Wednesday, June 25, 2014

Bride To Be, I'm a Wife : Review Make Up Nikah, Sanding dan Tandang by Kak Anis, Sentuhan Alfa

Assalamualaikum w.b.t.

Reminder: gambar2 yang akan aku share ni memang lansung tak difilter atau di edit. Gambar diambil dengan hp samsung note ku yang dah retak skrinnya, so gambar bertandang baju kaler peach tu jadi kabur2 sikit sbb skrin depan dan retak, so self face camera sedikit terganggu. Harap maaf.

Make up aku dihasilkan oleh Kak Anis by Sentuhan Alfa. aku decide ambil make up dan pelamin, baju asing2 sebab aku nak budget. Alhamdulillah aku jumpa Kak Anis dalam FB dan aku tengok hasil2 make up yang dihasilkan olehnya boleh tahan cantik. Ada range make up yang aku survey sampai RM700 per event, ada yang rata2 range RM350- RM450. Ada yang berbeza harga untuk make up nikah dan sanding. Alhamdulilah jumpa kak Anis, dia charge aku RM250 per event. Disebabkan aku ambil 3 event sekali gus, so dpt diskaun RM50, Total RM700 untuk 3 event, nikah sanding dan tandang.

Pada mulanya make up, bila tengok hasil, memang tebal, dengan bulu mata palsu yang berat, aku nampak separuh penglihatan je, haha. 1st time pakai bulu mata palsu, terasa artis betul. Mula memang risau gak kalau orang gelak sbb tgk make up tebal sgt, tapi bila aku tgk hasilnya, make up tu memang tahan sampai ke petang. Punya lah berpeluh sakan dgn photoshoot outoor lagi, memanjat2 bukit especially kat nilai kena panjat bukit, lepas bersanding photoshoot kat Tasik Permaisuri lagi, berpeluh2 sakan, tapi muka aku LANSUNG TAK PELUH. pelik. Abg pun ckp muka aku tak peluh dan make up tak cair. Tebal memang tebal make up tu, tapi okey la sampai petang masih lagi nampak okey. Tak tahu la apa rupa aku dalam gambar wedding nanti bila album dah siap. Takut jugak muka mcm opera cina. :p

So, ini hasilnya. 1st make up nikah. Kak Anis senang je jumpa rumah aku, kawan aku siap sesat pegi cari Kak Anis kot dia sesat dalam kem. yelah, dah duduk dalam kem tentera kan.. Make up nikah aku tgk hasilnya dalam gambar nampak simple, tp actaually boleh tahan tebal. Nice la, nampak sweet dalam gambar. Suka sgt. :)





Make up Sanding, tengok hasil seriously tebal! takut jugak aku kalau nampak mcm opera cina. Tapi bila tgk dalam gambar, okey jugak. not bad. Nampak seri pengantin. :p Kawan2 aku pon ramai yang puji nampak cantik. Ada kawan brunei yang tag kat FB pon bila tag gambar nampak cantik. Alhamdulillah. Okey la. cantik sgt. Tahan sampai ke patang masa photoshoot outdoor di Tasik Permaisuri. 





Yang ni make up bertandang, masa hari ke 3 majlis muka aku dah start break out, satu sebab penat tak cuci bersih2 muka masa majlis hari pertama dan kedua, kedua sbb stress, 3 majlis berturut memang penat sgt nak handle. Tp kak Anis memang pandai make up kan and cover kesan2 breakouts. Make up bertandang abg puji cantik. Ntah apa bezanya, aku tgk mcm sama je. Cuma bulu mata palsu tu agak panjang semacam. Seksa jugak penglihatan aku. haha. Tapi oeky la, cantik and nice jugak. :)





Gambar dari FB Kak Anis, Sentuhan Alfa (before and after):


Overall, dengan charge yang hanya RM250 per event, RM700 utk make up ketiga-tiga majlis, Sangat berpuas hati. Happy sgt2. Thank u Kak Anis. Kalau korang nak booking dgn Kak Anis, boleh contact dia terus:

Hp no : 017-2887009 (Kak Anis)

TQ For reading!

No comments: