: main game ni yang last sebab baju sure memang akan basah. Ataupun, korang baik plastik sampah untuk pakai cuver badan masa main game ni. Kalau taknak basah, kena beli plastik yg dijual SGD5 (RM13) untuk seorang. 



Ada beberapa game lain yang aku main, dan ada beberapa game yang aku tak sempat main sebab kesuntukan masa. Overall, happy dan enjoy sangat2 datang USS, yang pasti satu hari memang tak cukup untuk main semua. Diantara punca tak dapat main, sebab ada game yang tak bukak dan hari weekends memang ramai gila, so beratur memang panjang dan lama.

TIPS: pergi hari weekdays, lebih berbaloi. kurang orang, kurang menunggu dan beratur panjang. 

Diantara games yang kami nak main tapi tak sempat sebab beratur lama:
1. Human & Cyclon Roller Coster (Sci-Fi City)
2. Canopy Flyer (The Lost World)
3. Water World Show (The Lost World)
4. Enchanted Airways roller coaster (Far Far Away)
5. Madagascar
6. Sesame Street





nasi ayam ni harganya SGD15. fresh orange SGD5 


tshirt utk perempuan SGD26. tshirt lelaki SGD29, magnetic fridge SGD20 for 5 pcs

Alhamdulillah, happy sangat bila lihat family pun happy. Enjoy!
Maybe next time insha Allah kalau ada peluang lagi nak kesana for the 2nd time! 

Okey, so aku nak share total cost perbelanjaan disana:
Tiket USS: RM163 x 6 orang = RM978
Tiket Bus pergi balik dari Tune Hotel ke USS: RM30 x 6 orang = RM180
Homestay di JB: RM150 x 2 malam = RM300
(suggestion: penginapan Tune Hotel not bad murah)
Makan (dalam SGD20-25 per head - voucher SGD10) : SGD15 x 6 orang = SGD90 (RM230)
Souvenir: T-shirt SGD29 sehelai, SGD20 for 5 pcs magnetic fridge  = SGD81 (RM207)

Total = RM1890
(tidak termasuk tol, minyak kereta, singgah makan di perhentian, etc)

Okey, Thats all for my review for travelling di Universal Studio Singapore! Thanks For Reading!

10 comments:

Miss Lemonade said...

nak tanya if shuutle bus ada disediakan waktu weekdays atau tak

Miss Lemonade said...

nak tanya if shuutle bus ada disediakan waktu weekdays atau tak

wanie lee said...

yup. ada.

Malyanah Rashid said...

Salam, boleh tau ape hp num agent tu x? :)

wanie lee said...

Email dia : lan_ieza@yahoo.com
hp numbr dia : 0123949154
rosmanizah x silap namanya

Arni Lin said...

Salam sis,boleh bg mklumat dn mcm mna nk ctc agen tu?sbb buln dpn nk pi johor,skli la ke USS..tq

dayang ramisah said...

nak tanya..tgl kat homestay mana yer?tgh cr homestay yg dkt ngan tune hotel tu..

Zalani fitrahperkasa said...

Salam sis..macam mane nk berhubung dengan agen ni?? Seeloknya tiket perlu di book awal atau tak ye? TQ

Muja.. said...

assalam dik.. nak tanya, semua games tu budak umo 6 thn leh main ke ? TQ

jessica LT said...

Nice sharing sis.. BTW I am Jessica located in Johor Bahru. You can also contact me if you want to buy USS tickets. Promotion price available. SGD 65 (Adult) & SGD 50 (Child). Price negotiable for Group Booking. Open Dated ticket. You can contact me: Jessica at +6017-7055381 & jessica.travel8686@gmail.com
Visit my website: Love Travel at https://www.facebook.com/lovetravel86 Thank you for reading! :)